September 21, 2010

Berapa markah anda?

Kita ucapkan selamat pagi kat bos, +1 markah 
Bancuh teh untuk bos, +2 markah
Lepas tu kita bagi biskut raya kat bos, +3 markah
Kita sendiri yang buat biskut tu, +6 markah
Dapat resipi dari buku Chef Wan, +8 markah
Biskut dibuat dari kacang berkualiti tinggi, +5 markah
Bos alergik kacang, -8 markah
Bos kena tahan wad, -10 markah
Selama 2 bulan, -15 markah

Kita siapkan kerja yang bos bagi, +1 markah
Kita tak siapkan kerja yang bos bagi, -2 markah
Sebab sibuk dengan Facebook, -2 markah
Dalam Facebook kita mengumpat bos, -2 markah
Dan kawan mengumpat kita tu kaki kipas bos, -10 markah

Kita masuk office lebih awal dari bos, +5 markah
Kita bising member cubicle sebelah lambat, +2 markah
Kita bising makcik cuci tingkap lambat, +2 markah
Kita tak bising bos lambat, +5 markah
Bos masuk office lepas lunch, +8 markah
Lepas 5 minit bos keluar balik. Terus hilang, +9 markah
GM call dan kita cakap bos MC, +10 markah
GM suruh kita bagi MC bos untuk difailkan, -20 markah

Kalau kita berjaya siapkan budget tahunan, +3 markah
Sorang-sorang, +4 markah
Kita cover line bos masa presentation depan GM, +5 markah
Bos tak tau mender pun, +10 markah
Bos tak tau pakai komputer, +20 markah
Kantoi bos tengok porn before presentation, +30 markah
Porn Ariel Peter Pan, -30 markah

Bos buat lawak dan kita gelak sekali, +2 markah
Kita gelak walaupun tak faham lawak bos tu, +4 markah
Bos tak perasan kita sajer nak ampu, +5 markah
Kita ajak member satu office gelak sekali, +6 markah
Lawak pasal KPI lebih teruk dari tahun lepas, -6 markah
Kita still tak faham dan sambung gelak, -10 markah
Kita gelak sampai keluar air mata, -20 markah

Bos hantar sms kata dia cuti emergency, +1 markah
Kita kata, No problem sir. Everything is in order, +5 markah
Masa tu kita busy closing account, +6 markah
Kita kerja sampai lewat malam, +7 markah
Tak makan dinner pun, +10 markah
Awek merajuk sebab kita dah janji dinner sama, +15 markah
Kat Star Hill Galery, +17 markah
Sebenarnya bos main golf, -20 markah
Dengan member kat cubicle sebelah, -25 markah
Kat Phuket, -30 markah

AKUBUKANSUPERMAN: Amacam kawan-kawan?

9 ulasan:

FaizalSulaiman said...

hahahahahahaha
gelak besar sebelum mula kerja.hihi

ps:bro, member tu belum reply msg sy lah.nanti apa2 sy hantar email:)

W. Hidney said...

faizal... just the thing we need sebelum memulakan kerja hehehe

no hal bro. saya tunggu

kin said...

a good mental exercise pepagi ni, Reel...

Kak Kin nyer markah 30... fail tak?? hehe

ezam said...

terbaekkkkkkk wokkkkkk!!!!!!!!!!!

rules of life:
1-boss is always right
2-if boss did wrong.refer to no.1

hehehehhe~

p.s:kretip calculus kamu neh!!!!

W. Hidney said...

kak kin... 30? tak cukup baik tu kak kin. kena usaha lagi. kena ampu bos banyak2 hehehe

ezam... kalau tak kretif calculus, saya x akan dipindah department betul tak?

kin said...

my colleague said the same thing to me... ish nak kena belajar buat kuih raya ... sekarang jugak, Reel! ...

(khus semangat :D)

W. Hidney said...

kak kin... yer cepat belajar. nanti boleh dapat markah

Azura Iznil said...

Reel..akak rasa akak fail maths. huhuhu.

f said...

*pening selepas baca*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...