AKUBUKANSUPERMAN

January 15, 2011

Tepati masa

"Apakah kepentingan menepati masa? Kenapa kita perlu menepati masa? Mari tuan-tuan dan puan-puan, kita bersama mengupas isu ini di ruang Sembang Wara bersama saya, Professor Superman. Zasss..."

*Sound effect murah berkumandang...

Bila kita lambat, orang akan ingat kita ni tidak berdisiplin. Apakah anda orang yang tidak berdisiplin?

Bila kita lambat, orang akan ingat kita tidak serius dengan apa yang kita nak buat. Apakah anda jenis yang main-main?

Bila kita lambat, orang akan kutuk dan perbodohkan kita, samada dalam diam atau dalam terang. Apakah anda seorang yang bodoh? Adakah anda akan merasa oren?

Bila kita dah lambat dan kita menyedarinya, kita akan tergesa-gesa. Bila dah tergesa-gesa, kita akan memandu macam pelesit. Apakah anda sudah bosan dengan hidup anda dan membahayakan nyawa orang lain dalam masa yang sama?

"Sekian dahulu perbincangan kita pada hari ini. Kita jumpa lagi di ruang Sembang Wara di minggu depan, ditempat sama tetapi di waktu yang berbeza. Saya Professor Superman mengucapkan... Zass!"

*Sound effect murah berkumandang...

AKUBUKANSUPERMAN: Susah sangat ker nak tepati masa?

4 ulasan:

FaizalSulaiman said...

saya mendapat sesuatu bila membaca ini=)

tima kaseh profesor dumbledore!

jejaka anggun said...

saya mengerti isi hati anda. zasss.... (montaj mahal kuar)

incik mumu said...

saya suka limau..
boleyh potong lemak..
pantang kalau orang lambat hantar air limau ais kepada saya..
rasa nak penyepak orang tu..

jeng jeng jeng !! [ muzik p ramli berumandang ]

W. Hidney said...

faizal... sama2 ngeee

shaz... tak mau kalah ni

mumu... hahaha ganas tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...