October 17, 2010

Impian Fasha Sanda

Sejak pindah ni, macam tak ada masa plak nak update blog. Bukan tak ada story, tapi aku dah tak boleh nak berblogging dari office. Not after orang kat office tau pasal blog aku ni. Terkejut berok aku bila one of the manager tiba-tiba quote pasal story awek KL dan Mekdi. Tapi in a way, aku flattered la jugak.

Lepas ni tak boleh la nak carut bos…

Minggu lepas, dua hari berturut-turut aku ‘terkena’ tren yang penuh nak mampus. Teringat aku dengan commuter tren macam kat Jepun nu. Pakcik atendan stesen siap tolak-tolak penumpang masuk tren, sumbat sampai padat. Selagi ada ruang...

Hari pertama, aku berdiri bertentang dengan sorang makcik. Kalau dia dan aku sama-sama toleh depan, nescaya idong aku dan idong dia akan tersentuh. Masing-masing macam faham jer, so kitorang toleh tepi jer. 

Tapi kalau makcik tu Fasha Sanda best jugak kan?


Hari kedua, aku terpaksa naik tren padat lagi. I have the choice of not going on it, tapi aku naik jugak. Dalam kepala aku ni, aku imagine aku akan berdiri setentang lagi dengan someone, someone yang comel yang aku boleh bawak dating makan Mekdi.

Tapi...

Aku dapat mamat yang ada BO issue. Sampai berair mata aku tahan nafas. Binawe punya orang. Tak mandi ka?

Lepas experience tu, aku decided untuk drive ajer ke office. Alah, aku kena jugak tau camner jalan ke office gak kan? Berbekalkan GPS aku yang korang sedia maklum hanjing tu, aku berjaya jugak sampai ke office dalam tempoh setengah jam jer, sejam lebih laju compare kalau aku naik tren.

... walaupun dua tiga kali jugak aku silap masuk simpang...


*BO – Body odour

AKUBUKANSUPERMAN: Minggu depan aku start out-station. Tak sabar arr…

12 ulasan:

jejaka anggun said...

oh BO tuh body odor.....

kin said...

rasa Oren.. terus bawak kete gi opis ek, Reel...hehehe

W. Hidney said...

shaz... tak tau kah?

kak kin... memang rasa oren. tu pasal bawak kete ngeee

eqbalzack said...

wahhh...sudah kerja opis reel?! abg eq sudah tak kerja...jd student balik...hehe...

W. Hidney said...

abg eq... dah dua minggu dah abg eq. bila nak belanja reel makan?

FaizalSulaiman said...

bawak kete, flashing depan awek2 comel.hehehehehe..

:)

encik aidil banting said...

naek moto mungkin 15 min je. ehehe

W. Hidney said...

faizal... tapi awek tak akan toleh kalau kita bawak kete kebal. lain arr kalau bawak bently ker

aidil... tak pandai nak mencelah huhu

tengku_fir21 said...

haha..tahniah...cepat sampai office tu produktif sikit..hahaha

iyllienaz said...

hahaha..semangat konon dulu2 nak naik tren je..last2 naik kete gak..haha

ezam said...

naek helikopter mungkin 3 minit saja.



*hai jejai*

Azura Iznil said...

Tak pelah Reel..BO tu buat penyedap rasa dan ubat hilang ngantuk.!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...