AKUBUKANSUPERMAN

September 30, 2010

Story aku beb

Once upon a not very long time ago, aku adalah seorang eksekutif muda yang bekerja 6 hari seminggu, dan kadang-kadang dihari cuti juga di estate yang ridiculously terpencil yang korang tak akan jumpa kat Google Map. Siyes™ aku cakap.

Walaupun aku dulu keje jauh dari bandar besar, hidup aku mudah sebab aku tak payah nak tension-tension dengan traffic jem dan tol. Belanja pun tak besar sebab aku tak payah nak spedo awek cun-cun makan Mekdi. Sebab apa?Sebab awek-awek cun tak masuk estate lah!

Korang ni pun, lagi mau tanya kan?

Oh yes, aku tak payah pakai kasut kulit kilat ke pejabat sebab aku pakai kasut Phua Chu Kang jer. Hari-hari kasut aku kotor dengan lumpur. So memang la tak berbaloi pakai yang memahal. Unless of course kalau ada yang nak tolong cucikan.

... dan urut kaki aku sekali...

Lepas bertahun-tahun aku hidup dengan pekerja yang berhidung mancung, berkulit gelap, berbau jamu dan suka Shah Rukh Khan, aku akhirnya dipindahkan ke HQ kitorang kat KL. Yer kawan-kawan... KUALA LUMPUR, the so called promise land where all dreams come true and the dreams aren't always good.

Kat KL aku diletakkan kat department RESEARCH & DEVELOPMENT. You know, you do the research and let other people develop.

Ngeee...

Walaupun aku dah bertugas di KL, aku tetap kena balik ke estate jugak. Tapi kali ni aku datang sebagai pelawat. Aku datang sebab aku kena pantau keje orang-orang kat estate tu. Takut kalau-kalau depa pi tidoq bawah pokok sawit. Ceq tau la sebab dulu pun ceq buat lagu tu.

Setiap kali aku datang, aku akan merepek pasal projek R&D company. Disamping tu, untuk mengisi masa lapang, aku akan assess estate tu dan bagi markah yang selalunya bergantung dengan mood aku. Kalau diorang pandai kipas, aku akan bagi markah canteeek punya. Ujung tahun bonus pun cantik lah. Boleh pergi KL makan Mekdi.

Tapi kalau tak cukup kipas, aku akan bagi markah kosong. Ganas tak aku? *sambil posing Sinchan.

Anyway...

Dengan kerja aku sekarang ni, semua orang akan fikir aku ni serba tahu dan serba boleh. Walaupun aku boleh berdiri dengan satu kaki dan tahu satu campur satu mungkin boleh menjadi sebelas, aku bukanlah seekor atau sebiji Superman. Aku tak mampu nak angkat bas (melainkan basikal jer) dan spendar merah aku tak dipakai kat luar. I'm not planning to anyway.

Kau gila?

Beb... Ini adalah story aku. *Tepuk tepuk tepuk

September 23, 2010

In term of this... In term of that

Ni satu lagi story lama. Saja nak kongsikan balik sebab hari ni, pagi-pagi lagi aku dah kena tiau pasal aku punya English. Ironically, ceritanya hampir sama. Cuma tak serupa jer...

“Hidney. Tolong taipkan surat ni. Ni draftnya. Fast fast!” Katanya. Dengan penuh urgency dan dedikasi aku start menaip.

Tap tap tap…


5 minutes later I came out with this, and some pride too...

In respond to your letter dated 25th November 2008, I wish to apologise for the incommodiousness caused from the water supply hold-ups lately. There have been some electrical conundrums to the water pump’s control panel and corrective actions have been taken to overcome this problem.

“Eh… kau pakai bahasa aper ni Hidney? Sepatah haram pun aku tak faham. Kau kena faham IN TERM OF maksud aku dalam note tadi. Kenapa nak tukar ayat-ayat aku?”

"Err it's English Sir." I said, not blinking a bit of disbelief.

“English? Kenapa aku tak pernah tengok pun IN TERM OF penggunaan ayat kau ni? Kau pakai kamus apa? Kau sekolah kat mana?”

"Kamus Oxford dan UiTM Kota Samarahan Sir."

“Aku pun budak UiTM aper, tapi kat Johor. Kau ni buat aku sebagai ex-UiTM malu lah! Kau perlu improve IN TERM OF English kau ni. Bahasa tunggang-langgang! Anak aku pun boleh karang surat yang lagi bagus dari ni.”

"But Sir... I..."

“Hidney… Kau faham tak IN TERM OF English kau ni? Boleh tak kau jangan banyak cakap dan tolong taip balik surat ni. Kekalkan IN TERM OF ayat aku tadi. Betulkan IN TERM OF grammar kau yang entah apa-apa ni. Lepas ni kau pergi town dan beli surat khabar English banyak-banyak. Pergi baca dan belajar IN TERM OF penggunaan ayat dia. Paper kat office ni aku tengok aku sorang jer yang baca. Korang langsung tak sentuh pun. Dah pandai sangat ker apa?”


"Sorry Sir. Saya akan repair..." Aku berlalu dengan muka toya.

Tap tap tap. 30 saat kemudian...

Merujuk kepada surat anda yang bertarikh
25 November 2008, saya ingin

“Apa ni? Kau perli aku kah Hidney? Kenapa tak tulis dalam English?”


Aku dah merajuk dah. Tak kuuuuuuuuasa. Paper apa yang dia baca yang pakai IN TERM OF banyak sangat tu? In Term Of Tribune kah?

AKUBUKANSUPERMAN: Cermin di cipta oleh tuhan untuk melihat imbasan diri. Ianya juga dicipta untuk digunakan oleh orang yang tak sedar diri. Sekian terima kasih...

September 21, 2010

Dotkom dan Dotnet

Once upon a time kat sebuah kampung, ada dua ekor merpati; Dotkom dan Dotnet. Diorang ni bercinta dah dekat 3 tahun dah, jumpa kat Myspace. Ala biasa la budak-budak zaman sekarang kan. Jumpa kat cyber space. Kalau mak bapak kita dulu, jumpa kat majlis-majlis kawin atau kat tepi tasik jer.

Anyway, Dotkom dan Dotnet memang tak boleh berenggang. Kat mana ada Dotkom, kat situ la si Dotnet. Pendek kata diorang ni macam belangkas la, walaupun diorang ni sebenarnya merpati.


Kalau tak jumpa, diorang akan balas-balas sms. Biasanya Dotkom akan belanja beratus-ratus ringgit untuk sms Dotnet. Tapi lepas tu Dotnet hadiahkan Dotkom Bleckberry Bold 9000. Maka kurang la belanja telefon Dotkom sebab Blackberry Messenger tak payah bayar. Makin selalu la Dotkom hantar sms jiwang berkarat kat Dotnet.

"Sanggup ku renangi lautan api dan meredah belukar duri untuk mu Dotnet ku busyuk busyuk..." Kata Dotkom. Meleleh-leleh la si Dotnet membaca sms Dotkom tu. Merembes luar kawalan.

Pada suatu hari tu, Dotkom mengajak Dotnet berpindah ke bandar. Nak cari pengalaman katanya. Dari kecik sampai la ke besar dia asyik dok kampung jer. Dia pun nak merasa tinggal kat bandar besar jugak.

Macam biasa Dotnet mengikut ajer.

Kat bandar, Dotkom mengalami kejutan budaya. Dari rupa yang gonjeng macam S. Jibeng, dia berubah jadi macam Brad Pitt. Terus jadi rebutan merpati-merpati bandar yang cun-cun belaka.


Dotkom dah jauh berubah. Dia dah tak sayangkan Dotnet dah. Sms pun jarang-jarang. Kalau sms pun, asyik marah jer.

Dotnet pun pasrah ala-ala Era Fazira yang ditinggalkan Awie dan membawa diri balik ke kampung, meninggalkan Dotkom yang makin lupa diri...

AKUBUKANSUPERMAN: I bukan Dotkom. Happy anniversary Yan. I love you...

Berapa markah anda?

Kita ucapkan selamat pagi kat bos, +1 markah 
Bancuh teh untuk bos, +2 markah
Lepas tu kita bagi biskut raya kat bos, +3 markah
Kita sendiri yang buat biskut tu, +6 markah
Dapat resipi dari buku Chef Wan, +8 markah
Biskut dibuat dari kacang berkualiti tinggi, +5 markah
Bos alergik kacang, -8 markah
Bos kena tahan wad, -10 markah
Selama 2 bulan, -15 markah

Kita siapkan kerja yang bos bagi, +1 markah
Kita tak siapkan kerja yang bos bagi, -2 markah
Sebab sibuk dengan Facebook, -2 markah
Dalam Facebook kita mengumpat bos, -2 markah
Dan kawan mengumpat kita tu kaki kipas bos, -10 markah

Kita masuk office lebih awal dari bos, +5 markah
Kita bising member cubicle sebelah lambat, +2 markah
Kita bising makcik cuci tingkap lambat, +2 markah
Kita tak bising bos lambat, +5 markah
Bos masuk office lepas lunch, +8 markah
Lepas 5 minit bos keluar balik. Terus hilang, +9 markah
GM call dan kita cakap bos MC, +10 markah
GM suruh kita bagi MC bos untuk difailkan, -20 markah

Kalau kita berjaya siapkan budget tahunan, +3 markah
Sorang-sorang, +4 markah
Kita cover line bos masa presentation depan GM, +5 markah
Bos tak tau mender pun, +10 markah
Bos tak tau pakai komputer, +20 markah
Kantoi bos tengok porn before presentation, +30 markah
Porn Ariel Peter Pan, -30 markah

Bos buat lawak dan kita gelak sekali, +2 markah
Kita gelak walaupun tak faham lawak bos tu, +4 markah
Bos tak perasan kita sajer nak ampu, +5 markah
Kita ajak member satu office gelak sekali, +6 markah
Lawak pasal KPI lebih teruk dari tahun lepas, -6 markah
Kita still tak faham dan sambung gelak, -10 markah
Kita gelak sampai keluar air mata, -20 markah

Bos hantar sms kata dia cuti emergency, +1 markah
Kita kata, No problem sir. Everything is in order, +5 markah
Masa tu kita busy closing account, +6 markah
Kita kerja sampai lewat malam, +7 markah
Tak makan dinner pun, +10 markah
Awek merajuk sebab kita dah janji dinner sama, +15 markah
Kat Star Hill Galery, +17 markah
Sebenarnya bos main golf, -20 markah
Dengan member kat cubicle sebelah, -25 markah
Kat Phuket, -30 markah

AKUBUKANSUPERMAN: Amacam kawan-kawan?

September 19, 2010

Edisi BUMPER balik Kelantan

Lepas 3 hari beraya, it’s time for me to go back to Kelantan. Gila sedih aku sebab tak tau bila lagi aku boleh balik Sarawak. Padan la orang cakap, kalau dah kawin dengan orang Kelantan, memang akan susah balik kampung sendiri. Tapi aku tak kawin dengan orang Kelantan pun lagi. Dekat setahun baru aku dapat balik Sarawak. Huhu sedih meleleh!

Err ada ker orang Kelantan yang nak kan aku?

Anyway, aku balik ke Kelantan 13 september lepas. Kali ni aku tak naik bas sebab aku ada tiket flight Mukah-Kuching-Kuala Lumpur. Tak kuasa dah aku nak emo sebab jalan rosak.

Flight ke KL dari Kuching aku tak hairan sangat sebab pakai kapal besar. Tapi aku sikit ralat dengan flight Mukah-Kuching ni. Nak tau sebab apa?

Nah!

Untuk pengetahuan korang, aku ni takut turbulence. Lagikan kapal besar akan gegar kalau dalam ribut. Inikan pulak kapal yang seketot ni. Aiyooo seram yer kawan-kawan!

Waktu penerbangan tu, flight aku penuh. 19 orang penumpang, tambah 2 pilot dan 15 pramugari cun. Hehehe actually tak ada pramugari pun. Mana nak sumbat 36 orang dalam kapal sekecik tu. Korang ni pun. Agak-agak la kalau nak percaya.

Ngeee…


video

Tapi elok la jugak tak ada pramugari. Kalau ada, hilang la macho aku kalau diorang nampak aku ketakutan dalam turbulence.


“Tuan-tuan dan puan-puan. Sila tumpukan perhatian anda ke kerusi nombor 12B. Ada penumpang yang terkencing dalam seluar sebab takutkan turbulence. Sila gelakkan dia wakakaka…”

Kalau pramugari tak cun aku tak kisah sangat…

AKUBUKANSUPERMAN: Epik la jugak kan?

September 18, 2010

Edisi BUMPER balik kampung

SELAMAT HARI RAYA!!! *Melompat bagai monkey…

Masuk hari ni, dah lapan hari kita beraya. Err... ada lagi ker yang pakai baju raya? Kalau ada, tahniah aku ucapkan. Sayang ek kalau tak pakai. Beli mahal yer dak? Baguih baguih…

Mungkin entry aku ni dah lemau. Tapi memandangkan aku dah lama tak update, ini aku nak rangkumkan story EPIK perjalanan balik kampung aku.

Jeng jeng jeng…


7 september, 8.00 malam
Aku kick start dari Gua Musang lepas berbuka puasa kat Kesedar Inn. Orang belanja… Aku balun ajer la. Syukur, kenyang perut.

Keluar jer dari jalan estate, aku tengok banyak kereta bergerak ke arah Kelantan. Sebelum ni aku dengar jer story traffic jem hebat kat Kelantan time-time nak raya. Finally aku nampak jugak dengan mata kepala aku sendiri.

Takjub!

Tiba-tiba lagu Balik Kampung Sudirman jadi macam best plak. Miming sekali…


8 september, 2.00 pagi
Lepas ulang lagu Balik Kampung untuk ke 14 juta kalinya, aku selamat juga sampai di KL. Perjalanan yang patutnya amik masa 4 jam jer, dah jadi 6 jam sebab aku tak boleh nak overtake. Kereta dari arah bertentangan tak putus-putus. Seriau aku tengok skill pemanduan depa. Macam la kampung tu boleh lari.

Tapi aku tetap drive dengan penuh sopan santun. Kalau boleh, dah lama aku bersimpuh time driving tu. *Toing!


8 september, 11.45 pagi
Aku dah di KLIA. Tapi flight aku ke Bintulu delay! Sementara menunggu, aku cuci mata tengok sorang cabin crew yang comel. Awwww!!! Tapi cabin crew tu stationed kat Business la plak.

“Kan best kalau aku upgrade tiket semalam?” Aku bermonolog sendiri sambil menepis tangan budak kecik yang duduk sebelah aku. I love kids, but not naughty kids!


8 september, 2.15 petang
Aku dah mendarat di Bintulu. Masa aku buat immigration clearance, kakak kat counter wish aku “Welcome home.” Aiyoo nasib baik kau perempuan. Kalau tak, aku dah peluk-peluk dah.

Gila terharu aku. I’m home…

Tapi kalau jantan, sanggup ker aku peluk dia? Hmmm...

Sampai jer town, aku terus bergegas ke terminal bas, beli tiket balik Mukah. Takut tiket abis. Kang tak pasal-pasal aku sayu bergenang air mata, beraya sorang-sorang kat Bintulu. Family semua kat Mukah. Waaaaa!!!

Aku dapat second last available seat. Nasib baik sempat.


9 september, 8.15 pagi
Second leg of my balik kampung journey... Macam semalam, bas aku pun delay. Kau ingat kapal terbang jer boleh delay?

People... dah berkurun aku tak naik bas *buat muka tak percaya. Bukan sombong, tapi tak ada keperluan untuk aku naik bas. Pergi keje, aku golek-golek jer dari rumah sebab office dekat. Tak pun, aku drive jer Black Phantom aku tu. Ngeee...

Tapi kan, aku paling tak boleh blah kalau orang tu cakap, “Bas? Apa itu? Eeuuuwwww!!!”

Aku dapat bayangkan yang aku sumbat orang tu dalam mangkuk tandas.

9 september, 1.30 petang
Masa aku sampai kat terminal bas Mukah, badan aku sakit-sakit, mengantuk, penat dan semestinya horny. Ngeee…


Beberapa tahun lepas, aku tinggalkan Mukah dengan memori ngeri jalan HANCUR. Klik sini untuk butiran lanjut. Know what? Jalan tu masih HANCUR. Mana pergi Wakil Rakyat? Hanjing punya orang. Makan gaji buta kah?

Tapi aku marah tak lama. Sejuuuuuk *sebut dengan memuncungkan bibir, mata aku tengok mak aku kat depan pintu. Mendepangkan tangan sambil lagu meleleh berkumandang. Dalam gerak perlahan, aku berlari-lari comel dan menjerit, "Ibuuuu." Ngeee...

Aku rindu ibu ku. Aku juga rindu Ibumie.

Nanti la aku story perjalanan aku balik ke Kelantan. Penat taip.


AKUBUKANSUPERMAN: Tahun ni 1st time aku balik kampung beraya. Sebelum ni aku keje kat kampung jer. Tu sebab perjalanan aku tahun ni epik. Faham tak?

September 2, 2010

Maher Zain

Aku jarang sangat nak letak lirik dalam blog sebab bagi aku, banyak lagi blog lain yang tulis lirik yang sama dan that will not make me any different than them. Betul tak? Macam gerai-gerai kat bazaar ramadhan tu la. Korang akan jumpa kuih yang sama kat lapan gerai yang bersusun sebelah menyebelah.

Bosan…

Anyway, semalam masa aku duduk-duduk kat office, aku terdengar staff aku mainkan lagu Maher Zain; Insyallah tu. Molek sokmo dale bule posa kata orang sini.

Syahdu ok! Nak nangis…

Klik sini untuk ke blog Maher Zain. Tak rugi lawat sebab banyak lagu berunsurkan Rohani, Maimunah dan Salamiah yang korang boleh tengok dan download. Dengan imej buruk Islam yang digambarkan oleh pihak barat la ni, I think it’s about time we have such music appeal and approach to clear things up.

*sambung nangis…

AKUBUKANSUPERMAN: Minggu depan aku balik kampung. Tak sabar aku nak peluk cium mak ayah aku. Siyes!

September 1, 2010

Dan mercun pun berbunyi

"Boom!"

"Ba boom!!!"

"Ba ba boooommm!!!"

"Mbbeeekkk!"


Eh eh? Macam tak ngam plak bunyik mercun yang last tu.

Anyway raya dah dekat. Bahang kemeriahan makin terasa. Dalam kemeriahan tu makin banyak pulak cerita orang putus jari pasal main mercun. Ironiknya Kelantan adalah negeri yang mendahului carta. Apa taknya, orang sini boleh beli mercun kat bazaar-bazaar ramadhan jer.

Tapi kan, yang diorang bengap sangat pegang mercun meletup tu kenapa? Kalau aku dulu, aku ikat ubat nyamuk kat ujung penyapu dan berdiri jauh-jauh. Memang tak macho, tapi yang penting selamat! Ngeee...

Kat estate aku tak kurang hebatnya. Hari-hari pekerja aku bawak mercun ke dalam site. Pernah jugak diorang baling mercun kat aku. Nasib baik jeritan kepit aku tak keluar. Binawe punya indon. Dalam hati geram jugak nak join sebenarnya. Tapi aku diamkan ajer, until one day...

"Tuan suka mercun tak?" Seorang pekerja Indon bertanya.

Aiyoo nak jer aku melompat tinggi-tinggi dan jerit "YES YES YESSS!!!"

Tapi...

"Suka." Jawab aku dengan machonya sambil letak jari dalam idong.

"Ni untuk tuan." Katanya sambil menyerahkan 3 plastik besar mercun. Rasa nak gugur jantung aku tengok mercun sebanyak tu.

Siyes aku cakap. Boleh simpan untuk raya tujuh keturunan.

Kalau kena tangkap ni, mati la kena gantung. Lepas dah mati pun akan digantung balik. Lagi dan lagi...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku tak pernah tengok orang main meriam buluh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...