AKUBUKANSUPERMAN

August 30, 2010

Celebrating merdeka

Orang jerit “merdeka” kita pun nak jerit “merdeka” jugak. Tapi kita tak tau pun maksud sebenar merdeka yang kita jerit tu.

Bagai orang terjun lombong kita pun nak terjun jugak.

Kalau niatnya bagus apa salahnya kan?

31 Ogos datang lagi. Tapi apakah sumbangan kita?

Beli Jalur Gemilang miniature kat kedai, lekat kat kereta dah tu drive laju-laju sambil jerit “merdeka”. Bendera tu jatuh, kena pijak-pijak dengan kereta lain. Bazir duit jer. Dan lebih teruk lagi, kita buat sampah, out of our Jalur Gemilang. Baik tak payah buat.

Tu sebagai contoh…

Anyway…

Jangan biarkan perbezaan fahaman dan anutan kita merosakkan apa yang telah orang-orang sebelum kita perjuangkan.

Dan jangan buang anak merata-rata!

Merdeka!!!

AKUBUKANSUPERMAN: Suka tengok iklan-iklan merdeka Yasmin Ahmad. Al-fatihah...

August 28, 2010

Indonesia oh Indonesia

Aku pernah dah cakap dulu. Apa-apa hal, memang aku yang paling lambat… kecuali makan. Ngee…

Aku suka cekitiau.

Sejak dua menjak ni, heboh kat berita kata orang negara jiran bual hal bakar Jalur Gemilang dan baling najis kat kedutaan kita kat negara diorang. Semuanya gara-gara sikit salah faham yang disensasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diorang. Kalau dulu, diorang bising pasal kita ‘tiru’ budaya diorang.

Apo? Tak ada akai ka?

Kalau kita nak protes, kita boleh buat onar yang sama kat kedutaan diorang. Tapi kita jauh lebih bijak dan bertamadun dari diorang. Berdiam diri dan protes secara intelek adalah balas dendam yang terindah. Radio-radio kita dah tak mainkan lagu-lagu diorang… sekadar memberi contoh protes intelek kita la.

Apa pun, kita harus terus tenang. Jangan bertindak bodoh. Api jangan lawan dengan api, nanti membakar diri.

Faham tak?

Hidup Malaysia!

AKUBUKANSUPERMAN: Aku tetap sayang pekerja-pekerja Indon aku…

August 27, 2010

Zaman muda bergetah aku 2

Kalau dulu, tepat kol 5.30 petang jer kitorang adik-beradik dah pakat duduk depan tv, tengok Gaban.

Korang tau Gaban kan?
Kalau korang biasa tengok citer Gaban, korang akan tau tarian tukar bajunya. So everytime kalau Gaban nak tukar baju, kitorang adik-beradik akan ikut sekali. Lagu Gaban pun kitorang boleh miming sekali tau. Hebat tak?

Bayangkan ada soklan gini dalam UPSR aku dulu, "Tuliskan lirik penuh lagu Gaban."

Agak-agaknya aku dah jadi Perdana Menteri dah hari ni...

Siyes memang aku minat gila dengan Gaban. Nasib baik time tu tak ada jual baju Gaban kat kedai-kedai kampung kitorang. Kalau tak, dah lama aku pakai baju Gaban pergi semayang raya. *Gelak horny.

Tu la jadual tv aku dan adik beradik aku time kitorang muda-muda dulu. Dulu mana der Astro. Citer tv main sekali jer. Kalau miss sekali tu, kena la tunggu minggu depan.

Haa... Time tu merasa oren la sekor-sekor.

Sekarang ni, budak-budak kita dah banyak pilihan dah. Ada Keroro, Crayon Sin Chan, Barney (ngeri) dan Ipin Upin. Tak cukup dengan tu, ditambah lagi dengan Tom Tom Bak. Ulang-ulang plak tu.

Tak puas hati betul aku...

AKUBUKANSUPERMAN: Sampai la ni aku minat kat Power Rangers Kuning. Ada sapa-sapa simpan nombor tepon dia tak? Address twitter ker...

August 26, 2010

Berita gumbira


♫♪ Hari ini kau datang riang,
Tersenyum buat ku senang,
Ku lihat dirimu,
Membawa surat perpindahan kuuuu… ♪♫♫

Ngee silap lirik plak.

Lepas beberapa minggu menunggu, finally hari ni aku dah dapat surat transfer aku ke department baru di Kuala Lumpur.

Dah lama aku mengintai jawatan ni. And now I know, tak sia-sia aku pindah company ni dulu. Walaupun gaji kecik, tapi aku dapat apa yang aku nak. Syukur...

1 Oktober, akan bermula chapter baru dalam kerjaya aku.

Wish me luck!

AKUBUKANSUPERMAN: Kuala Lumpur, here I come!!!

August 23, 2010

Zaman muda bergetah aku 1

Dulu-dulu, aku dan member-member sehingusan aku suka main polis sentri. Petang jer kitorang akan riuh lari keliling rumah sampai terpelecok kaki terpijak taik lembu. Dah tu balik nangis-nangis, ngadu kat mak. Ingatkan mak akan pujuk, tapi kena balun jugak.

"Ni kenapa buruk sangat perangai ni? Cepat pergi mandi. Sekarang!!!" Kata mak.

Tak pasal-pasal kena piat telinga barang sehasta dua.

Kalau tak main polis sentri, kitorang main
kawin-kawin dan cikgu-cikgu. Zaman dulu mana der PlayStation atau Monopoly. Tu ajer la yang mampu kitorang main.

Kalau main kawin-kawin aku selalu jadi tukang kipas pengantin jer. Sedih aku sebab tak ada yang nak kawin dengan aku. Muka aku gonjeng macam Dr. Rozmey. Kalau pengantin tengok, mesti dia akan ngigau tiga hari tiga malam.

Kadang-kadang aku jadi bapak pengantin, renjis-renjis air bunga jer.

Sedih!

Kalau main cikgu-cikgu plak, aku akan sentiasa jadi guru besar atau penolong kanan HEM. Garang nak mampus. Semua murid tak suka, sebab aku suka baling buku kalau diorang salah eja nama aku. Nak tau apa nama aku kalau aku jadi guru besar?

Mister Mickey Mouse...

Kau ada ker guru besar garang yang nama Mickey Mouse? Tak ada kan?

AKUBUKANSUPERMAN: Budak-budak sekarang main sampai dapat anak. Sangat maju ok!

August 21, 2010

Tsunami Romzeyism

Kita mungkin boleh gelak dengan rambut gonjengnya dan kasutnya yang dua saiz lebih besar. You know what they say about guy with big shoes...

Atau kita mungkin akan gelak dengan cita-cita RM12 jutanya untuk filem yang menurutnya (dengan confident) mampu meninggalkan impak termaksimum sehingga mampu membuatkan penonton pengsan dan terpaksa pulak dipapah keluar dari panggung.

Tapi yang penting (tanpa kita sedari) kita tetap syok nak tau apa perkembangan terbaharu Dr. Rozmey dan misi Dua Alamnya.

Aku pun syok gak tengok story dia kat Metro. Tapi aku akan tutup muka bisanya dengan tangan.

Kalau tak aku ngigau...

Gelak pun gelak jugak. Tapi aku tetap rasa yang Dr. Romzey ni pandai berniaga. Kalau tak, dia tak akan jadi jutawan yer dak?

AKUBUKANSUPERMAN: Siapa yang jadi image consultant Dr. Romzey ni? Sedih!!!

August 19, 2010

Audit dan anak kucing

Tengah orang lain busy buat anak dan buang anak, aku pulak busy melayan auditor kat office. Nasib baik tak ada yang feeling Queen of England. Berani diorang nak banyak songeh dengan aku? Kang tak pasal-pasal pulak korang dengar berita auditor kena buang dalam tong sampah kat Gua Musang… ngeee.

Minggu lepas housemate aku bawak 4 ekor anak kucing balik rumah. Kucing terbiar katanya. Aku tak tau pulak yang dia ni suka kat kucing jugak. Menarik…

Dalam banyak-banyak tu, aku paling suka yang sekor ni. Namanya Oreo. Tapi aku panggil Oyo jer. Comel tak?

Bila tengok Oyo ni, teringat aku kat Sinchan aku dulu. Sinchan... papa rindu sangat kat Sinchan. *Sedey.

AKUBUKANSUPERMAN: Kes buang bayi makin menjadi-jadi. Hukum gantung sampai mati macam tak bagi kesan langsung

August 15, 2010

Aiyooo RM5 juta dalam akaun aku!

Ngeee suspen tak? Tapi kalau betul apa yang korang rasa? Rasa oren?

Rasa kaya lah!

Cakap pasal duit ni, memang semua orang suka. Macam-macam nak buat. Macam-macam nak beli. Tak kisah la duit tu ada atau tak ada. Yang penting pasang angan-angan tu dulu. Nanti by the time duit tu dah ada (finally la kan), tak payah la nak buang masa nak fakir-fikir dah, buat terus jer.

Kononnya masa itu emas. Tak elok dibazir-bazirkan.

Izinkan aku namakan sindrom ni sebagai sindrom ATS atau sindrom Angan Tak Sudah.

Biasanya ATS akan berleluasa time bulan-bulan terakhir nak dapat bonus. Kalau kita jalan dari hujung ke hujung office tu, kita akan dapat kumpul story angan-angan yang cukup untuk tulis entry setahun. Siyes!

Ada yang nak naik cruise…

Ada yang nak beli Ipad…

Ada yang nak makan Wagyu kat Marche…

Apa pun kan, tak salah berangan-angan. Memang aku tak nak nafikan yer. Tapi angan-angan tu kena la realistik. Kang nanti tak dapat, frust tertonggeng plak. Gantung diri kat kipas bilik tido...

Tapi aku tak kisah kalau korang berangan-angan nak belanja aku pergi Hong Kong once duit bonus tu dah masuk. Aku ikut jer ngeee…

AKUBUKANSUPERMAN: Aku nak menulis dalam English balik. Tapi ader ker yang nak baca?

August 14, 2010

Audit yang menakutkan

Sebut jer pasal audit visit, semua orang akan kecut. Tambah-tambah lagi kalau banyak benda yang tak settle lagi; fail-fail pejabat berterabur seantero alam, akaun macam haram tak tally dan physical balance klip kertas tak sama dengan stock balance. Haaa… kalau lagu tu, mandi tak kenyang, makan tak basah lah jawabnya.

Sepanjang kerjaya aku, aku dah jumpa banyak jenis auditor. Ada yang comel (penting) dan ada yang tak berapa comel. Tapi aku paling tak boleh blah auditor yang tak comel dan demand layanan macam Ratu England. Kalau kita tak cukup layan, dia akan buat onar lah kat kita.

Pernah tak korang experience auditor macam tu? Apa korang rasa? Rasa oren?

Masa aku kat Sarawak dulu, ada sorang auditor ni demand nak makan durian. Time tu bukannya musim durian. Bengong punya auditor!

So nak dijadikan story, terpaksa lah kitorang mencacai cari durian sampai ke Brunei. Kitorang pun sama bengong jugak. Takut pasal banyak benda yang tak betul kitorang simpan dalam pejabat.

Minggu depan, auditor nak lawat estate aku. Harap-harap aku tak kena auditor yang bengong. Tapi kalau dia comel… aku bawak jumpa mak aku arr ngeee.

AKUBUKANSUPERMAN: Insyallah tak lama lagi aku akan tukar ke enforcement department. Macam audit department jugak la. Sumpah aku akan jadi auditor yang paling sopan… buat audit sambil bersimpuh…

August 13, 2010

Bazaar oh bazaar

Jeng jeng jeng, ni tahun pertama aku berpuasa kat Kelantan. Apa yang aku rasa? Rasa oren?

Rasa happy lah!

Untuk pengetahuan korang, kat sini kitorang cuti on hari pertama puasa, sempena Awal Ramadhan katanya. Lain-lain negeri, selamat bertrafik jem… Jangan jeles!

Anyway bila time puasa, memang tak sah kalau tak melawat ke bazaar-bazaar Ramadhan. Ada bazaar yang besar, ada yang kecik. Tapi bazaar kat Gua Musang ni memang gila besar. Try bayangkan Petaling Street, darab lapanblas. Err maybe agak terlebih, tapi yang penting hebat tak? Ngeee… *Posing Sinchan

Kalau hebat bazaarnya, hebat la jugak pembeliannya. Siyes aku cakap. Rasa macam nak beli terus bazaar tu, bawak balik rumah. Macam-macam ada. Ada ayam percik, kopok lekor, mee kuah, ketupat sotong, daging berlada, agar-agar kelapa, tepung pelita...

Ok… sila lapkan air liur tu. Tak senonoh.

AKUBUKANSUPERMAN: Lepas ni nak ke bazaar Ramadhan Wakaf Che Yeh plak

August 11, 2010

Apa kata kalau

Setiap kali malam pengumuman puasa, atau raya (lagi sebulan), kita akan duduk rapat-rapat depan tv.

Nasik dalam mulut tak sempat nak kunyah, ikan goreng hangit dalam kuali. Lantak la apa diorang nak sampaikan kat berita jam 8, yang penting kita nak tau apa yang Tan Sri Engku Ngah nak umumkan.

Bayangkan kalau...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku kata KALAU kan... Jangan la marah hehehe

August 10, 2010

Happy itu gembira

Hari ni aku sangat happy. Sebab? Haaa…. Meh sini dok rapat-rapat ambo nak ghoyak.

Jeng jeng jeng, aku dengan penuh jayanya lulus temuduga Jumaat lepas. Insyallah kalau memang rezeki aku, dalam masa beberapa minggu ni aku akan bertukar department dan berpindah ke KL. Yippie!!! Tak jadi orang Kelantan dah aku.

Nanti la akan aku ceritakan apa kerja aku kat department baru tu.

Next in line, aku kena tukar description blog aku ni. Sebab? Sebab aku akan pakai tali leher Burberry dan kasut kulit TOD’s ke pejabat. *Gelak horny

Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah… tercapai jugak impian aku walaupun kerja aku tetap tak seglamour orang yang kerja kat awan biru atau yang kerja kat tingkat 77 KLCC.

Dulu ada sorang member aku tanya, “Kau dah tak menulis dalam English lagikah?”

Sambil posing Sailormoon aku jawab aku nak bertukar angin. Aku nak tulis santai jer, tak payah nak pakai ayat-ayat bombastic melampau. Hasilnya? Jeng jeng jeng…

Gila terharu aku sebab ada orang sudi nak sharekan entry aku kat Facebook.

You like me? I like you too ngeeee…

AKUBUKANSUPERMAN: Seronok tengok nama-nama yang familiar baca blog aku.

August 9, 2010

duri-YAN

Ku ingatkan sukun. Rupanya durian. Hameek!!!

Tapi kesian kan durian tu? Tak pasal-pasal durinya hilang. Dah tak macho dah. Terus jadi YAN jer instead of DURIAN. Ngeee…

Sungguh pun dah tak macho, tapi rasanya tetap sedap. Manih leting kata orang kat sini. Maknanya sangat manis la. Mekasih cikgu sebab ajar saya cakap Kelantan. Saya sayang kat awak.

Lagi dua bulan aku kat sini, aku dah boleh baca berita dalam bahasa Kelantan dah. TV Klate, Your hok tu hok ni channel. Oh yeah!!!

Hari-hari makcik kat sini bagi aku durian. Sikit jam lagi aku dah boleh bukak gudang nak simpan durian-durian tu. Tak termakan aku. Aku ni mulut satu jer.

AKUBUKANSUPERMAN: Teringin nak makan Musang King. Nak tanya kat makcik-makcik sini, takut diorang bagi musang betul pulak. Susah nanti aku…

August 7, 2010

Betul dan salah

Cerita lama. Tapi saja aku nak kongsi balik.

Tempohari Plantation Advisor lawat estate kitorang. Untuk pengetahuan korang Plantation Advisor ni macam BAPAK segala audit, yang akan lawat estate milik syarikat seluruh negara untuk buat penilaian. Mana-mana estate yang tak perform tu, tak dapat bonus la jawabnya.

Faham?

Ceritanya cegini...

“Hidney, what are the three biggest threats to a good estate’s road?” Plantation Advisor tu bertanya.

Aku tau jawapan untuk soklan tu, so aku dengan konfidennya jawab, “Rain, potholes and elevation sir.”

Hidung kembang kempis… bangga…

“You are wrong Hidney.”

Eh? Camner boleh silap? Aku salah dengar soklan ker? Atau dia salah tanya soklan?

“It’s actually water, water and water.”

Hek eleh… kalau jawapan yang macam tu, jangankan tiga, doploh pun aku boleh bagi.

Hampeh…

"Actually there are two more sir." Kata aku.

"What?"

"Water and water..."

"Who you kidding Hidney?"

Aku jugak yang kena sound kan. Hanjing!

Moral of the story, jangan lawan boss. Boss always right walaupun dia salah ngeee...

AKUBUKANSUPERMAN: Selamat berpuasa kawan-kawanku...

August 5, 2010

Cerita maid baru

Hari ni aku dapat maid baru. Maid lama aku balik kampung, nak buat persiapan raya katanya. Dengan berat hati aku tandatangan surat cutinya. “Kapan mau datang lagi?”

“Selepas raya tuan, insyallah.”

Macam tak confident jer aku dengan jawapannya tu. Selalu jugak maid-maid aku balik kampung. Tapi after sometime diorang terus tak datang-datang balik. Garang sangat kah aku?

Sedih…

Seperti kebiasaannya, aku akan tunjuk ajar maid baru aku on her first day. Apa nak buat, apa tak boleh buat. Maid aku ni nampak macam dah pro jer. Aku suka. Kejap jer dia dah pandai. Bagus bagus… naik gaji…

See... aku ni baik sebenarnya.

Untuk lunch dia masak ikan sup yang sangat sedap. Tak pernah aku makan bertambah waktu lunch. Aiyooo susah la macam ni. Gemuk la pokcik!

Sebut pasal ikan, aku teringat ikan jaket masa kat universiti dulu. Keras nak mampos. IQ boleh drop kalau baling kat kepala. Boleh dijadikan alasan kalau lecturer tanya kenapa kita terpaksa repeat paper. "Ada orang baling ikan jaket kat saya masa on the way ke dewan ujian sir. Terus saya hilang ingatan. Kesian saya..."

Boleh tak?

AKUBUKANSUPERMAN: Esok nak suruh dia masak ikan sambal plak.

August 4, 2010

Tips untuk job hunting

Jumaat ni aku ada temuduga. Bukan aku nak tukar company, tapi aku nak tukar department. Dah lama aku bercita-cita masuk department ni. Syukur lepas 10 bulan aku kat company baru ni, peluang tu tiba-tiba datang. Nanti la aku ceritakan lebih lanjut kalau aku berjaya temuduga tu. Nak cerita lebih-lebih sekarang tak boleh. Nanti kempunan kalau tak dapat.

Apa pun, aku nak berkongsi sikit info untuk mereka-mereka yang job hunting kat luar sana. Macamana nak apply kerja dan apa yang korang perlu buat untuk secure peluang kerja tu.

Mari duduk rapat-rapat…

Tips 1: Jangan tunggu iklan.
Google alamat syarikat yang korang nak tu dan terus tulis surat permohonan jawatan yang korang nak apply. Kalau korang dapat cari alamat company tu kat internet, maknanya company tu betul-betul bagus. You are looking at the right place.

Biasanya kekosongan jawatan tidak akan diwar-warkan untuk makluman umum sebelum jawatan tu diisi untuk orang dalam melalui promotion dan sebagainya. Once tak ada orang dalaman yang berkelayakan, baharu la iklan akan dikeluarkan. Be one step ahead from everyone else dengan menulis dulu sebelum iklan tu dikeluarkan. Mana tau korang dapat jawatan tu.

Klik sini untuk contoh surat permohonan untuk jawatan yang belum diiklankan.

Tips 2: Telefon.
Biasanya company tak akan reveal nombor telefon dalam iklan kerja kosong diorang. Tapi kalau ada nombor telefon, korang terus jer call dan tanyakan maklumat penjawatan tu. Korang tak akan kena marah sebab company tu letak nombor telefon sebab diorang perlukan jawatan tu diisi dengan segera. Dia anggap akan ada orang yang cukup desperate dan call diorang. Be that desperate job hunter!

Tips 3: Patuh.
Katakan korang berjaya secure jawatan tu dan company tu call untuk confirmkan tarikh temuduga. Jangan jadi bodoh nak tunda tarikh temuduga ke tarikh lain. Drop anything else and say yes! Unless you are Paris Hilton.

Tapi kalau betul-betul tak boleh make it untuk tarikh yang telah ditetapkan, korang minta elok-elok untuk penundaan. Tapi jangan tunda lebih dari 2 hari. Penemuduga tu ada kerja lain jugak dan bukan korang saja yang nakkan jawatan tu. Kalau tak boleh jugak, teruskan job hunting kat company lain.

Tips 4: Temuduga.
Aku dah tulis entry pasal apa yang korang boleh dan tak boleh buat time temuduga. Klik sini.

Tips 5: Berdoa.
Tak ada yang lebih baik dari doa dan tawakal.

AKUBUKANSUPERMAN: Aku bukan superman, tapi aku tau semua ni :)

August 2, 2010

Tips bila meredakan tension kat office

Aku tak bekerja di pejabat sebab banyak masa aku dihabiskan kat site. Tapi aku faham sangat bila orang cakap keje kat pejabat ni tension.

Terkurung dalam bangunan sepanjang hari, tak leh nak merayau-rayau dan tak leh nak tengok burung berkicau riang (apakah?). Korang akan lebih tension lagi kalau korang terkurung dalam office dengan boss yang comel, idaman ibu mertua semelaya dan suka cuci mata. Korang pulak duduk ngam-ngam depan bilik dia dan dinding bilik dia tu cermin.

Korang terpaksa control ayu dopopat jam, kelip mata lebih laju dari biasa dan terpaksa kunyah biskut kering slow-slow supaya tak nampak monyet sangat. Nak amik hati boss la kan. Mana la tau kut-kut boleh naik gaji, atau jadi isteri boss ngeee... Tension!

Jangan susah hati. Ni aku dah sediakan tips-tips yang boleh korang cuba untuk menghilangkan rasa tension tu. Boleh ajak member-member sekali. Lagi ramai lagi meriah.

Amaran: Untuk yang betul-betul berani sahaja.

Buat-buat tak layan 5 orang pertama yang ucapkan selamat pagi kat korang. Impak lebih mantap kalau korang buat muka toya.
Berlari pada kelajuan tinggi mengelilingi pejabat.
Berjalan mengiring ke mesin fotostet.
Bila orang bagi korang kertas, rasa kertas tu dengan hujung jari korang, tutup mata dan berbisik seksi, “Mmmm sedapnya.”
Bila officemate ajak bincang sesuatu dan korang malas nak layan, tutup telinga korang dan nyanyi lagu Isabela. Lagu Lady Gaga pun sedap gak. Tapi jangan buat kat boss, nanti kena lempang.
Jerit nombor secara rawak bila officemate korang tengah buat kira-kira especially time ujung-ujung bulan, masa nak tutup akaun.
Melutut setiap kali nak makan dan berkata, “Dengan makanan ini aku tak akan berlapar lagi.”
Bila officemate keluar lunch, tolak kerusinya ke dalam lif.
Masa kat dalam lif, tarik nafas dan buat muka teruja setiap kali pintu lif terbuka.
Time orang tengah sibuk buat keje, korang berdiri dengan tiba-tiba dan nyanyikan lagu kebangsaan sampai abis.

Ok tak?

AKUBUKANSUPERMAN: Aku suka cuci mata dengan awek-awek Indon kat site

August 1, 2010

Rambutku bukan rambut kau

Rambut... Kata orang mahkota wanita. Walaupun aku bukan wanita atau yang sewaktu dengannya, aku tetap beranggapan rambut aku adalah mahkota aku.

Apa korang rasa? Rasa oren?

Tadi aku potong rambut kat The Curve. Biasanya aku potong kat OU, tapi dah alang-alang kat sana, aku potong la jugak. Mana tau akan lebih comel yer dak.

Kedai tu kosong time aku sampai. Tapi tiba-tiba macam ramai orang bila semua tukang-tukang gunting tu jerit "Welcome" serentak. Tapi aku prefer diorang jerit histeria macam adek-adek nampak Justin Bieber. Baru la sonok.

Anyway, aku mintak senior stylist, sebab diriku begitu beharga. *pitam

Senior stylist tu minta aku describe apa yang aku nak. Dengan jelas dan terang aku kata aku nak side potong skin dan trim sikit kat atas. Kalau tak faham gak aku akan suruh dia makan cicak.

Dia kata ok dan start potong. After a while aku kata aku tak puas dengan style yang dia buat, tak cukup pendek aku kata. Dia potong lagi tapi still tak cukup pendek. Dia tak faham ker apa yang aku cakap? Kata senior, tapi algebra macam pre-school.

Aku dah give up nak explain dan announce la, "Just go crazy about it. I want short." Which was just about the worse thing one can say sebab dia terus potong macam orang gila.

Its not the crazy yang aku nak bongok!

Aku anggap dia tau apa nak buat sebab dia tu senior. Much senior than that dia kena duduk rumah pengasih dah.

Aku malas nak protest sebab aku tak bekal cicak time tu dan aku maklum yang rambut aku akan tumbuh balik. Aku halalkan ajer RM45 tu kat dia.

Tapi aku balik dengan rasa oren. Nak kena pakai wig la macam ni...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku pernah gunting rambut roomate kat U dulu pakai gunting kertas. Mengamok dia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...