July 7, 2010

Pulut durian

Ekceli aku tak pernah tau pun kewujudan makanan semacam ni. Tu la orang tua-tua cakap, bukak mulut tu, rerajin la tanya. Kalau malas nak tanya, gi korek lubang dan duduk diam-diam kat dalam lubang tu. Ngeee...

Niwey...

Tengahari tadi lepas kitorang bizi siapkan payment, sorang staff aku ni bawak sebakul durian ke office. Kitorang pun kedurikan la durian tu reramai. Elok kongsi-kongsi kata ustaz. Sharing is caring bah. Dalam kusyuk mentekedarah durian tu, aku tiba-tiba teringat bubur durian yang mak aku selalu buat masa aku muda-muda bergetah dulu. "Best ni kalau buat bubur." Kata aku.

Sekor-sekor tenung aku. Semacam...

"Tuwey pernah makey puluk duriyey? Sedak tuwey," tanya aku punya kerani sambil tunjuk-tunjuk ibu jari kat aku.

"Cakap jer tak guna awak. Kena la buat. Baru saya boleh kata sedap ke tak." Aku berkata. Bitchy tak statement aku? Gila kurang ajar aku kan?

"Bereh!!!" Dia menjawab. Di booking nya dua bijik durian siap-siap. Untuk pulut durian aku katanya.

Pukul 3.30 petang aku masuk office, kerani panggil aku ke pantri. Jeng jeng jeng! Pulut durian dah siap tersedia untuk aku. Cuma kurang geng kompang dan bunga manggar ajer. Kalau tak memang perfek la layanan dia kat aku. Gila sayang aku kat kerani aku ni. Sebut jer terus dapat. Esok aku nak mintak dia buat kek keju lah muahahaha! *gelak sejahatnyer.

Menurut kerani yang officially aku dah sayang tu, untuk sediakan pulut durian ni kena ada santan, gula merah, pulut dan semestinya durian. Awas dengan gula merah tu. Jangan sampai banyak sangat, nanti kencing semut hurung... dia kata.

Baiklah!

Aku pasti bukan aku sorang jer yang tak pernah rasa atau tengok pulut durian ni. So aku amik la sekeping gambar untuk tatapan anda semua. Jangan jilat skrin komputer anda sudah le.

AKUBUKANSUPERMAN: Walaupun aku ni jenis boss yang suka sumbat kepala orang dalam lubang jamban, tapi aku tetap sayang kat staff-staff aku... yang pandai kipas aku la wakakaka!!!

9 ulasan:

k.A said...

ohmygodddddddddd
sedapnya.rasanya last time makan pulut durian 4 tahun lepas kot.:(

jejaka anggun said...

jaga2 mungkin pulut durian anda tuh dah diletakkan racun...

Boy said...

eeee jeles..

penah makan tapi xde plak gula merah tu..

zaman muda bergetah?
*pengsan*

iyllienaz said...

haha..tu memang bodek habis la..xpenah makan lak pulut durian tu..kalau kat sini makan bubur durian ngan pulut biasa je..

W. Hidney said...

KA... Memang sedap k. I makan banyak sampai sakit perut

Shaz... I ok jer takat ni hehe

Boy... Haha reaksi yg dah boleh diagak tu. Pengsan jangan x pengsan. Ekceli gula merah yg buat pulut tu lagi gila sedap

Illie... Memang kipas abis! Meh la sini. Nanti I suruh kerani I buatkan untuk u hehehe

arep said...

me sungguh jeles n kecur yer

W. Hidney said...

arep... hahaha kesian awak

ザ-sylver-shooter said...

terliur beb, kuang hajaq noo poih kat sini...haha

W. Hidney said...

Sylver-shooter... Hahaha kecoq ayak lioq naaa? LOL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...