July 29, 2010

Antara kereta kita dan kereta orang

Hari ni terlakar lagi satu episod seronok kat estate aku. Bukan eh bukan. Tak ada lagi orang yang kitorang tanam hidup-hidup sebab bermulut celupar. Ada... Tapi kena la banyak bersabar. Puasa pun dah dekat ni. Tak elok tanam-tanam orang ni ngeee.

Niwey, kitorang dapat traktor baru hari ni. Tadaaaa!!!

Apa yang kita rasa kalau kita dapat barang baru? Dalam konteks ni kereta baru. Rasa oren? Mesti la rasa seronok kan? Kita tepuk-tepuk kereta baru kita tu sambil bisik, "Perghh cantik jugak kereta aku ni."

Kalau tak cantik kita tak beli yer dak?

Lepas tu kita mula la berazam nak jaga kereta tu baik-baik macam kita jaga anak sendiri, kalau ada. Kita juga nak sayang kereta tu macam kita sayang bini kita, kadang-kadang lebih sikit dari bini. Selang sehari kita nak wax kereta tu, biar kilat. Jalan berlopak dan berlubang kita elak, takut tayar calar. Drive 10 km/jam...

Ada jugak setengah orang sanggup belanja banyak untuk modified kereta diorang. Tepek sticker sini, spray glitter-glitter situ, aerofoil, skirting, sport rim.

Ujung bulan makan nasi dengan ikan bilis jer...

Tapi lain pulak ceritanya kalau kita pakai kereta orang. Lagi parah kalau kereta kompeni. Kita lenjan macam kita nak mati esok. Tak ingat dah mana lopaknya, mana lubangnya. Bantai selagi boleh.

Ala... Bukannya harta kita pun.

Rujuk gambar kat bawah. Korang agak-agak, siapa yang bawak 4 wheel tu? Dan yang paling penting, apa korang rasa? Rasa oren?

AKUBUKANSUPERMAN: Klu nya, driver 4 wheel tu bukan superman...

7 ulasan:

ezam said...

hahahhahaah...


superman kan terbang..



kolo bawak 4wd mestilah cenggituh jadinya...


p.s:mcm best je keje jauh2 dari key el....best ke gua musang??

W. Hidney said...

ezam... superman ni tak terbang. dia pandai rosakkan barang jer. gua musang best la. kalau tak best, tak la i keje kat sini *jawapan diplomatik

iyllienaz said...

haha..sah2 pakcik yg drive 4 wheel tu..mentang2 bukan kete sendiri..

Boy said...

may i see your license..

k.e.r.i. said...

memang lah drive 10km/sejam.
ko ingat tu lancer nak drive laju-laju?
LOL

jejaka anggun said...

sangat best gua musang... ada ramai musang berjanggut. ;p

W. Hidney said...

Illie... Pokcik kah? Pandai nenek ni. Nak doposen

Boy... What license? LOL

Keri... Suzuki dmax lah haha

Shaz... Tak pernah nampak pun takat ni. Yg ada musang berbulu ayam jer hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...