August 1, 2010

Rambutku bukan rambut kau

Rambut... Kata orang mahkota wanita. Walaupun aku bukan wanita atau yang sewaktu dengannya, aku tetap beranggapan rambut aku adalah mahkota aku.

Apa korang rasa? Rasa oren?

Tadi aku potong rambut kat The Curve. Biasanya aku potong kat OU, tapi dah alang-alang kat sana, aku potong la jugak. Mana tau akan lebih comel yer dak.

Kedai tu kosong time aku sampai. Tapi tiba-tiba macam ramai orang bila semua tukang-tukang gunting tu jerit "Welcome" serentak. Tapi aku prefer diorang jerit histeria macam adek-adek nampak Justin Bieber. Baru la sonok.

Anyway, aku mintak senior stylist, sebab diriku begitu beharga. *pitam

Senior stylist tu minta aku describe apa yang aku nak. Dengan jelas dan terang aku kata aku nak side potong skin dan trim sikit kat atas. Kalau tak faham gak aku akan suruh dia makan cicak.

Dia kata ok dan start potong. After a while aku kata aku tak puas dengan style yang dia buat, tak cukup pendek aku kata. Dia potong lagi tapi still tak cukup pendek. Dia tak faham ker apa yang aku cakap? Kata senior, tapi algebra macam pre-school.

Aku dah give up nak explain dan announce la, "Just go crazy about it. I want short." Which was just about the worse thing one can say sebab dia terus potong macam orang gila.

Its not the crazy yang aku nak bongok!

Aku anggap dia tau apa nak buat sebab dia tu senior. Much senior than that dia kena duduk rumah pengasih dah.

Aku malas nak protest sebab aku tak bekal cicak time tu dan aku maklum yang rambut aku akan tumbuh balik. Aku halalkan ajer RM45 tu kat dia.

Tapi aku balik dengan rasa oren. Nak kena pakai wig la macam ni...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku pernah gunting rambut roomate kat U dulu pakai gunting kertas. Mengamok dia.

10 ulasan:

Kak Kin said...

ucapan takziah... tapi still cute pe ;) hehehe.

Boy said...

wahahahhaha letak la gambar rambut baru jadi header

jejaka anggun said...

akhirnya rambut JA suruh kris tlg buzz kan sebab gi kedai tetap x reti potong....

tp x lah sampai 45 hengget!!!

ezam said...

45 hengget tu bolay 9x potong tuh..hahaha

hey i was kt d curve juga tadi..tak nampak pon...

W. Hidney said...

Kak kin... Tak comel dah. Burok!

Boy... Oh tidak. Tak mungkin

Shaz... Err bukan harga standard kah tu?

Ezam... Potong 9 kali ek? Haha memang la tak nampak sbb I potong 9 kali

ezam said...

9x di kedai macha kt kampong ai lah...hehehehehe...




p.s;rambut dh banyak gugur...sedeyyy!

JUSTRIEZAL said...

hahahahahahahaha aku biasa gak kne cam tu...tidk mencapai kepuasan tahap maksimas bila tgok hasil gutingan pda rambut aku...hahahahahaha elek bro

W. Hidney said...

ezam... mintak nombor tepon macha tu. len kali nak gunting sana hahaha

justrizal... dah elek pun. rambut akan tumbuh balik. len kali tak payah la gunting kat tempat yang sama :)

iyllienaz said...

hensem apee..lagi hensem kalau botak terus..fuhh..luna maya pon merayu ajak couple..haha

W. Hidney said...

Illie... Luna maya? Nak! Nak! Nak!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...