AKUBUKANSUPERMAN

December 9, 2010

Kalau berpacaran

Tadi masa aku tengah driving balik dari tempat keje, aku terdengar satu lagu ni kat radio yang kini katanya cuma memainkan lagu hits jer tu. You know radio apa... 

Unless kalau korang duduk kat Zimbabwe.

Lagu tu memang catchy giler. Once korang dengar, aku confirm korang akan terus bertukar jadi sopan santun dan duduk bersimpuh sambil gentel-gentel rambut. Kalau time aku drive tu aku boleh duduk bersimpuh, memang aku akan buat nyer.

Ngeee...

Anyway it's Kalau Berpacaran by Altimet, Anna Raffali dan Sohaimi Mior Hassan. Rasanya agak lama jugak kita tak disajikan dengan lagu yang bernafas baru macam ni. Tabeeeek aku kat artis-artis ni. Selain catchy, liriknya pun macam sedap nak dengar. Orang kata berhibur sambil belajar.

Bukannya apa, aku pernah nampak dua orang couple dalam tren ni. Ber'belangkas' macam tren tu bapak diorang yang punya. Dah terang-terang tulis kat dalam tren, segala aksi yang kurang sopan adalah ditegah. Still jugak nak bersayang-sayang macam tu. Diorang ingat ni New York kot.

Well in case, GET YOURSELF A ROOM YOU MORON!!!


AKUBUKANSUPERMAN: Budak-budak zaman sekarang memang advance. Dulu-dulu aku dating dalam tepon jer. Nak jumpa takut kena kutuk orang.

12 ulasan:

FaizalSulaiman said...

yay!!!

lagu ni best, ada pengajaran..nak2 lirik2 setan dinyanyikan Altimet tu.hahahaha

"jangan pegang-pegang..duduk renggang renggang"

iyllienaz said...

haha..my buddy kat tmpat keje selalu nyanyi lagu ni..

W. Hidney said...

faizal... hahaha suka part setan tu

illie... kat sini pun sama jugak

encik aidil banting said...

lagu Kekanda Adinda - Monoloque ft. Atilia pun best kot :)

Maya said...

:)..hencik hidney tak berpacaran tapi still ternoda sudah..bercium pipi hahhaha..just kidding :p

NUke_Rude said...

heh. masih x berpeluang nk mendengar lagu ni. huhu

jejaka anggun said...

x penah dgr pun lagu nih... slalu dgr lagu nasyid jer...

W. Hidney said...

aidil... sungguh memang best

maya... hahaha macam tu ek?

nuke... klik kat video tu dan dengar puas2 hahaha

shaz... pergh!

farah said...

sebab kamek kanak2 zaman sekarang... so kamek terasa.... :)

NAZRUL AZAT JAMIL said...

aku baru minat lagu nih lepas video cekgu tu kuar d utube, huhuuu

W. Hidney said...

farah... hahaha sak kitak!

W. Hidney said...

nazrul... cikgu? hahaha aiyooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...