November 18, 2010

Kacang yang lupakan kulitnya


Orang kata, kalau tak pergi tempat orang kita tak akan belajar. Aku setuju sangat-sangat. Tu la antara sebab musabab aku setuju bila diorang nak hantar aku ke Kelantan dulu. Tapi bila dah kat tempat orang, perlu ker kita nak lupa asal usul sendiri?

Apa korang rasa? Rasa oren tak?

Last week aku jumpa sorang member lama aku. Aku kenal dia masa kat kolej dulu. Selalu jugak dia paw meggi aku. Tapi sebab aku ni baik orangnya, aku halalkan ajer sebab aku tau student mana der duit sangat. 

Dari kejauhan aku nampak muka dia. Dia senyum, aku pun senyum. Aku tengok dah berubah sangat dah dia. Kalau dulu muka dia macam Acapan, la ni muka dia dah macam Aaron Aziz dah aku tengok. Confirm ramai yang cair.

"Wei lamer nyer tak nampak ko doh! Aku dengar ko dah pindah KL sekarang?"

Hok aloh! Kenapa dia cakap semenanjung dengan aku? Siap pakai DOH lagi dengan aku. Apa masalah dia?

"Aok aku baru jak transfer sitok bulan ya tek. Taun lepas aku kerja rah Kelantan nun. Tok aku pindah ke HQ mek urang." Aku jawab. Aku tengok mukanya berkerut.

"Laa yer ker? Ok arr tu. At least now ko dah jadi orang KL." Dia kata, macam tak selesa.

"Hehe nei ada urang KL. Maintain juak urang Sarawak bah. Siney-siney pergi pun tetap ingat dirik tok urang Sarawak." Aku perli dalam kemanjaan. Ni kalau tak terasa, aku tak tau la nak buat cam ner lagi.

"Ok lah doh. Aku nak cau dulu. Apa-apa contact la aku." Katanya. Macam busy sangat dia aku tengok.

Siyes! Aku tak faham. Aku rasa macam nak lempang ajer muka dia. "Kawu tauk aku urang Sarawak nak? Kenak la perlu kelaka Semenanjung dengan aku?" Aku tembak jugak akhirnya barang sedas dua.

"Err... kamek udah lamak sitok. Sik biasa kelaka Sarawak gik," katanya tersipu-sipu. 

Elok plak lenggok bahasanya. Cukup harakat dan taranum. Berapa lama sangat la dia dah dok kat KL ni sampai lupa camner nak cakap Sarawak?

Bengong!

AKUBUKANSUPERMAN: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... 

9 ulasan:

eqbalzack said...

ada hidup ni reel kena ada peningkatan dlm karier...
berani buat mcm abg eq tak? resign drp kerja gomen? hihi...

achik ezam said...

satu je bahasa sarawak yg member ajor:

paloi !!!


hahaha

FaizalSulaiman said...

hehehehe...dimana bumi dipijak, situ jugakla langit dijunjung:P

nak belajar bahasa ni:)hehe

Azura Iznil said...

Akak pon tak suka bercakap dgn orang Malaysia..(ye saya sebut orang Malaysia) dalam bahasa penjajah. Rasa macam curang aje.

Diloz said...

cool doh bahasa sawarak!

tapi kamek sik biasa kelaka Sarawak.

:P

marq che canteen said...

hehehe.. hey i like u.. =P dimana bumi di pijak di situh langit di junjung..

W. Hidney said...

abg eq... reel tak 'sehebat' abg eq. belum lagi...

ezam... pandai!!!

faizal... saya setuju tuan hakim!

kak zura... memang curang. kakak memang curang!!! *berlari sambil menutup muka

diloz... biasa2kan diri doh. nanti boleh lepak sekali

makcik kanteen... hehehe i like you to!!!

epol said...

lol..u pawned bro..haha skali skale org klate cakap luar ok la tu..kang kecek klate ko kata kenegerian lak..haha pe yang penting kita igt asal usul kita

jejaka anggun said...

OMG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...