July 15, 2010

Keje aku

Selalu jugak member-member aku tanya, "Kau keje aper ek?"

Kalau aku rajin aku akan jawab, "Aku bekerja kat ladang sawit kat Gua Musang, milik syarikat perladangan keempat terbesar di Malaysia yang beribupejabat di Kuala Lumpur, belakang Pavillion."

Tapi kalau malas aku jawab, "Aku keje ladang."... sambil posing Sinchan.

Mesti diorang terus bayangkan aku ni pegang cangkul kan? Takper... *tarik muka sedih.

Untuk entri kali ni, aku nak story pasal rutin keje harian aku. Mana tau ada yang berminat nak tahu kan. Baca jangan tak baca...

6:00 pagi
Aku bangun tido, gosok gigi dan cuci muka. Aku tanak mandi sebab air sejuk nak mampus. Kecut terus t*l*r aku.

6:00:10 pagi
Aku dah siap pakai baju hahahaha!

6:10 pagi
Panaskan enjin motosikal sambil menung tengok langit. Fikir apa silap aku semalam dan apa yang aku nak jawab kalau boss tiau aku.

6:11 pagi
Aku dah sampai kat office. Dekat jer dengan rumah. Kalau aku terjun dari tingkap bilik tido aku, nescaya aku akan terus jatuh kat atas kerusi pusing-pusing aku kat office. Best tak? Takyah sangkut kat jem dan bayar tol.

6:30 pagi
Aku sarapan dengan sarapan yang Makcik Dah buatkan atau glamer dipanggil Mok Doh kat office. Macam-macam dia buat. Aku bantai ajer. Rezeki. Nak suruh bini masakkan aku bujang lagi yer dak?

7:00 pagi
Aku start keje, walhal ramai lagi yang kat luar sana masih nyenyak tido, mimpi bibir mungel Angelina Jolie.

8:00 pagi
Aku masuk site, buat consultation atau main sembunyi-sembunyi dengan boss kat celah pokok sawit kalau dia tak tiau aku. Baaaa chak!

11:00 pagi
Rehat kejap. Minum air mineral water sambil layan cewek-cewek Indon.

12:00 tengahari
Masuk site balik. Mencarut dan mencarut lagi. Matahari terik ni bai, jangan arr buat gua marah. Karang gua report kat mak gua. Rock tak gua bai?

1:00 petang
Balik rumah. Apa lagi? Tido la! At-tido-tu-khairum-mina-lunch... *tido itu lebih baik dari lunch

3:00 petang
Mandi time, berkubang dalam kolah sambil gentel-gentel itik pastik.

3:30 petang
Masuk office dan buat-buat bizi. Walhal download porn kat internet wakakaka.

5:00 petang
Officemate beransur balik. Aku kat meja aku lagi, korek idong. Tunggu download abis.

6:00 petang
Masa untuk aku balik. Bersimpuh kat beranda main congkak dengan housemate dan tukar-tukar gosip panas.

Aku kerja 6 hari seminggu. Off day
aku hari ahad walaupun orang kat Kelantan keje hari ahad. Time orang gosok gigi nak gi keje, aku nyenyak tido, mimpi makan Mekdi.

Tamat!

AKUBUKANSUPERMAN: Alien pun pandai kecek Klate. Makan budu kut?

19 ulasan:

k.e.r.i. said...

bwahahaha.
itu kinglish weh.
LOL

W. Hidney said...

keri... hehehe tok pehe weh!

AmeZac said...

Kita the other was around.. Just to avoid more question lepas tue..

BTW you change your blog layout and feed pun changed.. So I need to actually visit you blog to get your full feed. Huhuhu..

eqbalzack said...

hidop kena hepi2 je reel...lakukan perubahan...mcm abg eq buat..hehe

W. Hidney said...

zack... yup i do some minor2 changes to my blog. just to give it a lighter taste for a very 'cruel' blogging scene hehehe

abg eq... reel sentiasa hepi dan reel suka akan perubahan hehehe

-cD- said...

ermmm dah la x mandi pagi..
pastu pakai baju je..
mana x bertambah kecut t*l*r tu...

hahahahha...

k.e.r.i. said...

godio demo dok pehey?
kinglish tu kelantanese english lah.
capo duo jadi kinglish.
muahahaha

W. Hidney said...

ucuk... kecut sebab sejuk la. bukan pasal tak mandi ngeeeee

keri... patuk ghoyak kelish weh. buke kinglish. susoh kecek denga demo. baik make muktey jua kak keda mok doh hahaha

k.A said...

ha.download porn kat tempat keje! report kat boss!

theblabber. said...

from 1-3 pm tu, idling time ka? heaven gila!!

hehe

W. Hidney said...

ka... hahaha bukan i sorg. cakap la kat boss

the blabber... ekceli sejam jer. tapi kira dah terbiasa rest 2 jam hehehe

mardhia yusof said...

kantoi..kantoi bro xmandi neh..aha..;p

hebat deh ley kecek klate..
kawe pon oghe klate jugok.
melor..tau ko?

jejaka anggun said...

bijak sokmo alieng kecek kelate.

W. Hidney said...

Mardhia... Dekak tu. Ambo dok aring, sebeloh chiku 1. Maghi make duye samo2 weh. Comei2 duye kak sini :)

Shaz... Tu lo. Alieng dah panda kecek klate

Maya said...

Kawe pom keje lade gok, lade getoh

mardhia yusof said...

ouhh..oghe dok make duye..;p

W. Hidney said...

maya... lade getoh mano? banyok lade getoh sini

mardhia... make sokmo

iyllienaz said...

haha..macd tak dapat, mak doh pon jadi la kan..

W. Hidney said...

illie... hahaha hampir sama la kan? tak perasan lak

mokdoh = mekdi wakakakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...