August 5, 2010

Cerita maid baru

Hari ni aku dapat maid baru. Maid lama aku balik kampung, nak buat persiapan raya katanya. Dengan berat hati aku tandatangan surat cutinya. “Kapan mau datang lagi?”

“Selepas raya tuan, insyallah.”

Macam tak confident jer aku dengan jawapannya tu. Selalu jugak maid-maid aku balik kampung. Tapi after sometime diorang terus tak datang-datang balik. Garang sangat kah aku?

Sedih…

Seperti kebiasaannya, aku akan tunjuk ajar maid baru aku on her first day. Apa nak buat, apa tak boleh buat. Maid aku ni nampak macam dah pro jer. Aku suka. Kejap jer dia dah pandai. Bagus bagus… naik gaji…

See... aku ni baik sebenarnya.

Untuk lunch dia masak ikan sup yang sangat sedap. Tak pernah aku makan bertambah waktu lunch. Aiyooo susah la macam ni. Gemuk la pokcik!

Sebut pasal ikan, aku teringat ikan jaket masa kat universiti dulu. Keras nak mampos. IQ boleh drop kalau baling kat kepala. Boleh dijadikan alasan kalau lecturer tanya kenapa kita terpaksa repeat paper. "Ada orang baling ikan jaket kat saya masa on the way ke dewan ujian sir. Terus saya hilang ingatan. Kesian saya..."

Boleh tak?

AKUBUKANSUPERMAN: Esok nak suruh dia masak ikan sambal plak.

13 ulasan:

Maya said...

yang pakai jaket tu bukan ikan jaket...:p

W. Hidney said...

maya... memang le. tu namanya ikan pakai jaket ngeee

Boy said...

hahaha teringat ikan jaket kt dining zaman2 study dulu.. xleh pilih.. terpaksa makann

arep said...

sengal lah.. aku gelak tengok ikan tu

azizisamsudin said...

ikan uji rahid penah dengar ?? hehehhee...

iyllienaz said...

habislaaa makin buncittt..hahaha

jejaka anggun said...

mandrem kuat tuh... jaga2.

incik mumu said...

menyerlah betol ikan yang pakai jaket tuh ek..?? keh keh keh..

k.A said...

dulu kat skolah ada ikan jaket, roti nuklear, skrotum masak sambal, and byk lagi nama pelik2 budak2 bagi.haha.

W. Hidney said...

boy... hahaha setiap student university mesti tau ikan jaket tu

arep... ikan tu yg sengal wakaka

zizi... ikan uji rashid? ikan hail amir ada la

illie... tu la pasal *sambil buat sit-ups

shaz... insyallah tak kut

mumu... memang menyerlah sebab pakai jaket safety wakakaka

ka... biasa la budak university. memang kreatif hehehe

FiqaSaleh said...

ktk org sarawak kah?

W. Hidney said...

fiqa... aok kamek org sawak. mak mukah, bapak bintulu. hehehe

FiqaSaleh said...

owhh..duhalll.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...