AKUBUKANSUPERMAN

June 1, 2010

Kapal terbang

Dari waktu muda-muda dulu sampai la ke waktu tak muda ni, aku sangat suka dengan kapal terbang. Disebabkan minat aku tu, aku pernah la memasang cita-cita nak jadi encik pilot. Rujuk picture kat atas. Gila berangan tak aku? Tapi apakan daya, aku tak cukup kelayakan. Aku ni buta tenuk you see.

Masa kat Bintulu dulu-dulu, aku ada sorang kawan. Dia bekerja di sebuah akademi penerbangan kat sana dan dia tau la pasal minat aku ni.

So tahun lepas sempena dengan birthday aku yang ke 15 (hehe), dia offer aku untuk pengalaman terbang dalam pesawat CTRM Eagle X-TS150. Hadiah harijadi katanya. Aku pun macam beruk dapat bunga la. Terloncat-loncat kegirangan aku. At least kalau aku tak dapat bawak Airbus 380, aku boleh try bawak Eagle. Kau ado?

Malangnya pada hari yang dijanjikan, aku terpaksa tolak tawaran tu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jawapan diplomatik sangat la kan! Giler frust menonggeng masa tu.

So nak dijadikan cerita, semalam Zach bagi info kat aku yang aku masih ada peluang untuk berangan-angan jadi encik pilot kat Subang Elite Flying Club. Aiyoo peluang wei peluang! Mari terbang bersama. RM300 lebih jer...

AKUBUKANSUPERMAN: Siapa nak join aku?

4 ulasan:

jejaka anggun said...

virtual ker fly betul2?

W. Hidney said...

Shaz... Fly betul2 la. Flight instructor even suruh kita alami pengalaman taking off, landing dan maneuver kapal tu. Giler syok tak?

jejaka anggun said...

nak!!!!!

W. Hidney said...

Jom la shaz. I memang nak sangat2 ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...