September 21, 2010

Dotkom dan Dotnet

Once upon a time kat sebuah kampung, ada dua ekor merpati; Dotkom dan Dotnet. Diorang ni bercinta dah dekat 3 tahun dah, jumpa kat Myspace. Ala biasa la budak-budak zaman sekarang kan. Jumpa kat cyber space. Kalau mak bapak kita dulu, jumpa kat majlis-majlis kawin atau kat tepi tasik jer.

Anyway, Dotkom dan Dotnet memang tak boleh berenggang. Kat mana ada Dotkom, kat situ la si Dotnet. Pendek kata diorang ni macam belangkas la, walaupun diorang ni sebenarnya merpati.


Kalau tak jumpa, diorang akan balas-balas sms. Biasanya Dotkom akan belanja beratus-ratus ringgit untuk sms Dotnet. Tapi lepas tu Dotnet hadiahkan Dotkom Bleckberry Bold 9000. Maka kurang la belanja telefon Dotkom sebab Blackberry Messenger tak payah bayar. Makin selalu la Dotkom hantar sms jiwang berkarat kat Dotnet.

"Sanggup ku renangi lautan api dan meredah belukar duri untuk mu Dotnet ku busyuk busyuk..." Kata Dotkom. Meleleh-leleh la si Dotnet membaca sms Dotkom tu. Merembes luar kawalan.

Pada suatu hari tu, Dotkom mengajak Dotnet berpindah ke bandar. Nak cari pengalaman katanya. Dari kecik sampai la ke besar dia asyik dok kampung jer. Dia pun nak merasa tinggal kat bandar besar jugak.

Macam biasa Dotnet mengikut ajer.

Kat bandar, Dotkom mengalami kejutan budaya. Dari rupa yang gonjeng macam S. Jibeng, dia berubah jadi macam Brad Pitt. Terus jadi rebutan merpati-merpati bandar yang cun-cun belaka.


Dotkom dah jauh berubah. Dia dah tak sayangkan Dotnet dah. Sms pun jarang-jarang. Kalau sms pun, asyik marah jer.

Dotnet pun pasrah ala-ala Era Fazira yang ditinggalkan Awie dan membawa diri balik ke kampung, meninggalkan Dotkom yang makin lupa diri...

AKUBUKANSUPERMAN: I bukan Dotkom. Happy anniversary Yan. I love you...

19 ulasan:

kin said...

... sedihnya cerita ini.

W. Hidney said...

kak kin... memang sedih huhuhu. kalau kak kin dah jumpa Dotnet kak kin, jangan jadi Dotkom plak tau

Ricky said...

love the story! emm based on personal story ek? :P

W. Hidney said...

ricky... tak la. mana der. tak ada kena mengena dgn yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia

FaizalSulaiman said...

woh pengorbanan cinta indah la:)

hehe

ps:lawa la header blog neh:)suka2:)

W. Hidney said...

faizal... thanks bro

Nazrul Azat said...

cam pernah jadi aje kisah cenggini kat aku dolu2, uhuhu

W. Hidney said...

nazrul... yer ker? semua org pun mcm tu jugak huhuhu

S.I.T.I said...

merembes luar kawalan = cirit?

Besar kemungkinan Dotkom pun dah tukar namanya kpd Dotdotdot pulak kan?


:P

Azura Iznil said...

sapa Yan?

jejaka anggun said...

hahahah... dotcom ngan dotnet tuh sama x ngan dot dot dot?

encik aidil banting said...

mcm2 la ko ni. hehehe. btw nice header :)

ezam said...

siapa yan?????????

Maya said...

aih konpius...eniveseri biasa untuk pertemuan, perpisahan pun ada eniveseri nyek? :p

Biasa tu Hidney, kes "kejutan budaya" selalu terjadi. Dasar cinta metropolitan heheh. Saya sokong kuat dialog cari lain tu dan saya yakin cerita ni ada kaitan dgn yang hidup ^*!*^

Good luck to you

W. Hidney said...

siti... hehehe bukan cirit. gi tanya member2. malu nak explain

kak zura... yan adalah seseorang hehe

shaz... tak sama walaupun dari keluarga Dot

aidil... idea tengah kembang ni. thanks ya :)

ezam... yan bukan seekor kambing

maya... actually cerita ni ending dia twist. penulis nak buktikan walaupun lepas dia pindah ke kl, dia tak akan jadi macam Dotkom tu dan teus mencintai yan yang telah dia cintai selama 3 tahun tu ngeee

jgn confius naaa

-cD- said...

Telenovela nie, kalau buat drama bersiri sure letop...

W. Hidney said...

ucuk... hahaha confident ker letup?

-cD- said...

Sangat confident cuk.. tapi pelakon utamanya haruslah salah seorang antara kita laaa.. hahahahah

W. Hidney said...

ucuk... hahaha mcm tu plak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...