March 2, 2011

Bayangkan...

Bayangkan...

Korang kat dalam LRT, nak ke tempat keje. Fikiran korang masih kat katil lagi, membayangkan korang tengah nyenyak tido berselimutkan duvet kapas kepuk yang hangat. Di dodoikan plak oleh kipas yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Nikmat…

Tapi korang terpaksa ke office sebab due date report dah dekat. Baru jer berkira-kira nak suruh housemate korang usung korang ke klinik, pakai stretcher, mengharapkan MC sehari dua.

Tiba-tiba mata korang ternampak graffiti-grafitti lawa kat tebingan sungai Klang. Terus mata korang terbeliak dengan nilai estetika yang cuba dipamerkan oleh pelukisnya yang divinely creative tu.

Menarik…

Warna vibrant tu terus buatkan korang bersemangat nak gi keje. Korang berjaya siapkan report korang dalam masa lima minit jer. Tak cukup dengan tu, korang merayu plak nak siapkan report kawan-kawan korang yang dah lama tertunggak.


Bayangkan…

Korang kat dalam LRT nak balik rumah. Korang tengah di usha oleh seseorang yang berbaju pink kat depan tren. Matanya menjeling sambil memberikan senyuman yang bisa buatkan hati korang lunyai.

Merembes luar kawalan...

Time tu korang wish korang ada cermin compact kat dalam beg korang, nak tengok kot-kot ada lagi tak serpihan kangkung yang dari tadi tersekat kat gigi korang. Korang nak senyum, tapi keadaan tak mengizinkan. 

Tapi dah tu korang fikir, celah mana machonya jantan simpan compact mirror dalam beg?

“Cepat la tren. Aku nak ke tandas ni, nak check cermin kejap.” Korang bermonolog dalam hati.

Sampai jer kat tandas awam, korang nampak tulisan berdakwat merah kat dinding tepi cermin.

“Terima lah hakikat yang kau sebenarnya hodoh. Herman benci Ibrahim... I hecthu!!!”

Terus korang tak ada mood nak melaram cantik sebab korang rasa terperli dengan tulisan tu.

Bayangkan…


AKUBUKANSUPERMAN: Vandalisma adalah kerja orang sewel. Grafitti sungai Klang best!

6 ulasan:

bukankosong said...

rasa oren baca entry ko kali niiii...

zixol said...

pergh aku harap ko jd opismate aku..bleh bagi semua keje kat kau..

mcm aku keje opis je.~

Maya said...

haha I hetchu!

Eh sy ada trbaca blog satu mamat konon metroseksual ni..dia ada apa cermin compact, kata dia

"camon beb, zaman sekarang lelaki toksah segan silu bawak cermin compact, lipcare and compact powder dalam personel pouch..lipcare spy bibir tdk kering kontang biar mulus cium bini tak marah, compact powder just tuk hilangkan muka minyak bla-bla-bla..."

Heheh..kawe dok reti nok nilai lelaki metroseksual =p

tengku_fir21 said...

ahaha..aku suke bahagian kedua..mentaliti kita masih begitukn..1sekumpulan meluahkan kreativiti dgn penus estetika dan sekumpulan lagi dgn penuh perasaan hijau..

k.e.r.i. said...

tak dapat bayangkan sebab aku gi keje naik motor.

W. Hidney said...

bukankosong... hehehe oren?

zixol... aku pun harap mcm tu jugak hahaha

maya... oghe kito tok pehe makno jate metro ni. meta lagi dioghe kato jate metro ni suko jate, tok suko tino. lagu mano tu?

tengku... org yg conteng dinding tandas tu patut kita cincang jer

keri... pulok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...