October 31, 2010

Malam hantu


Happy Halloween people!!!

Dah hampir setahun aku tak 'keluar' tengok scene clubbing kat KL ni. Dulu walaupun aku duduk kat Sarawak, aku sanggup naik belon terbang ke KL semata-mata nak gi clubbing, well of course aku nak jumpa member-member aku jugak. Melampau sangat la kalau nak ke KL untuk clubbing semata kan?

Korang ni pun, nak percaya tu agak-agak la...

Anyway, malam tadi aku ke party Halloween. Mulanya aku nak jadi Incredible Hulk. Tapi I figured mesti nanti panas giler sebab costume tu dibuat dari silikon. So aku decided nak jadi Mel Gibson dalam citer Brave Heart plak. Tapi aku tak dapat cari kilt. Kalau ada mesti rupa aku pelik pakai 'skirt' tu.

Lepas tu aku decided nak jadi footballer jer sebab the day before halloween tu aku main bola untuk company aku. Nanti aku ceritakan dalam the next entry pasal permainan tu ek. Tapi aku rasa macam tak sesuai plak nak terkinja-kinja pakai baju bola. 

Finally aku decided nak jadi DIRI SENDIRI jer. The good old me, the Hidney Wahid. Senang, tak payah susah-susah. Ngeee...

Kat party tu, aku tengok ramai yang pakai 'hebat'. Ada yang jadi Jasmine dalam filem Aladdin, ada yang jadi karekter dalam That 60's show. Paling aku suka tengok, sorang minah ni jadi Charlie Chaplin. Berapa la agaknya dia berhabis untun malam tu.

So sepanjang malam aku dok perati sekor-sekor dan fikir karekter apa yang depa pakai. Kudos aku kat organizer. Tahun depan buat lagi naa...

AKUBUKANSUPERMAN: Congrats Kelantan sebab menang Piala Malaysia. Negori ambo menay weh! *Tetiber

6 ulasan:

Diloz said...

club mana weh?
apasal gambar sikit.
up la lagi.
=P

FiqaSaleh said...

mcm best jakk..

p/s: mlm ya org nanyak kmk jadi apa, kmk padah kmk jadi "orang". :p

nama awak telah d tag oleh sy huaahahahahahha..... check it out my new entry...:p

singgah berambeh "25 perkara"

Amoi said...

Berapa juta gula dapat semalam?

haha~

W. Hidney said...

diloz... memang amik gambar sikit jer sebab pakai kamera phone jer

fiqa... hahaha bagus jawapan kitak ya

amoi... ada la dalam lapanblas juta

mardhia yusof said...

bro!!
sy mati2 ingt bro kaki clubbing..
wakakaka..eheh..

apsal x pkai kostum superman??;p

W. Hidney said...

mardhia... dulu la. sekarang tak banyak keluar dah. duduk rumah lipat baju jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...