July 30, 2010

3 samdols

Entri ni adalah part 2 untuk entri Antara kereta kita dan kereta orang.

Pada suatu masa dahulu, macam cerita sang kancil plak, ada 3 orang eksekutif samdol; sicomel, sigemuk dan sigalah. Diorang diarahkan oleh manager diorang untuk buat field inspection pakai 4WD estate.

“Bagi la aku drive. Aku pun nak belajar bawak manual jugak. Aku tengah konfiden ni.” Rayu sicomel.

“Ok jugak tu.” Sigalah setuju.

Sigemuk try nak protes sebab turn dia yang bawak 4WD tu hari tu. Tapi sigalah yang lebih senior berkeras suruh sicomel yang bawak. Sicomel pun suka la, meloncat-loncat girang. Budget comel macam biasa.

So tiga-tiga eksekutif tu pun memulakan field inspection diorang. Malam sebelumnya hujan lebat, so jalan estate agak licin.

“Boleh ker kau ni? Macam haram la kau drive.” Carut sigemuk. Still dia tak puas hati.

“Fuck off! Tak Nampak aku tengah drive ni?” Kata sicomel. Tumpuannya lekat kat jalan. Memang dia ni tak berapa pandai bawak kereta manual. Tapi dia memang comel. Siyes!

Tiba-tiba, dengan tak semena-menanya...

“Awas lubang tu! Pusing habis!!!” Jerit sigalah. “Mainkan clutch tu. Jangan sayang nak tekan minyak. Lenjan terus! Lenjan!!!”

4WD tu drift ke kanan kiri macam Tokyo Drift tu. Tayar tak berapa nak grip, berpusing dan berpusing.

“Minyak? Clutch? Lenjan? Mana? Bahasa melayu please…” Kata sicomel.

“Bodoh! Pusing habis lah. Kau ni kenapa? Lubang besar tu.” Sigemuk menjerit suara kepit. Dia memang macam tu kalau gelabah. Sikit-sikit kepit. Sikit-sikit kepit. Kepit-kepit sikit...

But it’s too late. Jalan tanah kuning tu dah becak. Brek la macamana sekali pun, 4WD tu tetap ketegak nak drift. Kriuk kriuk bunyi nya.

Bang!!!

Akhirnya 4WD tu dengan jayanya berhenti… dalam lubang. Asap putih berkepul-kepul keluar dari enjin.

“Eh mana kau dapat lesen ni?” Tanya sigemuk. “Kau skandel dengan pegawai JPJ ek?”

Sigalah diam jer, tercengang macam baru nampak Maya Karin versi pontianak. “Kuss semangat. Ada nampak handphone aku tak?" Katanya lepas tu.

Lepas dia jumpa handphone nya, kat bawah seat, dia terus call manager. “Tuan… 4WD masuk lubang besar. Tapi kitorang tak apa-apa. Just to inform you.”

“Siapa yang drive?” Tanya manager.

“Hidney tuan…”

AKUBUKANSUPERMAN: Ngeee…

July 29, 2010

Antara kereta kita dan kereta orang

Hari ni terlakar lagi satu episod seronok kat estate aku. Bukan eh bukan. Tak ada lagi orang yang kitorang tanam hidup-hidup sebab bermulut celupar. Ada... Tapi kena la banyak bersabar. Puasa pun dah dekat ni. Tak elok tanam-tanam orang ni ngeee.

Niwey, kitorang dapat traktor baru hari ni. Tadaaaa!!!

Apa yang kita rasa kalau kita dapat barang baru? Dalam konteks ni kereta baru. Rasa oren? Mesti la rasa seronok kan? Kita tepuk-tepuk kereta baru kita tu sambil bisik, "Perghh cantik jugak kereta aku ni."

Kalau tak cantik kita tak beli yer dak?

Lepas tu kita mula la berazam nak jaga kereta tu baik-baik macam kita jaga anak sendiri, kalau ada. Kita juga nak sayang kereta tu macam kita sayang bini kita, kadang-kadang lebih sikit dari bini. Selang sehari kita nak wax kereta tu, biar kilat. Jalan berlopak dan berlubang kita elak, takut tayar calar. Drive 10 km/jam...

Ada jugak setengah orang sanggup belanja banyak untuk modified kereta diorang. Tepek sticker sini, spray glitter-glitter situ, aerofoil, skirting, sport rim.

Ujung bulan makan nasi dengan ikan bilis jer...

Tapi lain pulak ceritanya kalau kita pakai kereta orang. Lagi parah kalau kereta kompeni. Kita lenjan macam kita nak mati esok. Tak ingat dah mana lopaknya, mana lubangnya. Bantai selagi boleh.

Ala... Bukannya harta kita pun.

Rujuk gambar kat bawah. Korang agak-agak, siapa yang bawak 4 wheel tu? Dan yang paling penting, apa korang rasa? Rasa oren?

AKUBUKANSUPERMAN: Klu nya, driver 4 wheel tu bukan superman...

July 27, 2010

Gajah goreng kicap

Bulan lepas aku dan team ladang aku bukak kawasan baru dan tanam kawasan tu dengan baby pokok sawit (what else!). Penat jugak aku mengajar my team buat lining pokok. Dua tiga hari jugak aku berpanas. Tapi aku gila bangga dengan hasil kerja yang diorang buat. *Tepuk-tepuk bahu.

Walaupun aku tau manager aku tak cakap apa-apa masa aku jeng jeng jeng kan hasil kerja kitorang tu, aku tau dia puas hati. Biasa la kan, mana ader boss yang nak puji depan-depan kita. Tak macho arr…

Masa tanam pokok tu, aku dah siap pilih pokok yang aku nak declare sebagai ‘AKU YANG TANAM’. Mungkin beberapa tahun lepas tu, aku boleh bawak anak aku ke pokok tu dan cakap kat dia, “Anakku, pokok ni papa yang tanam tau.”

Poyo kan? Tapi best kan?

Tapi tak sempat pun pokok aku tu nak besar, gajah dah pi buat kenduri kat kawasan tu. Semalam la diorang buat onar. Binawe punya gajah!

Sedap jugak ni kalau aku sembelih buat goreng kicap. Tetiba entry mencarut jadi entry resipi plak kan.

Cara-caranya yer puan-puan…

Mula-mula piat telinga gajah tu kuat-kuat sambil cakap, “Biasa sangat dia ni!!!” Kalau boleh ketap gigi masa cakap tu. Piat secukup rasa.

Lepas tu sekeh kepala dia sampai benjol tingkat-tingkat macam Sinchan tu. Dah tu terus jer humban dalam kuali dan curahkan kicap banyak-banyak. Tak payah nak potong-potong dah. Buang karan jer. Goreng sampai rangup.

Siap di hidang!

AKUBUKANSUPERMAN: Gila sedih aku…

July 24, 2010

Budaya perli

Aku pun tak tau, celah mana asalnya budaya perli-memperli ni. Sesetengah orang percaya satu-satu benda tu boleh diselesaikan dengan perlian semata. Lagi pedas lagi la cepat selesai.

Aku bukan sebahagian dari golongan tu. Aku percaya, kalau nak cakap sesuatu tu, biar terang dan jelas, padat dan tumpat. Tak payah nak go around the bush. Be a man about it.

Bagi aku senang jer, amalan perli-perli ni adalah amalan orang yang tak cukup macho, pengecut dan bacul. Itu pandangan aku...

AKUBUKANSUPERMAN: Kebenaran kadangkala menyakitkan, tapi sakitnya datang dengan maruah dan harga diri. Cukup pedas?

July 22, 2010

Suspen pagi

Sedang pegawai aku amik nama-nama pekerja yang hadir, aku terpandang sesuatu yang pelik kat celah-celah pekerja aku tu. Kali-kali jugak aku tengok. Tetap jugak aku tak percaya. Siyes aku tak percaya bijik mata aku sendiri.

Tau apa yang aku nampak?

Jeng jeng jeng...

Korang nampak tak? Memang gila geliga makcik tu bawak bekal pagi dia. Tak tercapai oleh akal tenuk ku. Kagum kagum kagum!!!

AKUBUKANSUPERMAN: Pagi yang indah...

July 21, 2010

Konfiden

Semalam masa aku tengah sangkut dalam jem kat town Gua Musang… chop chop chop, Gua Musang pun ada jem ek! Tapi ketenya cuma dua tige kerat ajer la ngeee…

Sambung balik…

Masa aku tengah sangkut dalam jem tu, aku tertengok bebudak sekolah yang baru balik sekolah. Sekor-sekor comel jer aku tengok. Tengah aku usha-usha diorang tu, aku perasan diorang pakai dua tiga tag nama. Hamekau! Masa zaman-zaman aku dulu, aku pakai satu jer. Nama panjang sangat kut? Budak-budak zaman sekarang mana ada yang nama sekerat jer. Mesti nak berkerat-kerat.

Sebut pasal tag nama, teringat aku masa aku mula-mula belajar kat U dulu. Masa aku ondewey ke kuliah, aku tengok ramai budak senior yang pakai tag nama kaler-kaler kat kad matrix diorang. Macam tag nama zaman sekolah-sekolah tu la.

Musykil…

“Boleh ker pakai tag nama sekolah kat U? Style kut. Idea bagus ni."

Lepas aku balik ke bilik, aku selongkar kotak memorabilia sekolah menengah aku. Cari tag nama warna biru... Sengih sorang-sorang, "Dah jumpa!"

Next day, aku pakai tag nama tu ngam-ngam kat atas kad matrix aku. Cukup stylo ok aku rasa time tu.

Tapi, jeng jeng jeng…

Tiba-tiba sorang abang senior tegur aku, “Oii ko pakai tag nama persatuan apa ni? Tak pernah aku tengok pun? Ko pakai tag nama sekolah lama ko ek?”

Sial! Tag nama persatuan rupanya. Tak pasal-pasal aku jadi bahan gelak senior pagi-pagi buta.

AKUBUKANSUPERMAN: Hidup biar konfiden!

July 19, 2010

Story paku dan tukul

Masa aku kat U dulu, lecturer English aku pernah ceritakan story yang berikutnya ni. Kali pertama dia cerita, aku tengah layan hang. So aku tak tangkap sangat. Kali kedua dia cerita baru aku dapat tangkap betul-betul. Aku sedih ok lepas faham jalan cerita tu. Terus aku story kat ayah aku. Tapi ayah aku buat dono jer. Tambah sedih la aku…

Niwey, jalan ceritanya macam ni.

Kat sebuah kampung ada seorang bapak dan seorang anak. Kenapa dua orang jer kat kampung tu? Jangan tanya aku.

Anak ni jenis yang panas baran. Sikit-sikit nak emo. Sikit-sikit nak baling barang. Habis harta bapak dia rosakkan. Bila bercakap mesti nak keluar anak tekak. Tak sah kalau tak jerit. Sungguh jahat anak itu. Ish ish ish. *geleng-geleng kepala.

Bapak ni pulak jenis yang redha jer. Tak pernah pun dia nak tiau balik anak dia ni. Dia dok diam jer. Blur jer… Kesian bapak dia ni.

Satu hari, dengan sangat cliché nya, si bapak ni jatuh sakit. Siang malam si anak menjaga bapaknya.

“Kenapa tiba-tiba boleh sakit ni pak? Bapak main ujan ek?” Tanya anak dengan lemah lembutnya. Boleh pulak kau cakap lembut kan? Sial punya anak!

Si bapak sengih sambil geleng-geleng kepala. “Nak, cuba kau amik paku dengan tukul kat belakang nu. Rasanya ada lagi. Kau tak rosakkan lagi tukul tu kut.” Arah si bapak.

Si anak buat-buat bodo jer dengan perlian pedas bapaknya tu sambil mencari tukul yang dimaksudkan. “Bapak aku ni nak buat apa plak dengan paku dan tukul ni? Vampire kah dia? Aiyooo bapak. Sakit-sakit pun nak buat lawak,” si anak bermonolog sendirian.

Lepas si anak dapat tukul dan paku tu, dia bagi la kat bapak dia.

“Cuba kau ketuk paku ni kat tiang tu nak.” Arah si bapak lagi. Si anak dah musykil tenok dah. Tapi dia diamkan ajer. Dia buat jugak...

Diketuknya paku tu kat tiang rumah diorang. Tuk tuk tuk bunyinya.

“Lepas tu, kau pergi cabut paku tu nak. Tengok apa jadi.” Kata si ayah lagi. Makin bengong la si anak.

“Wow ada lubang la pak.” Tunjuk si anak sambil buat-buat muka terkesima kat bapak dia. Monyet punya anak!

“Kau tengok tu, walaupun lepas kau cabut paku tu, bekasnya ada lagi. Tak boleh nak tampung-tampung dah. Macam tu la perumpamaannya kalau kau marah. Kau akan buat orang lain sakit hati. Walau lepas kau minta maaf, bekas sakit hati tu tak akan hilang sampai bila-bila. Kau faham tak?” Jelas si ayah panjang lebar.

Si anak menung tengok lubang paku tu. Lepas tu dia tenung muka bapak dia. Lepas tu dia tengok balik kat bekas paku tu. Haram bodoh ok anak tu.

Tak lama lepas tu, si bapak pun meninggal la dunia. Si anak plak emo tak tentu pasal dan naik hantu ketuk paku kat setiap kayu yang dia jumpa. Ish ish ish…

Pengajarannya? Kalau nak marah tu, biar la bertempat. Jangan nak ikut perasaan sangat. Biar marah dengan fakta... dan… jangan jadi bodoh macam si anak tu.

Wassalam.

AKUBUKANSUPERMAN: Kalau orang ngorat tu jangan la marah-marah.

July 17, 2010

Nasib orang tu

Orang kata, bila kita dah nakkan sesuatu benda tu, kita akan usaha untuk dapat benda tu walaupun terpaksa tikam belakang (bukan aku) atau main taik (bukan
aku jugak). Bila kita dah capai apa yang kita nak, kita happy dan senyum kepuasan. Tapi pernah tak kita fikir apa kesusahan yang kita akan bagi kat orang lain kalau kita main tikam belakang atau main taik?

Ni aku nak perincikan...

1. Bila kita main tikam belakang, kita akan bunuh orang tu. Kalau tak mati dan-dan pun, orang tu akan mati slow-slow. Dia akan menderita sakit, pedih sampai dia tak tau apa nak buat dah. Tikaman tu akan stay jer kat situ. Tak ada benda kat dunia ni yang boleh tampung lubang tu. Sedangkan paku kalau diketuk kat kayu pun akan tinggalkan bekas, ni kan plak tikaman keji kita tu. Get what I mean?

2. Orang lain terpaksa tutup idong dan tahan jijik lepas kita decided nak palit taik kat muka orang tu. Kita palit kat idong dia sikit, kat tinger sikit, kat dahi sikit, kat mulut sikit, kat mana-mana yang kita suka. Dah tu kita gelak jejahat. Taik tu bukannya boleh cuci. Taik tu akan stay sampai bila-bila. Orang tu akan bawak sampai lubang kubur diorang. Pernah tak kita fikir macam tu?

Kejam...

Satu jer aku nak pesan, tuhan tu maha kaya dan adil. Wassalam...

AKUBUKANSUPERMAN: Terbakar dan tak ada mood...

July 15, 2010

Keje aku

Selalu jugak member-member aku tanya, "Kau keje aper ek?"

Kalau aku rajin aku akan jawab, "Aku bekerja kat ladang sawit kat Gua Musang, milik syarikat perladangan keempat terbesar di Malaysia yang beribupejabat di Kuala Lumpur, belakang Pavillion."

Tapi kalau malas aku jawab, "Aku keje ladang."... sambil posing Sinchan.

Mesti diorang terus bayangkan aku ni pegang cangkul kan? Takper... *tarik muka sedih.

Untuk entri kali ni, aku nak story pasal rutin keje harian aku. Mana tau ada yang berminat nak tahu kan. Baca jangan tak baca...

6:00 pagi
Aku bangun tido, gosok gigi dan cuci muka. Aku tanak mandi sebab air sejuk nak mampus. Kecut terus t*l*r aku.

6:00:10 pagi
Aku dah siap pakai baju hahahaha!

6:10 pagi
Panaskan enjin motosikal sambil menung tengok langit. Fikir apa silap aku semalam dan apa yang aku nak jawab kalau boss tiau aku.

6:11 pagi
Aku dah sampai kat office. Dekat jer dengan rumah. Kalau aku terjun dari tingkap bilik tido aku, nescaya aku akan terus jatuh kat atas kerusi pusing-pusing aku kat office. Best tak? Takyah sangkut kat jem dan bayar tol.

6:30 pagi
Aku sarapan dengan sarapan yang Makcik Dah buatkan atau glamer dipanggil Mok Doh kat office. Macam-macam dia buat. Aku bantai ajer. Rezeki. Nak suruh bini masakkan aku bujang lagi yer dak?

7:00 pagi
Aku start keje, walhal ramai lagi yang kat luar sana masih nyenyak tido, mimpi bibir mungel Angelina Jolie.

8:00 pagi
Aku masuk site, buat consultation atau main sembunyi-sembunyi dengan boss kat celah pokok sawit kalau dia tak tiau aku. Baaaa chak!

11:00 pagi
Rehat kejap. Minum air mineral water sambil layan cewek-cewek Indon.

12:00 tengahari
Masuk site balik. Mencarut dan mencarut lagi. Matahari terik ni bai, jangan arr buat gua marah. Karang gua report kat mak gua. Rock tak gua bai?

1:00 petang
Balik rumah. Apa lagi? Tido la! At-tido-tu-khairum-mina-lunch... *tido itu lebih baik dari lunch

3:00 petang
Mandi time, berkubang dalam kolah sambil gentel-gentel itik pastik.

3:30 petang
Masuk office dan buat-buat bizi. Walhal download porn kat internet wakakaka.

5:00 petang
Officemate beransur balik. Aku kat meja aku lagi, korek idong. Tunggu download abis.

6:00 petang
Masa untuk aku balik. Bersimpuh kat beranda main congkak dengan housemate dan tukar-tukar gosip panas.

Aku kerja 6 hari seminggu. Off day
aku hari ahad walaupun orang kat Kelantan keje hari ahad. Time orang gosok gigi nak gi keje, aku nyenyak tido, mimpi makan Mekdi.

Tamat!

AKUBUKANSUPERMAN: Alien pun pandai kecek Klate. Makan budu kut?

July 13, 2010

World Cup 2010

Selepas 31 hari, 64 perlawanan dan seekor sotong kurita, akhirnya Sepanyol dinobatkan sebagai juara unggul World Cup edisi 2010. Kaum isteri-isteri dan girlfriend-girlfriend dah boleh start manja-manja balik dengan pasangan masing-masing.

Tapi…

Suddenly rancangan TV dah tak cukup macho. Rancangan meleleh kembali mengambil alih…

Nasib baik Argentina tak menang. Kalau tak, ramai yang akan sental mata diorang dengan Clorox lepas tengok Maradona membogelkan diri sendiri... Tayang anu...

Eeuuuwww! Sangat tak chomel!

AKUBUKANSUPERMAN: Bila nak tengok Malaysia masuk World Cup?

July 12, 2010

Cerita pulut lagi

Aku ada satu soklan…

Orang Kelantan sangat suka kat pulut ek?

Kalau dulu kerani aku buatkan pulut durian untuk aku, hari ni, aku disajikan pulak dengan pulut ikan masin. Nampak macam pelik tapi surprisingly it’s very sedap. Sungguh unsangkarable! Bertambah-tambah aku makan.

Aku tak nak bangkang kalau ada orang cakap Kelantanese memang kreatif kalau bab-bab pulut mempulut ni. Tapi kalau nak diikutkan kreativiti aku plak, aku nak try buat pulut kuning mekdi. Ada berani?

AKUBUKANSUPERMAN: Pulut Krispy Kreme pun sodap gak…

July 9, 2010

Paul oh Paul

Walaupun aku selalu nyanyi lagu “Don’t let me be the last to know”, aku tetap jugak akan jadi orang yang paling last tau akan perkembangan semasa. Sedih!

Apa pun sejak dua menjak ni semua orang bercakap pasal Paul si sotong kurita. Aku ingatkan si Paul ni adalah seorang HE yang sanggup jadi SHE untuk acara pencarian bakat atau pun seorang HE yang konfiden nyanyi suara kepit kat National TV. Rupa-rupanya memang sah si Paul ni adalah seekor sotong yang pandai tilik nasib. Hebat ek kau Paul? Gila suspen aku.

Aku tak bercadang nak cakap panjang pasal Paul sebab sah-sah anda semua boleh gugel ajer kat tenet atau tengok sendiri kat yutiub.

Gua chow dulu arr bro!!!

AKUBUKANSUPERMAN: Jom nyanyi sore kepit kat RedBox!!!

July 7, 2010

Pulut durian

Ekceli aku tak pernah tau pun kewujudan makanan semacam ni. Tu la orang tua-tua cakap, bukak mulut tu, rerajin la tanya. Kalau malas nak tanya, gi korek lubang dan duduk diam-diam kat dalam lubang tu. Ngeee...

Niwey...

Tengahari tadi lepas kitorang bizi siapkan payment, sorang staff aku ni bawak sebakul durian ke office. Kitorang pun kedurikan la durian tu reramai. Elok kongsi-kongsi kata ustaz. Sharing is caring bah. Dalam kusyuk mentekedarah durian tu, aku tiba-tiba teringat bubur durian yang mak aku selalu buat masa aku muda-muda bergetah dulu. "Best ni kalau buat bubur." Kata aku.

Sekor-sekor tenung aku. Semacam...

"Tuwey pernah makey puluk duriyey? Sedak tuwey," tanya aku punya kerani sambil tunjuk-tunjuk ibu jari kat aku.

"Cakap jer tak guna awak. Kena la buat. Baru saya boleh kata sedap ke tak." Aku berkata. Bitchy tak statement aku? Gila kurang ajar aku kan?

"Bereh!!!" Dia menjawab. Di booking nya dua bijik durian siap-siap. Untuk pulut durian aku katanya.

Pukul 3.30 petang aku masuk office, kerani panggil aku ke pantri. Jeng jeng jeng! Pulut durian dah siap tersedia untuk aku. Cuma kurang geng kompang dan bunga manggar ajer. Kalau tak memang perfek la layanan dia kat aku. Gila sayang aku kat kerani aku ni. Sebut jer terus dapat. Esok aku nak mintak dia buat kek keju lah muahahaha! *gelak sejahatnyer.

Menurut kerani yang officially aku dah sayang tu, untuk sediakan pulut durian ni kena ada santan, gula merah, pulut dan semestinya durian. Awas dengan gula merah tu. Jangan sampai banyak sangat, nanti kencing semut hurung... dia kata.

Baiklah!

Aku pasti bukan aku sorang jer yang tak pernah rasa atau tengok pulut durian ni. So aku amik la sekeping gambar untuk tatapan anda semua. Jangan jilat skrin komputer anda sudah le.

AKUBUKANSUPERMAN: Walaupun aku ni jenis boss yang suka sumbat kepala orang dalam lubang jamban, tapi aku tetap sayang kat staff-staff aku... yang pandai kipas aku la wakakaka!!!

July 6, 2010

Marah

Kalau aku marah, kau tarik muka. Cakap aku ni kejam la, tak berhati perut la, tak fun la. Tapi kalau kau gelak macam mak lampir kat dalam office time aku tengah bengang nak kira gaji kau, kau ingat aku akan duduk diam jer?

Kau pernah tak rasa macamana kalau kepala kau kena sumbat dalam lubang jamban?

Pathetic tau tak? Gila buruk perangai.

AKUBUKANSUPERMAN: Marah ni…

July 5, 2010

I wanna be a millionaire so freakin bad

I’ve been telling my friends again and again about my detestation of watching any kind of richness countdown, you know, the thing on tv that countdown 10 most wealthiest and glamorous being on the planet. Well it’s not that I hate ‘em, but they make me feel puny and insignificant.

I strongly believe that I am not the only one. If you are constantly battling your monthly budget and perhaps struggling to save some money to buy your favorite things, then you must agree with me. You MUST!

There was this show, countdown show (what else!), featuring this young boy, 23 years of age, and he is a millionaire for God sake! What am I? 15?

Anyway, he found his pot of gold after venturing into this so called internet business. I spent 1/3 of my time in the office surfing the net and yet I earn the equivalent of RM0.01 of his monthly salary.

He said, “Look deep into yourself and know what you are good at. Utilize that into dollar.”

AKUBUKANSUPERMAN: I want to be like him. But what is my strength?

July 3, 2010

Balloon and me

We were having a field inspection the other day and I must tell you, the field conditions in this estate have never been great for many years since its establishment. After working our a*s off for many weeks, we were expecting at least a better result this time around and know what? We’ve made it! We scored 70 instead of 65 the last time.

“Semua mesti gunting botak sebab kita dapat markah baik,” announced one of my assistant. Being a good and politically right leader I am (ngeeee), I agreed to surrender my fashionably-new-cut hair to the mercy of RM25 hair trimmer and one unprofessional hand.

Although been avoiding mirror for the past few days, I feel great about the new hairdo. One can almost attach a string to my neck and walk me around the town like a balloon…

AKUBUKANSUPERMAN: They said it fits my character…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...