AKUBUKANSUPERMAN

July 30, 2010

3 samdols

Entri ni adalah part 2 untuk entri Antara kereta kita dan kereta orang.

Pada suatu masa dahulu, macam cerita sang kancil plak, ada 3 orang eksekutif samdol; sicomel, sigemuk dan sigalah. Diorang diarahkan oleh manager diorang untuk buat field inspection pakai 4WD estate.

“Bagi la aku drive. Aku pun nak belajar bawak manual jugak. Aku tengah konfiden ni.” Rayu sicomel.

“Ok jugak tu.” Sigalah setuju.

Sigemuk try nak protes sebab turn dia yang bawak 4WD tu hari tu. Tapi sigalah yang lebih senior berkeras suruh sicomel yang bawak. Sicomel pun suka la, meloncat-loncat girang. Budget comel macam biasa.

So tiga-tiga eksekutif tu pun memulakan field inspection diorang. Malam sebelumnya hujan lebat, so jalan estate agak licin.

“Boleh ker kau ni? Macam haram la kau drive.” Carut sigemuk. Still dia tak puas hati.

“Fuck off! Tak Nampak aku tengah drive ni?” Kata sicomel. Tumpuannya lekat kat jalan. Memang dia ni tak berapa pandai bawak kereta manual. Tapi dia memang comel. Siyes!

Tiba-tiba, dengan tak semena-menanya...

“Awas lubang tu! Pusing habis!!!” Jerit sigalah. “Mainkan clutch tu. Jangan sayang nak tekan minyak. Lenjan terus! Lenjan!!!”

4WD tu drift ke kanan kiri macam Tokyo Drift tu. Tayar tak berapa nak grip, berpusing dan berpusing.

“Minyak? Clutch? Lenjan? Mana? Bahasa melayu please…” Kata sicomel.

“Bodoh! Pusing habis lah. Kau ni kenapa? Lubang besar tu.” Sigemuk menjerit suara kepit. Dia memang macam tu kalau gelabah. Sikit-sikit kepit. Sikit-sikit kepit. Kepit-kepit sikit...

But it’s too late. Jalan tanah kuning tu dah becak. Brek la macamana sekali pun, 4WD tu tetap ketegak nak drift. Kriuk kriuk bunyi nya.

Bang!!!

Akhirnya 4WD tu dengan jayanya berhenti… dalam lubang. Asap putih berkepul-kepul keluar dari enjin.

“Eh mana kau dapat lesen ni?” Tanya sigemuk. “Kau skandel dengan pegawai JPJ ek?”

Sigalah diam jer, tercengang macam baru nampak Maya Karin versi pontianak. “Kuss semangat. Ada nampak handphone aku tak?" Katanya lepas tu.

Lepas dia jumpa handphone nya, kat bawah seat, dia terus call manager. “Tuan… 4WD masuk lubang besar. Tapi kitorang tak apa-apa. Just to inform you.”

“Siapa yang drive?” Tanya manager.

“Hidney tuan…”

AKUBUKANSUPERMAN: Ngeee…

12 ulasan:

k.e.r.i. said...

aku dah agak dari mula cerita lagi dah.
nickname sicomel takleh blah.
hahahaha.
lenjan sampai masuk gaung baru true! LOL

jejaka anggun said...

tahniah! dah biasa sgt masuk lubang di luar kerja kan... tuh yg terbawak bawak....

iyllienaz said...

see..dah agak dah..konon perasan comel la tu..siap perasan expert lagi..hahaha

ezam said...

tapi betul kan...dh lama sangat bawak keter auto ade sedikit janggal bawak manual kan...

W. Hidney said...

Keri... Memang sengaja diolah agar orang tau jalan cerita nya mcm tu hehe

Shaz... Itu memang I suka per

Illie... Hahaha mana der expert

Ezam... Kete oto utk org malas. Tapi saya tak malas haha

ezam said...

**terasaaaa**


bukan malas cuma tak suke bawak manual...hahaha

Alan Ahmad said...

ahahahahhahah (ketawa sampai jatuh dari kerusi). :-)

Maya said...

yeezaa! mg cool kan naik 4x4 masuk estet

W. Hidney said...

ezam... hahaha saya pun nak pakai alasan yang sama la

alan... awas jangan sampai masuk lubang

maya... tapi tak kool kalau naik 4x4 masuk lubang LOL

Caieja said...

4WD so not for si comel. si comel should go for burberry. lols

W. Hidney said...

caieja... err burberry tu kereta ker? lol

Caieja said...

tetttt.. wrong answer... pakai burberry naik Putra LRT.. Oh KL...

kalau kereta, si comel kene bawak kete comel gak la... kereta rakyat ke... (VW), Mini Cooper ke...

***comel gak kalau cat mini cooper pakai design burberry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...