September 18, 2010

Edisi BUMPER balik kampung

SELAMAT HARI RAYA!!! *Melompat bagai monkey…

Masuk hari ni, dah lapan hari kita beraya. Err... ada lagi ker yang pakai baju raya? Kalau ada, tahniah aku ucapkan. Sayang ek kalau tak pakai. Beli mahal yer dak? Baguih baguih…

Mungkin entry aku ni dah lemau. Tapi memandangkan aku dah lama tak update, ini aku nak rangkumkan story EPIK perjalanan balik kampung aku.

Jeng jeng jeng…


7 september, 8.00 malam
Aku kick start dari Gua Musang lepas berbuka puasa kat Kesedar Inn. Orang belanja… Aku balun ajer la. Syukur, kenyang perut.

Keluar jer dari jalan estate, aku tengok banyak kereta bergerak ke arah Kelantan. Sebelum ni aku dengar jer story traffic jem hebat kat Kelantan time-time nak raya. Finally aku nampak jugak dengan mata kepala aku sendiri.

Takjub!

Tiba-tiba lagu Balik Kampung Sudirman jadi macam best plak. Miming sekali…


8 september, 2.00 pagi
Lepas ulang lagu Balik Kampung untuk ke 14 juta kalinya, aku selamat juga sampai di KL. Perjalanan yang patutnya amik masa 4 jam jer, dah jadi 6 jam sebab aku tak boleh nak overtake. Kereta dari arah bertentangan tak putus-putus. Seriau aku tengok skill pemanduan depa. Macam la kampung tu boleh lari.

Tapi aku tetap drive dengan penuh sopan santun. Kalau boleh, dah lama aku bersimpuh time driving tu. *Toing!


8 september, 11.45 pagi
Aku dah di KLIA. Tapi flight aku ke Bintulu delay! Sementara menunggu, aku cuci mata tengok sorang cabin crew yang comel. Awwww!!! Tapi cabin crew tu stationed kat Business la plak.

“Kan best kalau aku upgrade tiket semalam?” Aku bermonolog sendiri sambil menepis tangan budak kecik yang duduk sebelah aku. I love kids, but not naughty kids!


8 september, 2.15 petang
Aku dah mendarat di Bintulu. Masa aku buat immigration clearance, kakak kat counter wish aku “Welcome home.” Aiyoo nasib baik kau perempuan. Kalau tak, aku dah peluk-peluk dah.

Gila terharu aku. I’m home…

Tapi kalau jantan, sanggup ker aku peluk dia? Hmmm...

Sampai jer town, aku terus bergegas ke terminal bas, beli tiket balik Mukah. Takut tiket abis. Kang tak pasal-pasal aku sayu bergenang air mata, beraya sorang-sorang kat Bintulu. Family semua kat Mukah. Waaaaa!!!

Aku dapat second last available seat. Nasib baik sempat.


9 september, 8.15 pagi
Second leg of my balik kampung journey... Macam semalam, bas aku pun delay. Kau ingat kapal terbang jer boleh delay?

People... dah berkurun aku tak naik bas *buat muka tak percaya. Bukan sombong, tapi tak ada keperluan untuk aku naik bas. Pergi keje, aku golek-golek jer dari rumah sebab office dekat. Tak pun, aku drive jer Black Phantom aku tu. Ngeee...

Tapi kan, aku paling tak boleh blah kalau orang tu cakap, “Bas? Apa itu? Eeuuuwwww!!!”

Aku dapat bayangkan yang aku sumbat orang tu dalam mangkuk tandas.

9 september, 1.30 petang
Masa aku sampai kat terminal bas Mukah, badan aku sakit-sakit, mengantuk, penat dan semestinya horny. Ngeee…


Beberapa tahun lepas, aku tinggalkan Mukah dengan memori ngeri jalan HANCUR. Klik sini untuk butiran lanjut. Know what? Jalan tu masih HANCUR. Mana pergi Wakil Rakyat? Hanjing punya orang. Makan gaji buta kah?

Tapi aku marah tak lama. Sejuuuuuk *sebut dengan memuncungkan bibir, mata aku tengok mak aku kat depan pintu. Mendepangkan tangan sambil lagu meleleh berkumandang. Dalam gerak perlahan, aku berlari-lari comel dan menjerit, "Ibuuuu." Ngeee...

Aku rindu ibu ku. Aku juga rindu Ibumie.

Nanti la aku story perjalanan aku balik ke Kelantan. Penat taip.


AKUBUKANSUPERMAN: Tahun ni 1st time aku balik kampung beraya. Sebelum ni aku keje kat kampung jer. Tu sebab perjalanan aku tahun ni epik. Faham tak?

16 ulasan:

amoi said...

hye mak cik.

saya boleh jadi menantu segera mak cik!

HAHA~

W. Hidney said...

"Wah amoi. Sila lah. Sila lah..." Kata makcik sambil meloncat kegirangan

NUke_Rude said...

hahah..

honestly.. aku cma baca dialog2 kat gamba. hahaha.

salam aidilfitri superMan!

kin said...

Reel pakai baju Johor... memang sesuai.
Dengan speknya tu .... sekali pandang macam Clark Kent you :D

W. Hidney said...

nuke... salam aidilfitri jugak. terima kasih sebab baca dialog gambar jer ngeee

kak kin... clark kent yang tiru reel sebenarnya *pitam

Azura Iznil said...

fuyooo..epik sungguh!

FaizalSulaiman said...

ni baru betul2 balik kampung..hehehehe

Nazrul Azat said...

kesiannye kamu, aku pun hampir2 la berkampung di sabah, gamaknye serupe kamu le agaknye ye

amoi said...

tapi saya tak nak anak lagi buat masa ni mak cik.

HAHA

ezam said...

saya nak ibumee

bukan ibu azmee

hahahahhaha~



p,s:org2 kuala lipis sehat.....ahah

flyz said...

serius aku suka baca dialog2 buatan kat pic2x ko...geli hati...

iyllienaz said...

apa itu bas??

hahaha..selamat hari raya!!

W. Hidney said...

kak zura... memang le epik. see the leg arr hahaha

faizal... semestinya meggi

nazrul... kalau takat kat bintulu ok lagi kut. boleh balik jalan kaki jer. kalau terpaksa beraya kat kelantan? aiyoo parah kawan!

amoi... makcik membalas, "takper. makcik pun tak nak cucu dulu." ngeee

ezam... eh eh tetiber

flyz... hehehe terimas

illie... binawe! LOL

jejaka anggun said...

thn depan menantu... thn depan gak nak dpt anak buah...


giler advance.

JUSTRIEZAL said...

hahahahahahah senak perut ku baca entry ko nie bro...anyway...sekali skala naik bus sronok gak yer x...

W. Hidney said...

shaz... tu namanya tamak haloba

riezal... hahaha jom senak sama2 naik bas lalu jalan hancur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...