AKUBUKANSUPERMAN

July 19, 2010

Story paku dan tukul

Masa aku kat U dulu, lecturer English aku pernah ceritakan story yang berikutnya ni. Kali pertama dia cerita, aku tengah layan hang. So aku tak tangkap sangat. Kali kedua dia cerita baru aku dapat tangkap betul-betul. Aku sedih ok lepas faham jalan cerita tu. Terus aku story kat ayah aku. Tapi ayah aku buat dono jer. Tambah sedih la aku…

Niwey, jalan ceritanya macam ni.

Kat sebuah kampung ada seorang bapak dan seorang anak. Kenapa dua orang jer kat kampung tu? Jangan tanya aku.

Anak ni jenis yang panas baran. Sikit-sikit nak emo. Sikit-sikit nak baling barang. Habis harta bapak dia rosakkan. Bila bercakap mesti nak keluar anak tekak. Tak sah kalau tak jerit. Sungguh jahat anak itu. Ish ish ish. *geleng-geleng kepala.

Bapak ni pulak jenis yang redha jer. Tak pernah pun dia nak tiau balik anak dia ni. Dia dok diam jer. Blur jer… Kesian bapak dia ni.

Satu hari, dengan sangat cliché nya, si bapak ni jatuh sakit. Siang malam si anak menjaga bapaknya.

“Kenapa tiba-tiba boleh sakit ni pak? Bapak main ujan ek?” Tanya anak dengan lemah lembutnya. Boleh pulak kau cakap lembut kan? Sial punya anak!

Si bapak sengih sambil geleng-geleng kepala. “Nak, cuba kau amik paku dengan tukul kat belakang nu. Rasanya ada lagi. Kau tak rosakkan lagi tukul tu kut.” Arah si bapak.

Si anak buat-buat bodo jer dengan perlian pedas bapaknya tu sambil mencari tukul yang dimaksudkan. “Bapak aku ni nak buat apa plak dengan paku dan tukul ni? Vampire kah dia? Aiyooo bapak. Sakit-sakit pun nak buat lawak,” si anak bermonolog sendirian.

Lepas si anak dapat tukul dan paku tu, dia bagi la kat bapak dia.

“Cuba kau ketuk paku ni kat tiang tu nak.” Arah si bapak lagi. Si anak dah musykil tenok dah. Tapi dia diamkan ajer. Dia buat jugak...

Diketuknya paku tu kat tiang rumah diorang. Tuk tuk tuk bunyinya.

“Lepas tu, kau pergi cabut paku tu nak. Tengok apa jadi.” Kata si ayah lagi. Makin bengong la si anak.

“Wow ada lubang la pak.” Tunjuk si anak sambil buat-buat muka terkesima kat bapak dia. Monyet punya anak!

“Kau tengok tu, walaupun lepas kau cabut paku tu, bekasnya ada lagi. Tak boleh nak tampung-tampung dah. Macam tu la perumpamaannya kalau kau marah. Kau akan buat orang lain sakit hati. Walau lepas kau minta maaf, bekas sakit hati tu tak akan hilang sampai bila-bila. Kau faham tak?” Jelas si ayah panjang lebar.

Si anak menung tengok lubang paku tu. Lepas tu dia tenung muka bapak dia. Lepas tu dia tengok balik kat bekas paku tu. Haram bodoh ok anak tu.

Tak lama lepas tu, si bapak pun meninggal la dunia. Si anak plak emo tak tentu pasal dan naik hantu ketuk paku kat setiap kayu yang dia jumpa. Ish ish ish…

Pengajarannya? Kalau nak marah tu, biar la bertempat. Jangan nak ikut perasaan sangat. Biar marah dengan fakta... dan… jangan jadi bodoh macam si anak tu.

Wassalam.

AKUBUKANSUPERMAN: Kalau orang ngorat tu jangan la marah-marah.

8 ulasan:

jejaka anggun said...

oh... ingatkan moral of the story jgn suke paku2 rumah, nnt berlobang.

iyllienaz said...

hahaha..gila lawak ok entri ni..yang penting, nak tau jugak pakcik ngorat sape sampai marah awek tu..haha

Maya said...

haha..lawak drama ayam klonk2 awak tuh

W. Hidney said...

shaz... err boleh gak tu kut hahaha

illie... panjang citernya illie huhuhu

maya... kesian ayam klink2 tu

The Poyo Me said...

ish2 ko nih...ayam tgh ngorat pon ko skodeng ek....paparazzi neh!

W. Hidney said...

Poyo... Apa2 jer aku boleh skodeng hahaha awas!

k.e.r.i. said...

ko ni lepas kena marah sebab ko ngorat orang eh?
muahahaha

W. Hidney said...

keri... hahaha lebih kurang la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...