AKUBUKANSUPERMAN

November 29, 2010

Abang!

Abang baik: Abang!

Abang comel: Yer abang?

Abang baik: Abang selsema ek?

Abang comel: A'ah. Sejak pagi tadi dah. Cuaca sekarang ni macam tak menentu la. Eh... Macamana abang tau abang selsema?

Abang baik: Tu ada tisu kat idong abang...

Abang comel: Laa yer ker abang? *posing Sinchan untuk cover-line
AKUBUKANSUPERMAN: You abang? Me abang? Who's the real abang? Abang confuse tak abang?

Senggang masa

AKUBUKANSUPERMAN: Aku pernah tersilap masuk tandas perempuan... 

November 26, 2010

Story gym

Dah lama sangat aku tak pergi gym. Kalau kat Gua Musang dulu aku ada alasan kukuh untuk tak pergi gym. Why the because? Because there were hardly any gym. That's why.

Ok aku tipu. Actually ada satu gym. Gym Rakyat namanya, letak kat depan pintu gerbang Istana Singgah Sultan. Tapi masalahnya, gym tu berkunci 24 7. Tatau siapa yang pegang kunci. Kalau korang tau, cakap kat aku ek?

Tapi now that I'm in KL, aku dah tadak alasan dah sebab gym bersepah-sepah. Siap ada yang call lagi, offer free trial seminggu. The trick is, kalau korang like what korang see, I mean really SEE, korang boleh enroll untuk jadi member dan SEE la puas-puas what you really like to SEE, if you know what I mean...

LOL!

Anyway, aku bernasib baik sebab company aku menyediakan gym untuk kitorang kat HQ ni, FOR FREE! Its not as great as that of Fitness First and True Fitness la, but ok jer kalau takat nak keluarkan peluh dan lengguhkan bahu angkat dumbbell.

And the good thing is, gym kitorang ada station untuk karok. Gym korang ader?

Penat main dumbbell, singgah sebentar berjiwang dengan lagu Ayam Den Lepeh. Err...
AKUBUKANSUPERMAN: I can see myself in our gym every Monday, Wednesday and Friday. Oyeh bebeh! 

November 25, 2010

Senggang masa

Klik picture kat bawah. Korang nampak tak apa yang aku nampak?

Siyes korang tak nampak?

Sekarang nampak tak?

Haha bengong...

AKUBUKANSUPERMAN: Sakit perut gelak weh

November 24, 2010

Senggang masa

AKUBUKANSUPERMAN: Jom berkampung kat gym. Bawak tilam sekali... 

November 23, 2010

Saina mahu kereta mewah

Sekadar sedutan akhbar online semalam...

SUPERSTAR badminton India, Saina Nehwal mengimpikan kereta mewah, Audi sebagai hadiah sekiranya berjaya memenangi pingat emas Sukan Asia, namun bapanya, Harvir Singh Nehwal merasakan anak perempuan kesayangannya itu lebih memerlukan sebuah villa mewah di Hyderabad.

“Dia sudah memiliki dua buah kereta, jadi mengapa dia memerlukan kereta ketiga? Lagipun, mana ada ruang di jalan raya Hyderabad untuk memandu kereta besar."

“Villa lebih berbaloi dengan wang yang dikeluarkan, dan saya percaya suatu hari nanti dia akan sedar nilai sebenarnya. Daripada membeli kereta, lebih baik duit dikeluarkan untuk membayar pemaju rumah,’’ kata Harvir.

Soalan...

KAU ADER?
AKUBUKANSUPERMAN: Congrats duo syncronised diving Malaysia! 

November 22, 2010

Pelayan oh pelayan

Dulu aku pernah jadi pelayan kat restoren masa aku study. So aku tau camner rasanya bila ada customer yang kurang ajar, terjerit-jerit macam cibai. Macam sampah diorang buat. Masa tu aku cuma fikir satu jer, "Kau ada duit. So kau boleh buat sesukati kau. Aku tak ada duit. Sebab tu aku keje waiter jer..."

Redha...

Sebab tu la sekarang ni aku tak suka kalau orang buat pelayan macam sampah. Kalau nak panggil untuk amik order kena dengan sopan. Cakap elok-elok. Kalau pelayan tu tak catch the order the first time, kena ulang dengan senyuman.

Orang kata, kalau nak tau calon bini yang elok, kena tengok camner dia layan waiter atau waitress. Kalau dia panggil dengan siul dan petik-petik jari, boleh la terus di black list yer kawan-kawan.

Tapi macam mana kalau pelayan tu sendiri yang terjerit-jerit macam orang nak beranak? Muka panjang sampai ke lantai. Tengok orang macam tak layak nak makan kat restoren tu. Restoren makanan segera jer pun.

Korang akan rasa oren tak?

Kang aku pakai kad "Do you know who you are?" kang, sentap plak.
AKUBUKANSUPERMAN: Kalau rasa tak nak keje jangan paksa diri. Mintak jer MC dan duduk dalam akuarium kau kat rumah! 

November 19, 2010

NZ Curry House

Aku tak pernah buat review untuk tempat mamam best tapi NZ Curry House is one very exceptional mamam house.

Situated kat tempat yang korang tak akan terfikir boleh buat kedai mamam; in between Menara Standard Charted dan Central Plaza that is, tempat yang kalau tak ada NZ ni akan jadi tempat budak-budak lepak dan hisap dader, eh dadah.


Ngee...

Makanan-wise memang menarik. Korang boleh buat ala carte atau main tunjuk-tunjuk jer. I can say the food pricing are appropriate untuk kedai-kedai mamam yang letak kat city centre. Tak terlalu mahal. Jangan plak bengong nak compare harga dengan kedai makcik Maimon kat kampung korang. Ikut logik la.


Anyway, kalau rancangan review kedai kat TV bagi bintang untuk lokasi mamam yang diorang lawat, aku pun nak bagi jugak. Aku bagi 9 dari 10 bintang untuk NZ Curry House.


AKUBUKANSUPERMAN: Awas! Tempat terhad dan kedai ni sentiasa penuh

November 18, 2010

Kacang yang lupakan kulitnya


Orang kata, kalau tak pergi tempat orang kita tak akan belajar. Aku setuju sangat-sangat. Tu la antara sebab musabab aku setuju bila diorang nak hantar aku ke Kelantan dulu. Tapi bila dah kat tempat orang, perlu ker kita nak lupa asal usul sendiri?

Apa korang rasa? Rasa oren tak?

Last week aku jumpa sorang member lama aku. Aku kenal dia masa kat kolej dulu. Selalu jugak dia paw meggi aku. Tapi sebab aku ni baik orangnya, aku halalkan ajer sebab aku tau student mana der duit sangat. 

Dari kejauhan aku nampak muka dia. Dia senyum, aku pun senyum. Aku tengok dah berubah sangat dah dia. Kalau dulu muka dia macam Acapan, la ni muka dia dah macam Aaron Aziz dah aku tengok. Confirm ramai yang cair.

"Wei lamer nyer tak nampak ko doh! Aku dengar ko dah pindah KL sekarang?"

Hok aloh! Kenapa dia cakap semenanjung dengan aku? Siap pakai DOH lagi dengan aku. Apa masalah dia?

"Aok aku baru jak transfer sitok bulan ya tek. Taun lepas aku kerja rah Kelantan nun. Tok aku pindah ke HQ mek urang." Aku jawab. Aku tengok mukanya berkerut.

"Laa yer ker? Ok arr tu. At least now ko dah jadi orang KL." Dia kata, macam tak selesa.

"Hehe nei ada urang KL. Maintain juak urang Sarawak bah. Siney-siney pergi pun tetap ingat dirik tok urang Sarawak." Aku perli dalam kemanjaan. Ni kalau tak terasa, aku tak tau la nak buat cam ner lagi.

"Ok lah doh. Aku nak cau dulu. Apa-apa contact la aku." Katanya. Macam busy sangat dia aku tengok.

Siyes! Aku tak faham. Aku rasa macam nak lempang ajer muka dia. "Kawu tauk aku urang Sarawak nak? Kenak la perlu kelaka Semenanjung dengan aku?" Aku tembak jugak akhirnya barang sedas dua.

"Err... kamek udah lamak sitok. Sik biasa kelaka Sarawak gik," katanya tersipu-sipu. 

Elok plak lenggok bahasanya. Cukup harakat dan taranum. Berapa lama sangat la dia dah dok kat KL ni sampai lupa camner nak cakap Sarawak?

Bengong!

AKUBUKANSUPERMAN: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... 

November 17, 2010

Ku ke udara lagi

Agak lama jugak aku tak ke udara ek? Ader ker yang merindui aku? Aku tengok followers kat sini dan kat facebook dah makin ramai. Syukur... Terimas aku ucapkan kat anda semua followers. Insyallah lepas ni aku akan post sekurang-kurangnya 8 entry sehari.

Ngeee...

Banyak yang berlaku lepas entry terakhir aku. Cuma sekarang ni aku rasa macam kesuntukan idea nak menulis. Kalau dulu mencurah-curah idea untuk entry baru. Masuk tandas pun aku akan dapat idea-idea baru. Biasanya aku akan tulis idea-idea ni dalam memo application dalam handphone aku. Now aku dah mati kutu. Aku macam dah rasakan yang sekarang ni aku dah jadi semakin bimbo dan blond *libas-libas rambut.

Orang kata untuk dapat idea entry terbaru, kena selalu lawat blog orang lain.

Tu la masalah aku sebenarnya... Ding ding ding!!!

Dulu aku boleh online time office sebab aku ada bilik sendiri. Tak ada yang kacau aku kalau aku nak online. Paling-paling pun, makcik-makcik cuci tingkap yang akan datang kacau aku.

Now aku duduk kat cubicle. Bogel dan terdedah. Sesiapa yang lalu kat cubicle aku, pasti akan nampak apa yang aku layan kat internet. Aku paling takut dengan bos aku ler. So nak mampus layan blog time office?

Bila kat rumah jer aku dah flat tahap gaban. Mana dengan experience kena raba dalam tren lagi, nak gosok baju lagi, nak main-main dengan monyet lagi...

Most of the time aku prefer layan website porn ajer kat rumah. Sah-sah la aku tak boleh bukak porn kat office kan?


AKUBUKANSUPERMAN: I love porn. Who doesn't? Selamat hari raya haji people!!!

November 6, 2010

Bola dan belly

Preeettt!!! Wisel  berbunyi. 20 pemain bertempiaran lari, mengejar bola yang satu. Bola disepak kanan. Lalu disambut oleh pemain sayap. Ditampan pulak pemain pertahanan dan tiba-tiba...

“Woi kejar la bola tu woi. Kayu kah?” Seorang penonton menjerit ke arah seorang pemain yang memakai jersi bernombor 19. Pemain itu lalu tersipu malu dan berlari-lari comel mengejar bola.

Bub!!! Batu dilempar dari luar padang, hampir mengena kaki pemain yang comel itu tadi. “Kau kejar bola ker kau jogging woi!!!”


Well pemain jersi nombor 19 itu adalah aku… 

Dulu… 

Kat estate Sarawak… 

Kaki bangku…

Sekarang ni pun…

Tapi tetap comel. Ngeee…

Anyway, jumaat 2 minggu lepas aku join team company aku main bola. Nama team kitorang ialah Belly Team. Rasanya korang dah boleh agak why kitorang panggil team kitorang Team Belly. Masing-masing punya saiz pinggul 32 ke atas yer kawan-kawan.

Aku main sekejap jer sebab aku cepat pancit. Lain arr kalau diorang ajak aku main batu seremban. Sampai tahun depan pun aku dapat tahan.


AKUBUKANSUPERMAN: Siapa nak boot yang aku baru beli angkat tangan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...