AKUBUKANSUPERMAN

June 30, 2010

Telur Story

AKUBUKANSUPERMAN: Suka makan telur goreng dengan kicap... yum yum!

June 29, 2010

Jalan jalan cari mamam

Bayangkan...

Hujung minggu dan korang tengah tengok tv, bosan, lapar dan horny. Sedang korang asyik alih-alihkan channel, tiba-tiba korang tertengok Maria Tengku Sabri dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan tengah syok mentekedarah kuay teow lazat yang ditabur dengan udang yang gemuk-gemuk belaka. Sedapnya... Korang rasa macam nak jilat jer skrin tv tu.

Apa korang rasa? Oren?

Sanggup tak korang cari kedai makan tu?

Photo-photo yang berikut ni adalah konotasi dari situasi kat atas.

Jom serang kedai tu kat Doli Kuey Teow Goreng. 16 Jalan Wan Kadir 4. Taman Tun Dr Ismail.

AKUBUKANSUPERMAN: Ini bukan siaran berbayar...

June 28, 2010

Entry hampeh


Siapa suka Yong Taufu angkat tangan!

AKUBUKANSUPERMAN: Jom dating kat gerai Yong Taufu...

June 27, 2010

Bed story

Dah berbulan aku tido pakai katil single jer. Aku pulak jenis yang tak boleh nak nyenyak tido kalau tak pakai 18 bijik bantal. So I need to have a bigger bed NOW!

So hari tu aku cakap la kat bos yang aku nak keluar ke town untuk survey katil baru. Of course bos sengih kat aku before benarkan aku keluar. Faham sangat aku dengan sengih-sengih yang macam tu. So untuk menyedapkan hati, aku confirmkan assumption dia tu, "Nanti sampai jodoh saya jemput la tuan datang. Nak kumpul duit dulu."

Boleh?

Kat kedai, aku belek-belek catalog mencari jenis katil yang aku nak dengan budget yang tak seberapa. Aku dah set awal-awal criteria yang aku nak.

Mesti warna itam.

Mesti warna itam, dan...

Mesti warna itam.

Finally, aku quote kan untuk yang dalam picture pertama kat bawah ni. Apa pendapat korang? Cukup macho tak?

AKUBUKANSUPERMAN: Tak sabarnya aku nak golek-golek kat atas katil baru ni...

June 26, 2010

Keje is work

Aih banyak nyer keje nak buat. Aku ingat lepas aku lompat kompeni dulu, keje aku akan tambah senang sebab aku dah banyak cacai nak kerah. Tapi hakikatnya, aku jugak yang kena mencacai.

Semalam boss berkhutbah, "Higher post comes with greater responsibilities. So suck it in."

Hmm macam pernah dengar jer ayat last tu...

Sejak dua menjak ni, makin lewat aku balik rumah. Makin aku nak cepat balik, makin melambak plak fail atas meja. Semua nak kena endorse. Semua nak kena reply. Pecah kepala aku.

Hujung minggu datang lagi. Dah berkutu aku duduk rumah. Plannya nak pergi KL, makan Mekdi. Tapi fail-fail kat atas meja ni macam meraung-raung tunggu aku settlekan.

Bawak tilam la ke office macam ni!

AKUBUKANSUPERMAN: Naaaakkkkk balikkkkkkk...

June 25, 2010

Chikin

We were having a BBQ the other day, and as a responsible boss I am (puke) I went out to buy some dead chikin. My people suggested I should buy the chikin straight from the slaughtering house, which can be cheaper than the one in the supermarket. And my, what a scene it was there at slaughtering house. “I can see dead chikin!!!”

Muahahahaha!!!

AKUBUKANSUPERMAN: I just love BBQ. Don’t you?

June 24, 2010

I'm no mill-man

I was doing our bi-monthly palm oil mill inspection the other day and I am glad, get this, GLAD to be working in the estate instead. The working environment in that mill was and still is treacherous, smelly, gloomy and hot!

For the first time I am out of excuse to not actually like my job. Oh job I love you. Marry me job. We shall make beautiful baby together job…

Sick!
AKUBUKANSUPERMAN: I am currently applying for a Safety Officer in our KL Head Quarters. Wish me luck!

June 23, 2010

Of foggy Gua Musang and being demam

Everyone was looking out for me. “Where is this Hidney? Why is he not in the office today?”

Actually I was away from the office as I was fighting with fever and runny nose. For those two solid days, I was the Rudolph, with red nose and everything.

Not cute. Not cute at all!

It’s been raining like cats and dogs in Gua Musang for the past few days you see and the weather was harsh. The morning was foggy-freezing cold and and afternoon, well, not much of a different, except for less fog. You think I am bluffing one? See it for yourself!

There were times, you know, when you are sick, you will crave for everything. I mean absolutely everything. All of sudden I crave for a juicy mango even when I am not a big fan myself. Call me diva, but my maid actually got one for me while I was busy taking my own pictures, hoping that everyone would actually believe that someone was nice enough to take a picture or two of me resting helplessly (?) on the couch!

Pathetic!

AKUBUKANSUPERMAN: Can someone please hug me? Pleaseeee….

June 22, 2010

Of me and books

Books have always been part of my life, well actually part of my recent 10 years of life. I started to like the idea of reading when I was 19. Initially it was just a show-off. Duhh… I’m not the only one mind you.

Anyway, there was this boy in my class. He was hip, he was popular and he read a lot. I was so intimidated by him that one day I have decided to bring some of my dad’s books to the class in hope for the same attention he got from everyone. Well of course the pretentiousness prevailed as I know nuts about the books that I smuggled. But deep inside, I know I wanted to be like him.

A few short years later, when the internet came and invaded our shores, I met some online friends and one of them was Madam Lim; a young self-thought home-maker wife who lived in Labuan back then. We chatted and eventually we bonded.

The one thing that intrigued me the most about Madam Lim was her passion for books. She has shelved books of various titles in her private library. I repeat PRIVATE LIBRARY. I told her about the hip and popular boy in my class and she basically worked her magic around that. She gave me books, interesting books, and the rest they say is history.

I might not be as hip and popular as I thought I would be, but I am glad my books have made me a little wiser.

AKUBUKANSUPERMAN: Its been a while since I speaking London eih?

June 21, 2010

Karnival bola kami

Everytime aku menengok picture-picture yang fellow bloggers tangkap dan letak dalam entry dorang, aku rasa macam intimidated tapi aku redha. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan. But I wish I can be as good though.

Anyway, berikut adalah picture-picture yang aku sempat tangkap sempena karnival bola kat Ladang Serasa pada Jumaat lepas. Walaupun team estate aku; South FC tak menang, tapi kitorang menang sorak hahaha.

Enjoice!

AKUBUKANSUPERMAN: German kalah dengan Serbia! Arghhh benci!

June 19, 2010

Me and Mekdi

I have this funny thing for Mekdi. Gila suka aku. Korang tak suka kah?

Kalau la Gua Musang ni ada Mekdi. Hari-hari aku datang. Breakfast, lunch, dinner, supper...

Siapa yang banyak sangat duit tu dan tak tau nak tabur kat mana, bukak la satu cawangan kat sini. Bukak ngam-ngam depan rumah aku. Sumpah aku akan datang bawak tilam.

Siyes!!!

AKUBUKANSUPERMAN: Owh Mekdi ku...

June 18, 2010

Pasar malam

Siapa suka pasar malam angkat tangan!

Siapa tak suka gi pasar malam dok jer diam-diam kat rumah buat lemak.

Niwey, perkara pertama yang aku notice sejak aku kerja kat semenanjung ni is kemeriahan pasar malamnya. Biadap le kalau korang ingat kat Sarawak tak ada pasar malam. Ada... tapi tak sehebat yang kat sini. To make things better, kat sini aku boleh explore pasar malam almost setiap malam, bukan takat hujung minggu jer macam kat Sarawak. Itu sangat bagus untuk orang-orang bujang yang tak pandai masak dan yang hampir menyebabkan rumah terbakar sebab try masak meggi... macam aku. Yer macam aku...

Lazimnya aku akan cari dua benda jer kat pasar malam. Rangka ayam dan kulit ayam. Ayam pakai selipar aku tak jumpa lagi setakat ni. Adeh lari tajok... Ampoon.

Untuk fellow peminat rangka ayam sekaliannya, rangka ayam di Kelantan sangat besar yer. Jangan jeles!

Aku tak sempat nak tangkap gambar rangka ayam tu sebab aku dah makan dulu wakakaka!

AKUBUKANSUPERMAN: Aku suka dating kat pasar malam...

June 17, 2010

No plastic bag puhliss!

Kempen Plastic-free-Saturday yang dilancarkan sometime awal tahun ni dulu adalah satu usaha bagus Kerajaan Selangor untuk menggalakkan pengguna dan pewindow-shoppers alike untuk membawa beg runcit dari rumah dan seterusnya mengurangkan penggunaan beg plastik yang sah-sah tak akan terurai apabila dilupuskan walau korang menangis air mata darah sekali pun. Faham tak?

Walaupun amalan ni dah jadi kebiasaan untuk David Beckham, Nigella Lawson dan semua umat-umat Eropah, rasanya masih tak terlalu lewat untuk kita menjadi seperti David Beckham dan Nigella Lawson hence membiasakan diri dengan amalan yang bagus ni. Try la, you'll be among the star.

Cuba try tengok video kat bawah ni. Kesian anak penyu tu try kunyah beg plastik yang orang buang kat laut. Dia ingat ubur-ubur daa. Tak kesian kah? Ish ish ish, sungguh jahat orang yang membuang dan memakai beg plastik itu.


Walaupun amalan ni tak dikuatkuasakan lagi di Negeri Kelantan ni, aku rasa itu bukan alasan untuk aku katakan TIDAK kepada beg-beg plastik. Korang boleh personalizekan beg runcit korang dengan menggunakan beg yang unik. Baru la korang seronok bershopping. Cuba lah cuba lah! Nak tengok beg runcit aku? Nah...

Rampingkan? Made in Sarawak ok!

AKUBUKANSUPERMAN: Aku adalah proud member untuk organisasi Aman Cinta Penyu HOPE. Jom selamatkan penyu kita.

June 16, 2010

Pengaruh Tv dan Elmo

Chapter life aku di Kelantan bermula dengan musim terkujuh. Tak pernah dalam hidup aku experience hujan yang tak henti-henti. Pagi membawak ke petang. Petang membawak ke pagi balik.

And of course I was later informed yang Gua Musang ni jarang-jarang banjir walaupun mukim-mukim lain dah bergenang air. Tapi yang pastinya, mak ayah tak putus-putus call bertanya khabar. Risau anak bujang diorang tak reti nak mintak tolong dalam bahasa Kelantan in case kalau sangkut dalam banjir muehehe...

"Its already banjir in Kelantan you know. They've showed it in Buletin Utama last nite. Are you sure Gua Musang tak banjir?" Soal mak.

"Mother stop it. You should see it yourself. Gua Musang ni gunung la." Hmm... Pengaruh tv.

Sangat merbahaya.

Bercakap pasal tv, masa kecik-kecik dulu aku suka tengok Sesame Street. Even sekarang pun aku selalu tengok kat Youtube. Karekter kegemaran aku pasti la si kecil Elmo. Gila bagus rancangan tu. Boleh ajar kita kira-kira dan cakap omputeh. I wish they can show it again in our national tv. At least Sesame Street tu bagi pengaruh yang baik kat anak-anak kita. Anak kita? Hmmm...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku taste sangat kat Siti Sifir tu. Berapa umo dia sekarang ek? Aku nak masuk minang.

June 15, 2010

Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola

Ingat tak skrip ni? Gila suka aku dengan filem dulu-dulu sampai lenguh pipi aku gelak. Siyes! Ader tak part cikgu Norkiah nyanyi lagu Apa Guna Berjanji (rujuk clip pada minit 1:18 kat bawah), member sekeberet dia menari macam "sedap" sangat if you know what I mean hahaha.


Apa pun entry kali ni bukan tujuannya untuk menyingkap kisah dan cerita filem dulu-dulu. Capasity aku tak sampai situ lagi. Lain la kalau nak bercakap pasal pokok sawit atau perihal OSHA. Senang jer aku nak goreng. *Riak.

Anyway sekarang ni musim bola, musim World Cup. Tepat pukul 7.30 malam jer semua dah duduk depan tv dengan jajan-jajan dan Cola (disebut sebagai kola, bukan koler). Isteri-isteri dok melopong kat meja makan, mengadap lauk dinner yang menunggu kejung.

Tak puas dengan match 7.30 malam, diorang sambung plak ke match pukul 2.30 pagi. Pagi-pagi darah boss dah tersirap tengok semua staff masuk office menguap dan mata sembap. Masuk jer pukul 10 pagi, kepala dah melekat atas meja, berdengkur hebat. Bila kantoi dengan boss, masing-masing bagi alasan, "Tengah cari pin yang jatuh atas meja ni tadi boss."

Hampeh!

Dalam musim World Cup ni jugak, orang yang tak pandai main bola pun akan dengan magiknya pandai pilih pasukan kegemaran masing-masing. Biasalah kan dalam musim-musim bola ni, konfem kat office akan ada orang tanya, "Kau rasa team mana yang akan menang tahun ni?" Takkan nak jawab Melaka yer dak?


Pasukan pilihan aku? Kalau korang ingat aku pilih Brazil, korang silap. Kenapa? Sebab nampak sangat aku ni kaki bangku dan pilihan aku hanya berlandaskan unsur cliche semata. Everyone knows Brazil. Nenek aku pun tau Brazil. Disebabkan aku bukan nenek, aku pilih pasukan Germany. Guten morgen! Ho yeah!!!

Aku pernah tengok pekerja aku kat estate ni betulkan kuali Astro rumah diorang tengah malam buta. Sebagai boss yang perihatin (dan suka menyebok), aku tanya diorang why the because diorang buat keje penat tu dalam gelap. Rasa nak tercabut kulit kepala aku ni bila diorang jawab, "Pingin siaran High Definition tuan. Mau nonton bola."

Adeh...

AKUBUKANSUPERMAN: Bengang tengok penjaga gol England yang terlepas bola tu.

June 14, 2010

Gua Musang oh Gua Musang

Sedar tak sedar dah lapan bulan aku kat Gua Musang ni. Sekejap sangat rasanya. Kalau bukan sebab kerja, tak terfikir langsung aku nak jejak ke dunia sebelah ni.

"Nehiiiii!" Sambil guling-guling kat bukit dan main sembunyik-sembunyik kat belakang pokok.

Apa-apa pun, bagi korang yang tak pernah nampak lagi macamana rupanya Gua Musang ni, nah aku persembahkan picture-picture yang aku amik semalam sebab aku bosan terperap macam anak dara kat rumah. Enjoice!

AKUBUKANSUPERMAN: Aku suka Gua Musang sebab orangnya comel-comel belaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...