March 21, 2011

Hantu Kak Limah Horny Balik Rumah


Di dalam tren, koc yang paling belakang, kelihatan sepasang kekasih sedang bergurau senda, sesekali diselangi dengan aksi geletek-menggeletek dan disaksikan oleh seorang jejaka kacak lagi sopan-santun bernama Hidney. * Walaupun Hidney sangat sopan, dia tidak duduk bersimpuh di dalam tren.

Menyedari hanya tinggal tiga orang sahaja di koc tersebut, si girlfriend dengan confidentnya memberitahu si boyfriend, dalam bahasa mandarin, "Tunggu la sampai rumah nanti. I akan pastikan you tuuuut tuuuuuut tuut tut tuuut tut..." *skrip terpaksa disunting kerana mengandungi unsur lucah yang melampau.

Si boyfriend kelihatan sangat teruja. Tetapi dia cuba mengawal dirinya seraya berkata, "Awas sikit. Kat depan kita ni ada orang. Nanti dia dengar."

Si girlfriend gelak dan menjawab, "Tak mungkin la dia faham apa yang I cakap tadi. Dia kan melayu."

Aksi geletek-menggeletek bersambung. Sesekali si boyfriend tergelak besar.

"Kalau boleh I nak koyakkan baju you kat sini dan tuuuutt tuuut tut tut tuttt," sambung si girlfriend tu lagi. 

Kelihatan si boyfriend tak senang duduk. Mukanya bertukar kemerah-merahan.

Hidney berpura-pura tidak faham dan menyibuk-nyibukkan dirinya dengan menggentel-gentel... Blackberrynya. 

Kakinya disilang untuk menyembunyikan bukti.

Scene separa lucah itu berlanjutan sehingga mereka bertiga tiba di stesen terakhir.

Sebaik sahaja tren berhenti, pasangan kekasih tersebut terkocoh-kocoh keluar dari tren dan terus menghilang disebalik penumpang yang lain.

Hidney masih duduk di tempatnya...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku faham bahasa mandarin... 

10 ulasan:

encik aidil banting said...

hahaha. cool la tau cakap mandrin.
ko dgr perbualan tu, ko yg horny ke? ahaha

W. Hidney said...

aidil... tu la pasal silang kaki tu

Azura Iznil said...

nape lelaki santun tu tak turun ikut pasangan kekasih tadi?

hahaha.

FaizalSulaiman said...

pergh

dengar drama free:))

bukankosong said...

Sungguh gedikzz mereka!...nasib baik pakcik rasa Oren sopan je (walau buat2), aku tau nape ko silang kaki? :P

jejaka anggun said...

moral of the story?

@rep said...

lenkali just b4 diorang nak keluar tu patutnya u ckp cina kat diaorang.

FiqaSaleh said...

nice..hahaha

kin said...

so ...pastu rasa oren ke ribena, Reel??

lol

Arash Libra said...

siyes?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...