AKUBUKANSUPERMAN

February 15, 2011

Tutti Frutti

Nama macam pelik but I must assure you guys, menatang yang nama Tutti Frutti ni memang best giler ok!

Tapi jangan la jadi giler dulu. Not now at least. Kejap lagi aku story kenapa.

Outlet ni berkonsepkan yogurt sejuk yang bermacam perisa yang korang boleh letak dalam cup medium atau cup besar dan korang boleh letak topping yang giler banyak dan timbang sebelum bayar.

Tu la konsepnya...

Seronok bukan?

Bayaran untuk semua keseronokan tu hanyalah RM0.53 setiap 10 gram... Jer...

Tapi kalau korang tiba-tiba giler meroyan dan amik macam tak ingat dunia disebabkan oleh kejakunan yang melampau, maka dengan automatic nya korang akan terpaksa membayar RM18 juta untuk yogurt sejuk yang korang amik tu.

Tak ker terus merasa oren korang lepas tu?

Sekian.


AKUBUKANSUPERMAN: Aku bercakap melalui pengalaman. Aku dah terkena RM36 untuk satu cup penuh dengan 5 perisa Tutti Frutti. Menyesal tak sudah aku lepas tu tau tak!

11 ulasan:

Mr Daha said...

Wah, cam menarik je.. dapat katne benda ni bro?? nak gak.. ha3..

W. Hidney said...

daha... memang menarik. diorg banyak cawangan sekitar kl. check kat sini http://www.tuttifruttimalaysia.com.my

NUke_Rude said...

haha. baru je smalam aku terbaca pasal tutti frutti ni. huhu.


header baru! kool.

W. Hidney said...

nuke... hehehe femes tutti frutti ni. header baru semangat baru hahahaha

jejaka anggun said...

dari sehari ke sehari nak pergi x penah nyer dapat....

iyllienaz said...

mcm best je..kat penang ada x??

W. Hidney said...

shaz... lepas ni kena pergi la cari

illie... ada kut. cuba tengok depa punya website

ctek8 said...

betoi ka satu cup tu rm18? mak oi.
setaun skali merasa la jawabnye

k.e.r.i. said...

menatang sedap memang mahal.
aku pernah kena kurang beberapa ringgit dari ko. deym.

nice layout btw~

W. Hidney said...

ctek8... tak jugak. kalau amik banyak, mahal ler bayar nyer hehehe

keri... hehehe which makes the 2 of us. layout nak kena meriah sikit hehehe

FaizalSulaiman said...

1st: lawa gila header!!!!
2nd: mak aihh best gila konsep tutti fruti neh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...