AKUBUKANSUPERMAN

October 31, 2010

Malam hantu


Happy Halloween people!!!

Dah hampir setahun aku tak 'keluar' tengok scene clubbing kat KL ni. Dulu walaupun aku duduk kat Sarawak, aku sanggup naik belon terbang ke KL semata-mata nak gi clubbing, well of course aku nak jumpa member-member aku jugak. Melampau sangat la kalau nak ke KL untuk clubbing semata kan?

Korang ni pun, nak percaya tu agak-agak la...

Anyway, malam tadi aku ke party Halloween. Mulanya aku nak jadi Incredible Hulk. Tapi I figured mesti nanti panas giler sebab costume tu dibuat dari silikon. So aku decided nak jadi Mel Gibson dalam citer Brave Heart plak. Tapi aku tak dapat cari kilt. Kalau ada mesti rupa aku pelik pakai 'skirt' tu.

Lepas tu aku decided nak jadi footballer jer sebab the day before halloween tu aku main bola untuk company aku. Nanti aku ceritakan dalam the next entry pasal permainan tu ek. Tapi aku rasa macam tak sesuai plak nak terkinja-kinja pakai baju bola. 

Finally aku decided nak jadi DIRI SENDIRI jer. The good old me, the Hidney Wahid. Senang, tak payah susah-susah. Ngeee...

Kat party tu, aku tengok ramai yang pakai 'hebat'. Ada yang jadi Jasmine dalam filem Aladdin, ada yang jadi karekter dalam That 60's show. Paling aku suka tengok, sorang minah ni jadi Charlie Chaplin. Berapa la agaknya dia berhabis untun malam tu.

So sepanjang malam aku dok perati sekor-sekor dan fikir karekter apa yang depa pakai. Kudos aku kat organizer. Tahun depan buat lagi naa...

AKUBUKANSUPERMAN: Congrats Kelantan sebab menang Piala Malaysia. Negori ambo menay weh! *Tetiber

October 28, 2010

Plastic bag gone wrong

Aku pernah menulis pasal plastic bag dulu. So korang should know by now yang aku tak suka plastic bag. I will go one step further dan jadi AHSO just to show my stand. I know I'm not alone until today at the kuih stall, Cold Storage KLCC.

Kat depan aku ada seorang abang pakai baju petronas. Dia beli mee goreng dan jus oren. Lepas buat bayaran, aku terdengar dia tanya kakak cashier, "No plastic bag?"

Kakak tu geleng kepala. So abang tu blah dengan muka panjang. Dengan fail kat tangan kanan dan breakfast kat tangan kiri. Kesian aku tengok.

My turn...

Tok tek tok tek... Kakak tu keyed in jumlah pembelian aku, which was wantan yang harga RM1.75 untuk 5 pieces. Aku beli 10 pieces sebab aku nak kongsikan dengan officemate. Baik tak aku?

Lepas membuat pembayaran, aku ingat kakak tu akan bagi plastic bag sebab wantan-wantan ni berterabur lagi dalam bakul shopping aku. Aku tengok dia, dia tengok aku, plastic bag tadak.

"No plastic bag?" Aku ulang soklan abang Petronas tadi. Kakak tu geleng kepala.

"Paper bag?" Aku tanya lagi. Dia kata habis.

"Macamana saya nak bawak wantan-wantan ni balik?" Aku rasa macam nak tukar jadi hijau jer. Dia angkat-angkat bahu dan cebik bibir. Bertambah-tambah geram la aku.

"Berapa ringgit harga plastic bag kat sini? Saya nak yang paling besar. Bagi saya dua. Untuk saya satu dan abang tadi satu." Aku dapat dengar orang kat belakang aku berbisik-bisik.

"Doposen satu..." Jawab kakak tu. Suara dia macam sekat-sekat kat kerongkong. Muka macam nak nangis.

"Macam mahal sangat!" Lepas aku bagi duit, aku terus blah. Abang tadi dah hilang so I was left with 2 giganormous plastic bag, 10 wantans and 1 red face.

Kalau nak jaga alam sekitar pun, kena la tau cara yang betul. Jangan nak main ikut jer. Kena sesuaikan dengan keadaan. Dalam kes ni, tak kan aku nak angkut wantan tu satu-satu balik office. Akai tadak ka?

AKUBUKANSUPERMAN: Hancur terus morning aku... 

October 27, 2010

Setakat ni...

Ok ok... aku dah nak genap sebulan keje kat KL. Yer kawan-kawan, Kuala Lumpur. Kata orang KL tu kota keriangan. Atau mungkin kota kebahagiaan. Itu kata diorang.

Tapi kata aku? 

Kota kalau-korang-tak-tau-korang-akan-kata-begitu. Faham tak?

Masa aku nak pindah dulu, aku call ex-manager estate aku dulu. Aku kata la yang aku nak pindah KL dan cakap thank you sebab ajar aku sampai aku jadi macam sekarang ni. Actually dia yang inspired aku untuk pursue impian auditor aku ni. Anyway lepas aku explain panjang-panjang, dia kata, "Aku jamin lepas sebulan kau mesti nak masuk estate balik."

Apa korang rasa aku rasa? Memang aku rasa oren. Korang rasa oren tak?

Aku kena buktikan yang aku tak akan serang HR department mintak dipindahkan balik ke estate. Aku kena kuat. Aku kena tabah *sambil posing sinchan.


AKUBUKANSUPERMAN: Tak sabar nak out-station lagi...

October 20, 2010

Just replace the S with an H

"Hello my name is Hidney."

"What? Hindi?"

"No. Its Hidney."

"Come again?"

Well basically tu adalah soalan-soalan yang aku akan dapat kalau aku introduce myself kat strangers atau kat dalam meeting. Kadang-kadang nyampah jugak nak explain camner nak sebut nama aku betul-betul. Paling tak best kalau aku terpaksa spell out nama aku kat dalam telefon. Pernah sekali nama aku ditulis sebagai Idni kat dalam bil. 

Memang aku akan rasa oren lepas tu...

Bukannya nama aku Vevek Oberoi, Tepek Muliawan Saputra atau Aleksandr Demyan Vikenti... Hidney jer. Nama brand eropah yang memahal tu pandai plak nak sebut kan?

Susah sangat ker?

Tepek Muliawan... *gelak golek-golek

Last week, aku dapat name card untuk jawatan baru aku. At least now, kalau aku jumpa orang yang aku tak kenal, aku boleh bagi jer kad tu. Penat la nak spell out nama aku satu-satu. Kalau sorang dua tak per la. Camner kalau dua puluh orang?

(Macam la famous sangat...)

Sebelum ada name card dulu, untuk memudahkan strangers tahu camner nak sebut nama aku, aku akan suruh diorang tukar S dalam SYDNEY ke H jer.

Aku sajer jer nak pakai SYDNEY instead of KIDNEY. Kidney bunyik macam pelik jer. Karang ada yang otak ting tong panggil aku Hidney the BUAH PINGGANG plak.

Tak ker makin sedih aku lepas tu?

AKUBUKANSUPERMAN: Hit me baby one more time? You know? The Britney song? You know?

October 19, 2010

Kluang ol' charm

Aku memulakan out station pertama aku hari ni. Destinasi... Kluang Johor!

Aku ada seorang kawan yang menjawat posisi yang sama kat Sime Darby. Every time dia pergi out station aku akan gigit jari ke-jealous-an sebab aku memang hantu kalau bab jalan-jalan. So bila aku dapat tahu yang aku akan ke Kluang Johor minggu lepas, aku rasa macam nak melompat girang sambil lari pecut keliling office.

"Kau jakun lagi ni. Tunggu la dua tiga bulan lagi. Sure kau bosan. Kau percayalah cakap aku!" Dia berkata kat aku. Aku rasa dia sajer jer nak buat aku rasa oren sebab dia sebenarnya jealous. Aku dapat gi Johor... Negeri dia... free pulak tu...

Tapi dalam diam, aku rasa apa yang dia cakap tu ada betulnya. But hey! Now is the time, kita enjoy dulu!!! *sambil posing Sinchan

This is my first time in Kluang. So kiranya aku ni Kluang-virgin lah. The only Kluang I've tasted before was that of cincau susu dari Kluang Station. Hameek!

Anyway, perkara pertama yang aku perasan pasal Kluang ni ialah, dia punya old and laid back charm. Semacam yang kita boleh tengok kat Ipoh nuu. Aku berpeluang tengok bangunan lama kat Jalan Lambak, tengok sari (dan pemakainya) kat Little India dan minum kopi Kluang kat the in famous Kluang Rail Coffee.


Banyak lagi actually yang aku nampak dan tengok. Tapi masa tak cukup banyak untuk aku explore satu-satu pada hari pertama ni. Masa aku kat Kluang still berbaki 2 hari lagi.

Ada tempat makan best tak kawan-kawan?


AKUBUKANSUPERMAN: Rupa-rupanya bintang kat bendera Johor tu ada 5 bucu semuanya...

October 18, 2010

Ming-Ming dan koc wanita

Malam tadi aku mimpi jadi Ming-Ming. Siapa Ming-Ming tu yer kawan-kawan? Haaaa meh dok dekat-dekat. Rapat-rapatkan saf, pokcik nak story.

Ming-Ming ialah satu pertiga dari ahli kumpulan Wonder Pets yang merupakan seekor anak itik yang sangat confident, suka buat hal sendiri dan suka cakap "Ini siyes!"

Sekarang korang boleh nampak tak rasionalnya aku mimpi jadi Ming-Ming? Ming-Ming dan aku ada banyak persamaan.

Ngee...

Lagipun aku memang gila minat dengan siri kartun tu. Apa yang penting... Kerjasama! Wonder Pets, Wonder Pets kami datang!!!

Anyway, pagi tadi aku lambat sampai office sebab KTM Komuter yang aku naik dari Sungai Buloh lambat setengah jam. Rosak katanya. Penumpang yang tunggu kat stesen sekor-sekor dah muka panjang. Masing-masing nak rushing ke tempat kerja.

Koc wanita agak lengang, tapi aku tak boleh naik sebab aku ada 'loceng'.

AKUBUKANSUPERMAN: Esok aku gi Johor. Camana la rupa negeri tu ek?

October 17, 2010

Impian Fasha Sanda

Sejak pindah ni, macam tak ada masa plak nak update blog. Bukan tak ada story, tapi aku dah tak boleh nak berblogging dari office. Not after orang kat office tau pasal blog aku ni. Terkejut berok aku bila one of the manager tiba-tiba quote pasal story awek KL dan Mekdi. Tapi in a way, aku flattered la jugak.

Lepas ni tak boleh la nak carut bos…

Minggu lepas, dua hari berturut-turut aku ‘terkena’ tren yang penuh nak mampus. Teringat aku dengan commuter tren macam kat Jepun nu. Pakcik atendan stesen siap tolak-tolak penumpang masuk tren, sumbat sampai padat. Selagi ada ruang...

Hari pertama, aku berdiri bertentang dengan sorang makcik. Kalau dia dan aku sama-sama toleh depan, nescaya idong aku dan idong dia akan tersentuh. Masing-masing macam faham jer, so kitorang toleh tepi jer. 

Tapi kalau makcik tu Fasha Sanda best jugak kan?


Hari kedua, aku terpaksa naik tren padat lagi. I have the choice of not going on it, tapi aku naik jugak. Dalam kepala aku ni, aku imagine aku akan berdiri setentang lagi dengan someone, someone yang comel yang aku boleh bawak dating makan Mekdi.

Tapi...

Aku dapat mamat yang ada BO issue. Sampai berair mata aku tahan nafas. Binawe punya orang. Tak mandi ka?

Lepas experience tu, aku decided untuk drive ajer ke office. Alah, aku kena jugak tau camner jalan ke office gak kan? Berbekalkan GPS aku yang korang sedia maklum hanjing tu, aku berjaya jugak sampai ke office dalam tempoh setengah jam jer, sejam lebih laju compare kalau aku naik tren.

... walaupun dua tiga kali jugak aku silap masuk simpang...


*BO – Body odour

AKUBUKANSUPERMAN: Minggu depan aku start out-station. Tak sabar arr…

October 11, 2010

Keretapi is tren

"Pergi kerja pakai apa?" Soalan yang biasa aku dapat bila aku jumpa member baru kat office. Boleh tak kalau aku jawab, "Pakai baju lah!"

Well of course la aku jawab pakai tren, sambil posing Sinchan... macam biasa.

Once upon a time, aku ingat lepas aku kerja kat KL, aku boleh bangun lewat sebab waktu pejabat start 8.30 pagi. Konon-konon la kan.

Tapi hakikatnya, aku kena jugak bangun awal untuk catch-up tren. Kat estate dulu office aku dekat jer dengan rumah. Orang kata terjun jer dari tingkap rumah terus masuk office. Orang kata la... Tak pernah pulak aku nak try.

Now office aku agak jauh. Kena tukar dua tren. Perjalanannya plak amik masa sejam setengah. So kena la turun awal sikit. Sebagai pekerja yang comel dan bersopan-santun, aku kena la tunjuk baik kat bos. So kiranya tak sia-sia la dia tarik aku ke HQ kitorang. Betul tak?

Kenapa aku tak drive jer korang tanya? Sebab aku MALAS! Ngeee...

Dalam tren, aku tak nak duduk walaupun ada seat kosong. Aku tak nak susah-susah bangun balik kalau tiba-tiba ada penumpang tua atau pregnant naik tren. Baik aku berdiri jer. Tak macho arr kalau gaduh-gaduh pasal seat kosong jer... dengan pakcik yang pakai tongkat.

Tapi ada jugak aku tengok penumpang yang marang-merapu kepundeng-parang-sekeper yang tak nak surrender seat diorang untuk penumpang lain yang lebih memerlukan. Sedih tau aku tengok. Diorang boleh buat muka bodoh jer. Korang setuju tak kalau aku cakap diorang ni patutnya layak dihumban ke dalam sungai Klang tu?

Banyak benda best yang aku boleh tengok dalam tren everyday. Nanti la aku ceritakan satu-satu ek.

Selamat bekerja!





AKUBUKANSUPERMAN: Aku suka perati muka orang dalam tren...

October 9, 2010

Dah seminggu

Ok ok aku dah lama sangat tak update. Bukan apa, aku sangat busy nak settle down lepas aku berpindah ke department baru di KL minggu lepas. Tak masuk lagi dengan proses nak sesuaikan diri dengan suasana tempat kerja baru. Rasa macam masuk sekolah baru plak. Korang tau kan macamana rasa bila masuk sekolah baru? Malu-malu dan tersipu-sipu. Nak cakap pun suara sangkut kat tekak. 


Tunggu la seminggu dua lagi, meriah office ni aku kerjakan...

Aku dah jumpa ramai kawan baru. Tapi aku masih tak sempat lagi nak spedo awek-awek kat KL ni makan Mekdi. Minggu depan la kot ngeee...


AKUBUKANSUPERMAN: Sekarang ni, aku kena fikir nak pakai tie mana dengan kemeja mana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...