AKUBUKANSUPERMAN

July 24, 2010

Budaya perli

Aku pun tak tau, celah mana asalnya budaya perli-memperli ni. Sesetengah orang percaya satu-satu benda tu boleh diselesaikan dengan perlian semata. Lagi pedas lagi la cepat selesai.

Aku bukan sebahagian dari golongan tu. Aku percaya, kalau nak cakap sesuatu tu, biar terang dan jelas, padat dan tumpat. Tak payah nak go around the bush. Be a man about it.

Bagi aku senang jer, amalan perli-perli ni adalah amalan orang yang tak cukup macho, pengecut dan bacul. Itu pandangan aku...

AKUBUKANSUPERMAN: Kebenaran kadangkala menyakitkan, tapi sakitnya datang dengan maruah dan harga diri. Cukup pedas?

9 ulasan:

jejaka anggun said...

entry nih macam perli ai jer....;p

iyllienaz said...

hah..sudah..semua orang terasa..haha

W. Hidney said...

Shaz... Hahaha aiyooo tak la. Jgn la terasa. X perli awak la

Illie... Mcm silap jer entri ni. Semua org terasa. Org yg nak I tembak tu plak buat bodo jer hehe

Anonymous said...

hehehe..Hidney...serupa aje tu..perli org jugak rupanyer :)~Anonymous yg biasa

W. Hidney said...

anonymous... biasa...

k.e.r.i. said...

rasa nak kasi pelempang kiri kanan je pada yang suka perli tu

W. Hidney said...

keri... tanam jer. jgn lupa kerat 18 dulu

ezam said...

kadang2 nk cakap direct takot kecik ati....cepat sentap....depends tengok org kot....kolo jenis yg boleh terima teguran cakapla depan2...kolo tak terpaksa la main perli2.....atau dalam bahasa sopannya berkias.... :)

W. Hidney said...

Ezam... Memang betul tu. Tapi tu la masalah org2 kita. Lemah semangat dan cepat sgt kecik hati. Kalau kat barat, diorg cakap jer. Tak ada nak lapik2. Tu sbb diorg kuat dari kita. Kita ni kalau boleh bila nak marah, kena duduk bersimpuh dulu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...