March 19, 2011

Kawin

Wait seminit!

Bukan aku yang kawin ok. So ladies don't cry yet.

Ngee...

Tadi aku menghadiri majlis kawin cousin aku kat Kamunting Perak. Sangat le meriah majlisnya. Tambah meriah lagi dengan kehadiran mak ayah aku dari Sarawak.

Lama beno aku tak jumpa diorang.

Well of course, dalam mana-mana majlis family, aku akan dibedil dengan soalan-soalan cliche yang kemudiannya akan menjurus kepada jawapan cliche jugak, "Tunggu la mak ayah kenyang dulu."

Berhemah tak jawapan aku? Kalau ikutkan hati nak jer aku jawab, "Apa kau nak kisah?"

Tapi aku tak sejahat tu. Senyum tetap senyum, tapi hati hanya tuhan yang tahu. Sesungguhnya orang yang banyak bersabar itu comel dan banyak kelebihannya. 

Ingat tu yer kawan-kawan!

Pernah jugak aku terfikir, next time kalau ada majlis kawin family, aku nak anjurkan contest SIAPA NAK DATE DENGAN HIDNEY. Alasannya, kalau aku pergi ke majlis kawin tu dengan awek, tak akan ada yang bertanya soalan cepu emas tu lagi.

Paling-paling orang akan cakap, "Dah ada calon tu. Tak lama lagi la tu kot."


Masalahnya ader ker yang sertai contest aku tu?

Tapi apa-apa pun, congrats kat cousin aku tu. Semoga berbahagia hingga ke anak cicit. Hadiah kau aku tak bawak hari tu sebab besar sangat. Aku dah upah lori 10 tayar untuk buat delivery. Sorry ler kalau lambat sampai.

Gi marah kat driver lori tu...

AKUBUKANSUPERMAN: Contest hanyalah olok-olok dan gurauan semata-mata. Tiada hadiah yang dipertaruhkan. Harap maklum... Ngeee

10 ulasan:

mardhia yusof said...

olololor..comelnya poster dia.
mcm movie citer dulu2. yg buat poster cari calon bini. hehehe.
oh..mak ayah sy kawen lmbt tau. umur 29 baru kawen. sbb mak sy agak fussy cari calon. cari yg btul2 sesuai.
don't worry. God will send u an angel. cuma cepat atau lmbat je. ;)

kin said...

makan free & baju kebaya warna sedondon dgn pasangan tajaan khas drpd pihak penaja contest??... nak nak nak!! LOL :D ...

bukankosong said...

Rasa oren kan bila soalan tu d'tanya? tp xpe i muda lagi...ha..ha..ko jawab je ko muda agi beb,senang crita, walau.... :P

jejaka anggun said...

cam best plak contest tuh... hahah. bile deadline?
ada physical audition x?

W. Hidney said...

mardhia... hehehe amin

kak kin... cepat kak kin. nanti reel hantarkan borang ek

bukankosong... muda? oh tidak!

shaz... aiyooo hahaha

Siti said...

rasenyer kalo ko jadi buat contest ni berebut anak2 dara masuk. :P

W. Hidney said...

Siti... Haha statement yang sangat yakin tu

Maya said...

hehe..buat professional jer bila org tanya..lama2 org paham. Lagipun kalau awk sebaya salihin tu kategori muda lagi tu..haish!

Contest tu..pergghh outstanding sesungguhnya :)

achik ezam said...

huwaaaaaaaaaaaaaaaa..masalah yang sama hampir jadi setiap masa dan ketika...


i baru 32 kot....lek2 ar...maseh mudo :))

FiqaSaleh said...

masalah nok sama.. sik pa..bok jak nak masuk 30.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...