AKUBUKANSUPERMAN

October 28, 2010

Plastic bag gone wrong

Aku pernah menulis pasal plastic bag dulu. So korang should know by now yang aku tak suka plastic bag. I will go one step further dan jadi AHSO just to show my stand. I know I'm not alone until today at the kuih stall, Cold Storage KLCC.

Kat depan aku ada seorang abang pakai baju petronas. Dia beli mee goreng dan jus oren. Lepas buat bayaran, aku terdengar dia tanya kakak cashier, "No plastic bag?"

Kakak tu geleng kepala. So abang tu blah dengan muka panjang. Dengan fail kat tangan kanan dan breakfast kat tangan kiri. Kesian aku tengok.

My turn...

Tok tek tok tek... Kakak tu keyed in jumlah pembelian aku, which was wantan yang harga RM1.75 untuk 5 pieces. Aku beli 10 pieces sebab aku nak kongsikan dengan officemate. Baik tak aku?

Lepas membuat pembayaran, aku ingat kakak tu akan bagi plastic bag sebab wantan-wantan ni berterabur lagi dalam bakul shopping aku. Aku tengok dia, dia tengok aku, plastic bag tadak.

"No plastic bag?" Aku ulang soklan abang Petronas tadi. Kakak tu geleng kepala.

"Paper bag?" Aku tanya lagi. Dia kata habis.

"Macamana saya nak bawak wantan-wantan ni balik?" Aku rasa macam nak tukar jadi hijau jer. Dia angkat-angkat bahu dan cebik bibir. Bertambah-tambah geram la aku.

"Berapa ringgit harga plastic bag kat sini? Saya nak yang paling besar. Bagi saya dua. Untuk saya satu dan abang tadi satu." Aku dapat dengar orang kat belakang aku berbisik-bisik.

"Doposen satu..." Jawab kakak tu. Suara dia macam sekat-sekat kat kerongkong. Muka macam nak nangis.

"Macam mahal sangat!" Lepas aku bagi duit, aku terus blah. Abang tadi dah hilang so I was left with 2 giganormous plastic bag, 10 wantans and 1 red face.

Kalau nak jaga alam sekitar pun, kena la tau cara yang betul. Jangan nak main ikut jer. Kena sesuaikan dengan keadaan. Dalam kes ni, tak kan aku nak angkut wantan tu satu-satu balik office. Akai tadak ka?

AKUBUKANSUPERMAN: Hancur terus morning aku... 

11 ulasan:

Ramsey Duren said...

apasal kakak 2 kedekut sgt ngan plastik bag die 2 eks...?? nak jadi duta rumah hijau agak nya kot...kih2

||| PöJìé PööH ||| said...

Supposingly diorang akan tanyakan "nak plastik bag ker?" than baru dia akan cas kita 20sen utk plastik bag kan! apada.. tp ngarut jer cara nih utk jaga alam sekitar.. nonsense!

Love,
PojiePooh Abdullah

kin said...

u know what Reel... kak kin dok tengah imagine ni, sinchan dok mengangkat 10 wantan menggunung sampai tak nampak kepala dia ...haha chomel!

encik aidil banting said...

20sen pun duet jugak. hik2

jejaka anggun said...

gigih jer beli brg pakai plastik kedai. pastuh plastik tuh simpan dah lebih seguni kat umah. ahaks!!

-cD- said...

Itulah lumrah hidup di KL cuk. Aabtu mmg x de plastik, tapi org2 kl mmg ramai yg plastik.

Tapi biasenya dorang akan tanya dulu kalau mmg kita x bawa bag sendiri.. Dalam kes cuk nie kakak tu mmg bengong...

W. Hidney said...

ramzi... kat sitok mun maok plastik beg mesti bayar. mun sik maok bayar, embak beg shopping empun

pojie... its actually a good thing to do for our environment. tapi berpada2 la. tengok keadaan

kak kin... tu la pasal. reel pun imagine jugak ngeee

aidil... betul tu. zaman mak bapak kita dulu boleh beli nasi lemak, air milo, cekodok dan ada baki beli gula2 lagi

shaz... betul!

ucuk... memang akak tu ting tong hahaha

Maya said...

saya nak perkenalkan beg shopping kertas kat mesia, bisness :), nanti nak beli n bwk balik green shooping beg dr sini jugak..beli 1.60 dolar jual 6 inggit, mau?

FaizalSulaiman said...

betul kata ko tu.kena sesuaikan ikut keadaan.

kakak yg tak berapa nak betul.hiks. jelmaan poison ivy ke apa.haha

iyllienaz said...

haha..kesimpulannya dia suruh u mkn kat situ..mungkin kakak tu terpikat ngan u kot..haha

W. Hidney said...

kak kin... err siyes ker ni?

faizal... tu la pasal kan. nak 'berjasa' dengan alam sekitar kena la ikut kadaan

illie... terpikat dengan i? kakak tu buta ka apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...