August 15, 2010

Aiyooo RM5 juta dalam akaun aku!

Ngeee suspen tak? Tapi kalau betul apa yang korang rasa? Rasa oren?

Rasa kaya lah!

Cakap pasal duit ni, memang semua orang suka. Macam-macam nak buat. Macam-macam nak beli. Tak kisah la duit tu ada atau tak ada. Yang penting pasang angan-angan tu dulu. Nanti by the time duit tu dah ada (finally la kan), tak payah la nak buang masa nak fakir-fikir dah, buat terus jer.

Kononnya masa itu emas. Tak elok dibazir-bazirkan.

Izinkan aku namakan sindrom ni sebagai sindrom ATS atau sindrom Angan Tak Sudah.

Biasanya ATS akan berleluasa time bulan-bulan terakhir nak dapat bonus. Kalau kita jalan dari hujung ke hujung office tu, kita akan dapat kumpul story angan-angan yang cukup untuk tulis entry setahun. Siyes!

Ada yang nak naik cruise…

Ada yang nak beli Ipad…

Ada yang nak makan Wagyu kat Marche…

Apa pun kan, tak salah berangan-angan. Memang aku tak nak nafikan yer. Tapi angan-angan tu kena la realistik. Kang nanti tak dapat, frust tertonggeng plak. Gantung diri kat kipas bilik tido...

Tapi aku tak kisah kalau korang berangan-angan nak belanja aku pergi Hong Kong once duit bonus tu dah masuk. Aku ikut jer ngeee…

AKUBUKANSUPERMAN: Aku nak menulis dalam English balik. Tapi ader ker yang nak baca?

22 ulasan:

ezam said...

tak pernah merasa bonus berbulan2 mcm kompeni laen....

asal masok bulan 8 je mesti tukar skorkad...elok2 great dongred jadik good.

bila org citer pasal bunus je terus duk dendiam sebab siket sangat...


haissssshhh...

p.s:dengor2nya sime darby bagik 7 bulan?????eh...hidney yu nampak kacaklah...

**tetiber**

iyllienaz said...

kalau nak rasa kaya makan ngan roti laa..haha

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Macam best jer dapat bonus nie.Nak try la nanti...apply kad bonuslink.

Apsal kau dulu tulis BI lepastue skrg tulis BM?Takleh tembus pasaran Malaysia ea?Hahahaha

thegossiplounge said...

I'm backkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!

W. Hidney said...

ezam... eh eh sangat predictable pujian itu hehehe

illie... ngeee tetiber la kan

fakhrurazi... sebab tak ramai pembaca macam sekarang. bila tulis bm tetiba ramai plak yang baca. so continue tulis bm jer

teddy... u always back but u never stick around *larikkk

amoi said...

ok. jom pergi Hong Kong Disneyland now!

W. Hidney said...

amoi... jom hehehe

encik aidil banting said...

nak seribu boleh? haha

-cD- said...

eeuuwww cite pasal bonus je ada org cuba menangguk di air keruh n cuba memasang umpan untuk dipancing nampak..

jeles, jelas...

ermm ucuk masih berangan nak berbuka di kampung baru lagi x? hahahha

amoi said...

5 juta tak cukup nak beli website Facebook.

T____________________T

W. Hidney said...

aidil... hehe kalau ada seribu. kalau tak ada? ngeee

ucuk... kan! tu la pasal. suka sgt mengambil kesempatan di atas kelemahan org lain. sungguh jahat org itu hehehe

W. Hidney said...

amoi... ngaper nak beli facebook? berbaloikah? ngeeee

jejaka anggun said...

tiada.

amoi said...

bila dah dapat saham facebook. aku ada kuasa nak stalk facebook orang lain and masuk facebook org tu secara senyap. muahahahahahahahaha

W. Hidney said...

Shaz... Apa yg tiada?

Amoi... Aiyooo sangat jahat LOL

k.e.r.i. said...

berangan tu free. lalala~

tengku_fir21 said...

wahhhhhhh....tetiba laapr...jom kite ge buka puase..

theblabber. said...

tak salah berangan. berangan kan free. sape tak suka benda free ;)

p/s: aku baca je.

Flyboy said...

dah tangible dah... buwekkkk! nak ipad mana satu?

W. Hidney said...

keri... meme! tok payoh bayo!

fir... cakap jer tak guna. jemput i kat gua musang! wakakaka

W. Hidney said...

theblabber... betul tu. setuju 150%

monyet... whatever that comes tru your mind during one of your many purchasing i-just-got-durian-runtuh ritual

Khairi said...

bakpo demo nok raso kayo kayo ni hehehe. tok lama lagi kayo la tu saba saba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...