September 19, 2010

Edisi BUMPER balik Kelantan

Lepas 3 hari beraya, it’s time for me to go back to Kelantan. Gila sedih aku sebab tak tau bila lagi aku boleh balik Sarawak. Padan la orang cakap, kalau dah kawin dengan orang Kelantan, memang akan susah balik kampung sendiri. Tapi aku tak kawin dengan orang Kelantan pun lagi. Dekat setahun baru aku dapat balik Sarawak. Huhu sedih meleleh!

Err ada ker orang Kelantan yang nak kan aku?

Anyway, aku balik ke Kelantan 13 september lepas. Kali ni aku tak naik bas sebab aku ada tiket flight Mukah-Kuching-Kuala Lumpur. Tak kuasa dah aku nak emo sebab jalan rosak.

Flight ke KL dari Kuching aku tak hairan sangat sebab pakai kapal besar. Tapi aku sikit ralat dengan flight Mukah-Kuching ni. Nak tau sebab apa?

Nah!

Untuk pengetahuan korang, aku ni takut turbulence. Lagikan kapal besar akan gegar kalau dalam ribut. Inikan pulak kapal yang seketot ni. Aiyooo seram yer kawan-kawan!

Waktu penerbangan tu, flight aku penuh. 19 orang penumpang, tambah 2 pilot dan 15 pramugari cun. Hehehe actually tak ada pramugari pun. Mana nak sumbat 36 orang dalam kapal sekecik tu. Korang ni pun. Agak-agak la kalau nak percaya.

Ngeee…



Tapi elok la jugak tak ada pramugari. Kalau ada, hilang la macho aku kalau diorang nampak aku ketakutan dalam turbulence.


“Tuan-tuan dan puan-puan. Sila tumpukan perhatian anda ke kerusi nombor 12B. Ada penumpang yang terkencing dalam seluar sebab takutkan turbulence. Sila gelakkan dia wakakaka…”

Kalau pramugari tak cun aku tak kisah sangat…

AKUBUKANSUPERMAN: Epik la jugak kan?

18 ulasan:

ezam said...

pokcik sampai laaa mmg tak pernah naek kapal tebang...

seremmmmmm~

kin said...

compare dgn naik roller coaster sama tak, Reel?..hehe

psstt... kita nampak gonjeng kat header tu.

:D

W. Hidney said...

ezam... haha nak fly gi mana? machang? wakakaka

W. Hidney said...

kak kin... lagi teruk kak kin. roller coster 10 kaki jer dari tanah. ni 18 ribu kaki kak kin. seram!

biar la gonjeng main kat header tu. asyik main kat beg jer. dia pun nak glemer jugak hehehe

FaizalSulaiman said...

wohh..

muka msti kaber gila2 ni kan?hehehehe..yg penting kena pandai blakon.buat2 biasa je padahal dalam hati ni macam nak meletop.hoho

-cD- said...

Kapal terbang ketot nie syok naik berdua jer.. huhuhu. very the romantic.. hahaha

W. Hidney said...

faizal... pasal kaber2 line ni serah ajer kat saya. memang pakar hahaha

ucuk... yer sangat romantik. kalau tak turbulence la hehehe

S.I.T.I said...

ingatkan majalah ujang je ade edisi bumper raya...hehe....

FaizalSulaiman said...

Faizal dah hantar ikut 'hubungi penulis' tu.cubalah:))

W. Hidney said...

siti... hahaha jangan silap. kat sini pun ada edisi bumper

faizal... terimas ya hehehe. nanti hantar debit note

FaizalSulaiman said...

ho'o la..tak tubik.hehe

nanti sy cuba tanya kawan yg pakar,hehehe..nanti sy email balik:)

Maya said...

berapa jam perjalanan dgn kapal cenonet tuh?

Saya pernah sekali naik foker kunang2 Subang-KB 45 min jerk..pun goyang kepala lutut. macam kapal buat bersiar sambil memadu2 pun ader

iyllienaz said...

mak aih..tu betul2 mencabar tu..kalau illi mmg xnaik laa..haha

FiqaSaleh said...

hehehehe....kmk penah nait tok ke limbang.. ngam juak angin kuat.. woooo...dah ya pilot sengaja gik melanggar awammm..fuhhhhhhh....

encik aidil banting said...

x penah naek kapal terbang :(

W. Hidney said...

faizal... terima kasih. metar nati bagi buah muktay deh

maya... sejam lima minit. Foker tu ok lagi. tak gegar sgt

illie... pengecut! hehehe

fiqa... memang pilot ya sengaja. suka alu la nya nangga kita terkiak kaung rah belakang sia hehe

aidil... insyallah satu hari nanti. tapi jgn naik yg kecik k. naik yang besau terus

jejaka anggun said...

gigihnya buat rakaman hari raya dlm flight..... err.... flight nih ada serve makanan/minuman x?

W. Hidney said...

shaz... yer sangat gigih.semata2 nak tunjuk betapa kecik nya kapal tu. untuk perhatian, tak ada makanan ataupun minuman yg disediakan yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...