AKUBUKANSUPERMAN

December 3, 2010

Kawin oh kawin

Korang dah kawin? Ker bujang lagi?

Untuk korang yang bujang trang-tang-tang tu, macam aku sudah semestinya, nah aku senaraipanjangkan belanja yang korang boleh estimate sebelum korang suruh mak bapak korang pergi merisik anak perempuan jiran korang.

Bukan niat aku nak menakutkan sesiapa.

Ok ok... Sebenarnya aku pun takut tengok jumlah kosong dalam RM kat bawah ni.

Ngee...

1. Mas kahwin = Nilainya berbeza mengikut negeri-negeri
2. Wang hantaran = RM8000 - RM10000
3. Barang kemas = RM500 - RM3000
4. Barang hantaran = RM1000 - RM2000
5. Pakaian nikah = RM500 - RM2000
6. Pakaian bersanding = RM1000 - RM3000
7. Solekan pengantin = RM200 - RM450
8. Pelamin = RM500 - RM1000
9. Jurugambar = RM500 - RM1500
10. Jurunikah dan saksi = RM50 - RM150
11. Kad jemputan = RM500 - RM1500
12. Duit sewa khemah atau dewan = RM1000 - RM10000
13. Katering = RM5000 - RM7500
14. Set bilik pengantin = RM500 - RM1500
15. Buah tangan tetamu = RM1000 - RM2500
16. Sistem audio = RM150 - RM300
17. Kompang = RM300 - RM500
18. Merisik = RM1000 - RM2000
19. Kecemasan = RM1000 - RM2500

Realitinya kos nak kawin kat Malaysia adalah sekitar RM15000 - RM25000. Jumlah ni however tak termasuk kos untuk korang renovate rumah, honey moon dah kos jemputan Katy Perry untuk majlis perkahwinan korang.

Persoalannya sekarang...

1. Dah cukup ker duit tu?
2. Kalau tak cukup lagi, apa ikhtiar korang nak dapatkan duit tu?
3. Perlu ker nak berhutang semata-mata nak kawin?
4. Nak bagi wife korang makan apa lepas kawin?

Jom gi Golok!
AKUBUKANSUPERMAN: Kalau kau tak ada RM25k, jangan berani tanya aku bila aku nak kawin. Ada faham?

9 ulasan:

JRY said...

wow bro. gua lg 3/4 tahun kot baru rancang nak kawin. sempat rasanya simpan duit tuk kawin. haha

||| PöJìé PööH ||| said...

Sebab tuh sekarang malas giler pk pasal kawen, saket otak pk! Biar dah ada duit cukup baru leh pk nak bgerek!

http://pojiepooh.blogspot.com/

FaizalSulaiman said...

nak kahwin skunk kena banyak fikir especially tang kos.huhu

jejaka anggun said...

duit dah cukup dah tapi xder org yg ajak kahwin. caner?

NAZRUL AZAT JAMIL said...

gulp.... i rela x kawen u....muahahahaaaaa

Chaoi said...

giler siot nak kahwin skng ni..xleh nak harapkan pihak lelaki jer..pompuan pon kena support sket la kan,

achik ezam said...

jemput katie perry ye....



guling2 i gelak.....


dayang sudeyyy.....

Ad Rifza said...

Sib baik bukan Dolly...nama seekor kambem..haha

W. Hidney said...

Jry... hahaha cepat2 kumpul duit sekarang yer

pojie... betul tu. soalan2 cepumas tetap jugak nak datang

faizal... berapa ek kos kawin kat golok?

shaz... err ada tu. nak i rekemen kan ker?

nazrul... eh mesti nak kawin. takkan nak single sampai bila2

chaoi... tu tergantung kepada individu. tapi better kongsi kong kos nya. so tak la beban sangat

ezam... dayang i tak minat ngeeee

rifza... hahaha dolly kambin ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...