September 1, 2010

Dan mercun pun berbunyi

"Boom!"

"Ba boom!!!"

"Ba ba boooommm!!!"

"Mbbeeekkk!"


Eh eh? Macam tak ngam plak bunyik mercun yang last tu.

Anyway raya dah dekat. Bahang kemeriahan makin terasa. Dalam kemeriahan tu makin banyak pulak cerita orang putus jari pasal main mercun. Ironiknya Kelantan adalah negeri yang mendahului carta. Apa taknya, orang sini boleh beli mercun kat bazaar-bazaar ramadhan jer.

Tapi kan, yang diorang bengap sangat pegang mercun meletup tu kenapa? Kalau aku dulu, aku ikat ubat nyamuk kat ujung penyapu dan berdiri jauh-jauh. Memang tak macho, tapi yang penting selamat! Ngeee...

Kat estate aku tak kurang hebatnya. Hari-hari pekerja aku bawak mercun ke dalam site. Pernah jugak diorang baling mercun kat aku. Nasib baik jeritan kepit aku tak keluar. Binawe punya indon. Dalam hati geram jugak nak join sebenarnya. Tapi aku diamkan ajer, until one day...

"Tuan suka mercun tak?" Seorang pekerja Indon bertanya.

Aiyoo nak jer aku melompat tinggi-tinggi dan jerit "YES YES YESSS!!!"

Tapi...

"Suka." Jawab aku dengan machonya sambil letak jari dalam idong.

"Ni untuk tuan." Katanya sambil menyerahkan 3 plastik besar mercun. Rasa nak gugur jantung aku tengok mercun sebanyak tu.

Siyes aku cakap. Boleh simpan untuk raya tujuh keturunan.

Kalau kena tangkap ni, mati la kena gantung. Lepas dah mati pun akan digantung balik. Lagi dan lagi...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku tak pernah tengok orang main meriam buluh

6 ulasan:

-cD- said...

ermm bunyi mercun yg last tu sure pedajal kat kambing kan.. hahah cian kambing tu..

jgn gatal2 nak bawa mercun tu balik bintulu ehh, x pasal2 kena tahan kat terminal nanti.. hehehe

W. Hidney said...

Ucuk... Tak sengaja baling kat kambing tu. Tapi dia ok jer. Dia join lagi kitorang lepas tu. Hebat kambing tu ngeee

Tak bawak ke bintulu. Bawak ke kl jer. Main kat intai-intai

ezam said...

mangaiiii banyak gilerrr mercun bola tuh..bahaya kot kolo nk bawak dlm keter in case sumthing happen nanti meletop ke ape ka...main bagik habis kt estet jelah..hasiiisshhhh....risau tengok orang maen mercun ni rasa mcm nk piat2 je telinge...

ha kan over suda...jangan biarkan abang memebebel

**sambil peluk tubuh**

p.s:saya tasuke mercun dan tak berani bermain mercun sebab saya tak mahu memakai tagan palesu seperti marico sinto...

hahhaahha

Flyboy said...

macam kenal je statement dah mati kena gantung, lepas mati pun kena gantung balik tu..... hmmmm.....lalalalala

jejaka anggun said...

mercun tuh la yg org guna utk bom depan umah org kat desa tun razak ari tuh....


errr... jgn2 u punyer keje x?

W. Hidney said...

ezam... *hlur tinger nak mintak piat

flyboy... yer memang statement biasa tu ngeee

shaz... eh eh gossip jer tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...