AKUBUKANSUPERMAN

December 31, 2010

Tahun baru is new year

Aku nak amik peluang ni untuk ucapkan selamat tahun baru in advance kat semua korang fellow bloggers, pembaca tegar dan pembaca suam-suam kuku dan juga tak lupa kepada pemerhati-dari-kejauhan yang sentiasa membuatkan aku berinsipirasi untuk terus menulis.

Teruskan sokongan korang yer kawan-kawan.

Macam ucapan terima award plak...


Anyway, sikit jam lagi kita akan melangkah ke tahun 2011. Cantik nombor tu, harap-harap cantik jugak le tahun tu nanti ek.

2010… kalau aku boleh simpulkan dalam satu perkataan…

Sangat mencabar.

Well that actually 2 words, but who’s counting anyway?

Kalau ikut customnya, ujung-ujung tahun macam ni, aku akan tulis entry pasal aku punya visi dan misi untuk tahun baru. Tapikan let’s face it. We will never achieve everything that we’ve visioned. Setuju tak korang? Kalau setuju jerit SETUJU!

So aku tanak buang masa tulis benda-benda yang aku rasa tak akan tercapai and dan try focus untuk capai benda yang aku boleh capai dengan kapasiti sekarang instead, macam dapatkan six-packs. Sekarang aku cuma ada one-big-pack.

Ngeee...


Actually aku nak simpan lebih banyak duit lah.

Sekarang ni aku dah tinggal dan keje kat KL. Tak akan sama macam aku tinggal dan keje kat estate dulu. Kat sini semuanya duit. Tol kena duit, parking kena duit. Nak berak pun kena duit yer kawan-kawan. Lain arr kalau gaji aku lapan juta sebulan. Memang hari-hari aku akan belanja korang makan Mekdi.

Siyes!

Tahun 2011 ni aku opted to go with the flow jer. Aku tanak expect too much out of it. Aku tanak nanti aku frust menonggeng sebab benda yang aku kejar bertempiaran dan yang aku kendong bercucuran.

Err… salah ek?

Sorry la, aku dulu tak amik subjek Nyiur Nan Sebatang.

AKUBUKANSUPERMAN: Countdown everyone. 10... 9...8... 7...

December 29, 2010

Cerita gunting rambut


Suatu masa dulu di awal tahun 90-an, ayah akan potong sendiri rambut aku pakai menatang dalam picture kat atas ni. Tak gemar aku kalau ayah pakai benda tu sebab benda tu 'gigit' rambut aku dan most of the time aku akan menjerit sakit and I ended up having an uneven haircut.

"Cuba dok diam sikit." Marah ayah.

"Sakit lah!" Aku memprotes.

Lepas aku besar sikit, ayah akan bawak aku gunting rambut kat pekan. Kat kedai aku akan duduk kat dressing chair yang aku rasakan sangat canggih masa tu. Disebabkan saiz aku yang agak kecik, barber tu akan letak papan kat lengan kerusi tu dan aku akan duduk kat atas papan tu.


Sebelum barber tu gunting rambut aku, dia akan tepekkan bedak amoi kat telinga dan leher aku.

"Kasi itu rambut tidak lekat." Katanya.

Kadang-kadang aku terbatuk sebab barber tu terlebih bedak...

Lepas dibedak, barber tu akan mula potong rambut aku. Snip snip snip bunyik guntingnya. Risau jugak aku takut gunting tu terpotong telinga aku. Ayah selalu pesan, kalau orang gunting rambut kena duduk diam. Kalau tak nanti terpotong telinga.

Sementara menunggu, ayah akan melepak kat kedai kopi sebelah, berborak dengan member-membernya. Selesai digunting, aku akan tunggu jer kat kedai gunting sampai ayah datang untuk bayar upah gunting. Tak berani aku nak keluar selagi barber tu tak dibayar upah walaupun kedai kopi tu sebelah jer. Suara ayah gelak pun aku boleh dengar. Tapi pernah sekali tu ayah terus balik rumah dan lupa nak 'tuntut' aku balik. Lama jugak aku tunggu.

Finally after all these years, aku berpeluang untuk berkunjung balik ke kedai gunting rambut semacam tu. I felt nostalgic. Rindu aku dengan bau bedak amoi dan bunyi gunting.


Orang kata, makin kita besar panjang, makin kita lupa kat mana kita bermula. Biasanya kita alpa dan mengabaikan everything yang menjadikan kita sebagai kita. At the end of the day, kita akan jadi hipokrit dan ada ketikanya malu untuk mengaku asal usul diri sendiri.

Anyway, selamat tahun baru kawan-kawan. Mudah-mudahan kita tidak mudah lupa...

AKUBUKANSUPERMAN: Hello 2011...

December 27, 2010

Cerita UPSI


While everyone else were celebrating their xmas with family and frens, aku plak terpaksa jadi driver dan hantar adik aku mendaftar kat UPSI; universiti untuk cikgu-cikgu kat Tanjung Malim tu.

Aku macam tak cayer jer adik aku ni boleh jadi cikgu. Even dia sendiri pun gatal kepala bila sekretariat pendaftaran panggil dia cikgu.

"Cikgu pergi ke kaunter sana untuk pendaftaran yer." Kata sekretariat tu dengan sopannya.

"Cikgu?" Adik aku musykil.

"Yer. Cikgu la cikgu." Jawab sekretariat tu lagi.

"Dia panggil aku cikgu..." Adik aku berbisik kat aku.

Ala comel la bila tengok diorang membahasakan diri diorang cikgu. *gentel-gentel dagu

Siyes!

Aku tengok proses pendaftaran diorang sangat teratur sebab ibu bapa dan pengiring tak dibenarkan masuk tempat pendaftaran. So to kill my time, aku duduk kat ruang menunggu yang telah disediakan sambil mencuci mata.

Comel-comel plak orang kat UPSI tu aku tengok. Nak jer aku bawak seorang dua balik jumpa mak ayah aku. Mesti diorang setuju nyer...

Tapi kan, bila aku tengok budak-budak ni, aku teringat masa aku mula-mula mendaftar kat UiTM dulu. Dengan muka innocent dan suci bersih, sorong beg sebesar alam dengan bantal satu kepit kat ketiak. Tegur member-member baru dengan kesopanan dan mulia pekertinya, pijak semut memang tak mati nyer.

Tapi lepas satu semester, amik kau! Terus jadi syaitan-nirrajim...

AKUBUKANSUPERMAN: Tapi aku tak macam tu ngeee...

December 24, 2010

Happy merry x'mas


Kepada semua fellow bloggers yang beragama Kristian kat luar sana, aku nak ucapkan selamat menyambut x'mas dan kepada mereka yang bukan beragama Kristian, selamat menjamu kuih x'mas.

Ngeee...

Kalau time raya orang akan cakap, kalau makan ketupat tu ingat-ingat la kat aku.

Maybe untuk x'mas ni aku boleh cakap, kalau bukak present tu ingat-ingat la kat aku.

AKUBUKANSUPERMAN: Don't drive and present... err...

Malaysia Tatler?

AKUBUKANSUPERMAN: Apa korang rasa?

December 23, 2010

Haizul Day

Tempohari kitorang ada birthday celebration kat office. Aku suka celebration-celebration ni. Selain dari dapat makan kek free, aku boleh praktikkan kebolehan ambik gambar aku.

Bukan apa... kalau orang happy, kita akan lebih inspired nak amik gambar. Kalau muka lonjong jer, korang ada nafsu ker nak amik gambar orang tu? Tidak kan?

Anyway, the following ni adalah a few pictures yang aku nak kongsi untuk entry kali ni. Semua yang dalam gambar tu adalah officemate baru aku. Semua gila...

Macam aku jugak.

Enjoice!


AKUBUKANSUPERMAN: Happy 15th birthday Haizul... Ngeee

December 22, 2010

Pengembaraan Sarawak Kamek

"Juh nait belon pergi Serawak juh!"

Maknanya... "Saya suka awak."

Hahaha korang ni pun. Agak-agak la kalau nak percaya. Actually maknanya "Jom naik flight gi Sarawak."


Sepanjang minggu lepas aku 'menghilangkan' diri ke Sarawak. Tapikan, kalau aku hilang pun tak akan ada yang perasan kot...

Aku bukan Lady Gaga...

Trip audit aku bermula di bandaraya Kuching, the next best thing for culture-vulture after Kota Kinabalu. I think so... 

U think so?

Banyak perubahan yang aku tengok kat Kuching since my last visit. Makin lively aku tengok. Well maybe sekarang ni aku rasa lebih lively sebab aku belanja pakai duit aku sendiri. Dulu time aku GONJENG dan student mana ler aku ada duit sangat. Kalau takat duit Piti-piti-pah-tertipu tu memang tak cukup dowh!

Siyes!


Aku jalan-jalan kat Waterfront, Taman Orkid, India Street...

The next day, aku pergi ke Betong. Korang boleh baca pengalaman seram aku di Betong kat sini...

Lepas abis keje kat Betong, aku meneruskan perjalanan ke Bandar Sibu plak. It felt good to come back to where it all started. Aku pernah keje cincai kat Sibu dulu, lepas aku study. So memang aku ada banyak kenangan kat bandar tu. 4 yer hari aku kat sana. Peluang stay lama tu aku amik untuk jumpa balik geng-geng lama and catch up stuff.


Pastinya soalan bonus aku dapat. "Kau dah kawin ker?"

Aku jawab, "Aku tak abis pusing dunia lagi..." sambil posing Sinchan.

AKUBUKANSUPERMAN: Bulan depan aku akan ke Miri, Lawas, Sandakan dan Lahad Datu plak. Tak sabar nyer! Kawan-kawan Sabah get ready!

December 20, 2010

Stokin story

Aku pernah terbaca satu artikel kat majalah dulu pasal macamana nak spice-up pakaian formal kita yang bosan tu untuk ke pejabat without actually being escorted out of the office.

"OMG you are so f*****g hideous! What are you wearing? Get out of my office now!" Kata boss...

I'm no fashion know-how tapi aku rasa macam apa yang aku baca tu ada betulnya.

It said, we can have fun with our socks. Not the throw your socks around the office (euww) and ended throwing at your boss kind of fun, but play with your sock's color kind of fun.

Tapi kalau korang ada boss yang nak ikut sekali main lempar-lempar stokin kat office, apa salahnya kan? Korang go ahead, have fun with it. Jangan lupa jemput aku sekali.

Anyway menurut majalah tu lagi, instead of wearing black socks ke pejabat, korang bolah pakai stokin yang bermacam warna. Don't limit yourself with the 7 colors of the rainbow. Be crazy about it. The sky the limit kata orang. And the best thing is, korang can actually portray korang punya feeling on that certain day based on your sock's color. 

Siyes!


Apa kata lepas hari ni, korang pergi kat mana-mana kedai yang berhampiran dan borong stokin-stokin tu. Kita tengok siapa yang kena. 

Amacam? Ada berani?

AKUBUKANSUPERMAN: Aku teringin nak pakai Sneakers dengan formal wear aku... Teringin sangat...

December 14, 2010

Siyes!

Hari ni aku kat Betong, buat audit untuk estate kitorang kat sini. Lusa aku akan lawat estate kitorang kat Sibu plak.

I know I know... Mesti korang ingat kawasan kunjungan aku tak glamer kan? Tunggu la kompeni aku bukak ladang sawit kat Paris dan Milan. Haaa time tu mesti korang akan rasa oren kat aku. But for the time being, Betong pun Betong la. At least aku tau macamana rupa Betong ni.

Korang percaya tak kalau aku cakap...

... kat Betong ni ada orang?

Siyes ada orang!


AKUBUKANSUPERMAN: Life kat Betong memang santai, tak der traffic jam...

December 9, 2010

Kalau berpacaran

Tadi masa aku tengah driving balik dari tempat keje, aku terdengar satu lagu ni kat radio yang kini katanya cuma memainkan lagu hits jer tu. You know radio apa... 

Unless kalau korang duduk kat Zimbabwe.

Lagu tu memang catchy giler. Once korang dengar, aku confirm korang akan terus bertukar jadi sopan santun dan duduk bersimpuh sambil gentel-gentel rambut. Kalau time aku drive tu aku boleh duduk bersimpuh, memang aku akan buat nyer.

Ngeee...

Anyway it's Kalau Berpacaran by Altimet, Anna Raffali dan Sohaimi Mior Hassan. Rasanya agak lama jugak kita tak disajikan dengan lagu yang bernafas baru macam ni. Tabeeeek aku kat artis-artis ni. Selain catchy, liriknya pun macam sedap nak dengar. Orang kata berhibur sambil belajar.

Bukannya apa, aku pernah nampak dua orang couple dalam tren ni. Ber'belangkas' macam tren tu bapak diorang yang punya. Dah terang-terang tulis kat dalam tren, segala aksi yang kurang sopan adalah ditegah. Still jugak nak bersayang-sayang macam tu. Diorang ingat ni New York kot.

Well in case, GET YOURSELF A ROOM YOU MORON!!!


AKUBUKANSUPERMAN: Budak-budak zaman sekarang memang advance. Dulu-dulu aku dating dalam tepon jer. Nak jumpa takut kena kutuk orang.

Senggang masa

AKUBUKANSUPERMAN: I have a thing with that girl in Admin... Siyes!

December 8, 2010

Out station lagi

Satu perkara yang aku suka pasal keje aku ni ialah aku boleh gi out station every now and then. Maknanya aku tak akan duduk office dan menembamkan badan jer. Being a planter in my previous years, aku tak suka duduk satu tempat jer. Dan pastinya sebagai ex-planter, aku akan tetap jugak balik ke estate-estate. 

Tapi kali ni aku datang sebagai internal auditor. Check keje orang, sarankan diorang buat tu, buat ni, tunjuk tu tunjuk ni... sambil kunyah tembakau.

LOL!

Minggu depan aku akan visit ladang kitorang kat Sarawak. Aku suka aku suka!!! *melompat monyet.

Anyway aku akan pergi Betong dan Sibu on 11th December before balik ke KL 8 hari kemudian. Hmmm... Balik KL? Rasa macam tak cayer jer sekarang aku boleh cakap yang aku akan BALIK KL instead of BALIK Kelantan atau BALIK Sarawak. Tapi aku tak risau sebab aku tetap bangga jadi orang Sarawak, yang boleh cakap Iban, Melanau dan Mandarin.

Nanti la aku story experience aku kat sana k...

AKUBUKANSUPERMAN: Bila aku boleh balik Kelantan lagi ni?

December 7, 2010

Suasana baru

Urghh... dua hari berturut-turut aku habiskan masa kat sini. Akhirnya berjaya jugak walaupun hasilnya tak sehebat blog lain yang kat luar sana tu. I believe korang perasan perubahan baru kat blog ni.

Siyes tak perasan?

Well aku tak salahkan korang kalau korang tak perasan, except perubahan kat header dan footer tu. Aku tukar benda-benda belakang tabir jer. So memang tak nampak kat zahir. Dulu aku pakai template yang Blogger dah sediakan. Tapi aku rasa macam tak 'bebas' untuk aku try test aku punya skill penulisan HTML. Penat jer aku bersengkang mata study benda alah ni dulu kat kolej. Rasa sayang plak kalau aku tak praktikkan.

Well apa tu HTML?

HTML tu bukan HATI TELAH MENJADI LUKA yer kawan-kawan, tetapi Hypertext Markup Language. Dalam bahasa melayu ringkasnya, HTML tu adalah kod-kod yang digunakan untuk buat laman web. Untuk definisi lanjut sila Google yer kawan-kawan.

Ngeee...

So persoalannya sekarang. Apa korang rasa dengan perubahan yang sedikit ni? Rasa oren?

AKUBUKANSUPERMAN: Skill HTML aku tak cukup tinggi lagi. Kalau dah tinggi nanti, boleh le korang upah aku ubah laman blog korang. Alaaa... aku charge harga kawan-kawan jer

December 6, 2010

Tips mengemas rumah

Mengemas rumah... *bunyi cengkerik

One word...

MALAS!

Aku lebih rela cuci kereta dari kemas rumah. Why the because? Aku tak akan tau nak start dari mana. Kepala otak aku jadi serabut, well of cos ditambah dengan malas tahap gaban aku.

Tapi jangan terus nak tuduh aku ni dari spesis yang pengotor ok. Nak kena pijak dengan aku?

Lagi satu, aku tak suka kalau orang kemas barang-barang aku. Walaupun barang aku bersepah, aku tau kat mana aku nak cari walau aku main lempar-lempar ajer. So bila orang lain kemas, aku akan lost track, macam GPS aku yang hanjing tu. 

Recalculate! Recalculate!

Kalau salah letak handphone aku boleh miss call jer. Tapi kalau hilang kunci kereta aku boleh miss call ker? Jawapannya TIDAK yer kawan-kawan.

Haaa bila aku tak dapat jumpa apa yang aku cari, mula la aku nak jadi hijau. Dan kalau aku mengamuk, akan pasti ada yang merasa oren.

"You don't like me when I'm angry."

Hua hua hua...

Ok ok aku dah tulis panjang-panjang ni. Mana tips nya?

Jangan malas.

Tu jer.

Sekian.

AKUBUKANSUPERMAN: Hidup kena sistematik mak aku kata. Sistematik tu macam matematik ker? Atau kosmetik? *confuse

December 5, 2010

Senggang masa

AKUBUKANSUPERMAN: Aku tak suka kalau sesat. Membazir masa jer. Jangan cakap aku perlu pakai Garmin. Aku ada sebijik. Tapi Garmin aku tu layak buat tahan tayar bila aku parking kat bukit jer

December 3, 2010

Kawin oh kawin

Korang dah kawin? Ker bujang lagi?

Untuk korang yang bujang trang-tang-tang tu, macam aku sudah semestinya, nah aku senaraipanjangkan belanja yang korang boleh estimate sebelum korang suruh mak bapak korang pergi merisik anak perempuan jiran korang.

Bukan niat aku nak menakutkan sesiapa.

Ok ok... Sebenarnya aku pun takut tengok jumlah kosong dalam RM kat bawah ni.

Ngee...

1. Mas kahwin = Nilainya berbeza mengikut negeri-negeri
2. Wang hantaran = RM8000 - RM10000
3. Barang kemas = RM500 - RM3000
4. Barang hantaran = RM1000 - RM2000
5. Pakaian nikah = RM500 - RM2000
6. Pakaian bersanding = RM1000 - RM3000
7. Solekan pengantin = RM200 - RM450
8. Pelamin = RM500 - RM1000
9. Jurugambar = RM500 - RM1500
10. Jurunikah dan saksi = RM50 - RM150
11. Kad jemputan = RM500 - RM1500
12. Duit sewa khemah atau dewan = RM1000 - RM10000
13. Katering = RM5000 - RM7500
14. Set bilik pengantin = RM500 - RM1500
15. Buah tangan tetamu = RM1000 - RM2500
16. Sistem audio = RM150 - RM300
17. Kompang = RM300 - RM500
18. Merisik = RM1000 - RM2000
19. Kecemasan = RM1000 - RM2500

Realitinya kos nak kawin kat Malaysia adalah sekitar RM15000 - RM25000. Jumlah ni however tak termasuk kos untuk korang renovate rumah, honey moon dah kos jemputan Katy Perry untuk majlis perkahwinan korang.

Persoalannya sekarang...

1. Dah cukup ker duit tu?
2. Kalau tak cukup lagi, apa ikhtiar korang nak dapatkan duit tu?
3. Perlu ker nak berhutang semata-mata nak kawin?
4. Nak bagi wife korang makan apa lepas kawin?

Jom gi Golok!
AKUBUKANSUPERMAN: Kalau kau tak ada RM25k, jangan berani tanya aku bila aku nak kawin. Ada faham?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...