AKUBUKANSUPERMAN

July 27, 2010

Gajah goreng kicap

Bulan lepas aku dan team ladang aku bukak kawasan baru dan tanam kawasan tu dengan baby pokok sawit (what else!). Penat jugak aku mengajar my team buat lining pokok. Dua tiga hari jugak aku berpanas. Tapi aku gila bangga dengan hasil kerja yang diorang buat. *Tepuk-tepuk bahu.

Walaupun aku tau manager aku tak cakap apa-apa masa aku jeng jeng jeng kan hasil kerja kitorang tu, aku tau dia puas hati. Biasa la kan, mana ader boss yang nak puji depan-depan kita. Tak macho arr…

Masa tanam pokok tu, aku dah siap pilih pokok yang aku nak declare sebagai ‘AKU YANG TANAM’. Mungkin beberapa tahun lepas tu, aku boleh bawak anak aku ke pokok tu dan cakap kat dia, “Anakku, pokok ni papa yang tanam tau.”

Poyo kan? Tapi best kan?

Tapi tak sempat pun pokok aku tu nak besar, gajah dah pi buat kenduri kat kawasan tu. Semalam la diorang buat onar. Binawe punya gajah!

Sedap jugak ni kalau aku sembelih buat goreng kicap. Tetiba entry mencarut jadi entry resipi plak kan.

Cara-caranya yer puan-puan…

Mula-mula piat telinga gajah tu kuat-kuat sambil cakap, “Biasa sangat dia ni!!!” Kalau boleh ketap gigi masa cakap tu. Piat secukup rasa.

Lepas tu sekeh kepala dia sampai benjol tingkat-tingkat macam Sinchan tu. Dah tu terus jer humban dalam kuali dan curahkan kicap banyak-banyak. Tak payah nak potong-potong dah. Buang karan jer. Goreng sampai rangup.

Siap di hidang!

AKUBUKANSUPERMAN: Gila sedih aku…

11 ulasan:

mardhia yusof said...

ololor..sweet nya..
"papa yang tanam tau"
;)
bro..macam mana na goreng tuh?
minyak xletak dulu kew?
trus letak kicap ek?
ok2..set..nnti try.

Boy said...

ewwwwwwwwwww noooooo!

iyllienaz said...

hahaha..xsempat nak tunjuk kat anak2..

k.e.r.i. said...

bos aku selalu je cakap 'very good khairi' sampaikan aku rasa macam dia ikhlas ke ni?
haha

jejaka anggun said...

x berapa subur kot you? apa kata membenih di tempat lain? insya allah menjadi?

ezam said...

takpe papa...jgn marah2...nanti papa tanam balik pokok tu ok...



-dialog anak hidney nanti kolo ladang kena serang gajah

W. Hidney said...

Mardhia... Papa memang sweet tapi papa x pandai masak. Bedal jer wakakaka

Boy... Hahaha

Illie... Tu la. Biadap gajah2 tu

Keri... Hahaha percayalah ckp bos kau tu

Shaz... Err ada cadangan tak kat mana?

Ezam... Kalau dia kata, "papa ni kecoh arr. Org lain tanam lagi banyak pokok dr papa." Mcmana? Apa nak jawab? Hahaha

teDDy said...

mak aii...resepi baru lagi...tp tu la~!!...ader yg membuat kebigungan di hati...hak3~!! piat2 telinga gajah je ke????...kuat ek GG leh putus tu...pas2 kan...sekeh kepala sampai bejol tingkat2...huahuahua...xpe lagi...badan dia cm ne lak...xyah kerat2 24 ke cm kerat ayam tu....huhu klu x kerat..perghh alamatnyee...nak kene guna kawah paling besar kat muka bumi ni...then kicap tu kene la gelen2...halia lak menghilangkan bau badan gajah tu...nak kene satu kebun halia tu br lut!!!....ngeh3~!!! bagus2~~...leh la masuk genius book of record =P....;))

W. Hidney said...

Teddy... Kalau dah kepala bengong semua boleh jalan hehe

Maya said...

Ohoo...tanam ler lagi. Tak buat longkang besar ke keliling plot?

Baca entry ni, teringat plak ms saya buat lining, ploting and tanam anak pokok getah transgenik saya 2 taun lepas. Tapi masalah kami bukan gajah, tapi babi hutan. Solutionya kami pasang plastik hitam sepanjang pagar kawat berduri. Rasionalnya sy tatau, mybe babi buta warna...heheh.Babi takleh masak kicap dop? so saya kejar ayam utan jerk :))

W. Hidney said...

maya... plastik itam tu dipasang sebab babi tu tak akan nampak apa yg kat sebelah pagar tu kot hahaha. babi boleh dimasak kicap. tapi kita tak leh mamam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...