AKUBUKANSUPERMAN

December 29, 2010

Cerita gunting rambut


Suatu masa dulu di awal tahun 90-an, ayah akan potong sendiri rambut aku pakai menatang dalam picture kat atas ni. Tak gemar aku kalau ayah pakai benda tu sebab benda tu 'gigit' rambut aku dan most of the time aku akan menjerit sakit and I ended up having an uneven haircut.

"Cuba dok diam sikit." Marah ayah.

"Sakit lah!" Aku memprotes.

Lepas aku besar sikit, ayah akan bawak aku gunting rambut kat pekan. Kat kedai aku akan duduk kat dressing chair yang aku rasakan sangat canggih masa tu. Disebabkan saiz aku yang agak kecik, barber tu akan letak papan kat lengan kerusi tu dan aku akan duduk kat atas papan tu.


Sebelum barber tu gunting rambut aku, dia akan tepekkan bedak amoi kat telinga dan leher aku.

"Kasi itu rambut tidak lekat." Katanya.

Kadang-kadang aku terbatuk sebab barber tu terlebih bedak...

Lepas dibedak, barber tu akan mula potong rambut aku. Snip snip snip bunyik guntingnya. Risau jugak aku takut gunting tu terpotong telinga aku. Ayah selalu pesan, kalau orang gunting rambut kena duduk diam. Kalau tak nanti terpotong telinga.

Sementara menunggu, ayah akan melepak kat kedai kopi sebelah, berborak dengan member-membernya. Selesai digunting, aku akan tunggu jer kat kedai gunting sampai ayah datang untuk bayar upah gunting. Tak berani aku nak keluar selagi barber tu tak dibayar upah walaupun kedai kopi tu sebelah jer. Suara ayah gelak pun aku boleh dengar. Tapi pernah sekali tu ayah terus balik rumah dan lupa nak 'tuntut' aku balik. Lama jugak aku tunggu.

Finally after all these years, aku berpeluang untuk berkunjung balik ke kedai gunting rambut semacam tu. I felt nostalgic. Rindu aku dengan bau bedak amoi dan bunyi gunting.


Orang kata, makin kita besar panjang, makin kita lupa kat mana kita bermula. Biasanya kita alpa dan mengabaikan everything yang menjadikan kita sebagai kita. At the end of the day, kita akan jadi hipokrit dan ada ketikanya malu untuk mengaku asal usul diri sendiri.

Anyway, selamat tahun baru kawan-kawan. Mudah-mudahan kita tidak mudah lupa...

AKUBUKANSUPERMAN: Hello 2011...

8 ulasan:

achik ezam said...

yezza...menggamit memori...

kedai gunting macha kt kampong mmg best...maseh ade lgi kt my kampong skrg...gunting rambut 5 hengget je :p

ADfeez said...

skg nie pun kt tmpt ad masih ada gunting rambut rm5.... cara kan? :P

W. Hidney said...

ezam & ad... gunting rm5 jer? kat mana? alamat please!

FaizalSulaiman said...

suka ayat last tu, bro.

mana kita berdiri, jangan lupakan langit yang harus dijunjung:)

selamat tahun baru 2011, Hidney!

tengku_fir21 said...

pesal tk pernah jumper benda tue

NAZRUL AZAT said...

2011 - nk hairstyle baru, yeeayyyy

W. Hidney said...

faizal... selamat tahun baru to you too

fir... hahaha generation gap. sekarang tak der dah. kalau ada kena cari betul2

W. Hidney said...

azat... hairstyle tahun 2011 ialah panjang dan messy messy manja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...