June 15, 2010

Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola

Ingat tak skrip ni? Gila suka aku dengan filem dulu-dulu sampai lenguh pipi aku gelak. Siyes! Ader tak part cikgu Norkiah nyanyi lagu Apa Guna Berjanji (rujuk clip pada minit 1:18 kat bawah), member sekeberet dia menari macam "sedap" sangat if you know what I mean hahaha.


Apa pun entry kali ni bukan tujuannya untuk menyingkap kisah dan cerita filem dulu-dulu. Capasity aku tak sampai situ lagi. Lain la kalau nak bercakap pasal pokok sawit atau perihal OSHA. Senang jer aku nak goreng. *Riak.

Anyway sekarang ni musim bola, musim World Cup. Tepat pukul 7.30 malam jer semua dah duduk depan tv dengan jajan-jajan dan Cola (disebut sebagai kola, bukan koler). Isteri-isteri dok melopong kat meja makan, mengadap lauk dinner yang menunggu kejung.

Tak puas dengan match 7.30 malam, diorang sambung plak ke match pukul 2.30 pagi. Pagi-pagi darah boss dah tersirap tengok semua staff masuk office menguap dan mata sembap. Masuk jer pukul 10 pagi, kepala dah melekat atas meja, berdengkur hebat. Bila kantoi dengan boss, masing-masing bagi alasan, "Tengah cari pin yang jatuh atas meja ni tadi boss."

Hampeh!

Dalam musim World Cup ni jugak, orang yang tak pandai main bola pun akan dengan magiknya pandai pilih pasukan kegemaran masing-masing. Biasalah kan dalam musim-musim bola ni, konfem kat office akan ada orang tanya, "Kau rasa team mana yang akan menang tahun ni?" Takkan nak jawab Melaka yer dak?


Pasukan pilihan aku? Kalau korang ingat aku pilih Brazil, korang silap. Kenapa? Sebab nampak sangat aku ni kaki bangku dan pilihan aku hanya berlandaskan unsur cliche semata. Everyone knows Brazil. Nenek aku pun tau Brazil. Disebabkan aku bukan nenek, aku pilih pasukan Germany. Guten morgen! Ho yeah!!!

Aku pernah tengok pekerja aku kat estate ni betulkan kuali Astro rumah diorang tengah malam buta. Sebagai boss yang perihatin (dan suka menyebok), aku tanya diorang why the because diorang buat keje penat tu dalam gelap. Rasa nak tercabut kulit kepala aku ni bila diorang jawab, "Pingin siaran High Definition tuan. Mau nonton bola."

Adeh...

AKUBUKANSUPERMAN: Bengang tengok penjaga gol England yang terlepas bola tu.

4 ulasan:

iyllienaz said...

yeah..germany..ich liebe dich..haha

Boy said...

bola?? Zzzz... Z...

jejaka anggun said...

hahaha.. en ech de (in HD) bak kata player yg x ckp english tuh.

anyway, klip cikgu nih mmg x bole blah. ai suke sgt2 dr dulu. muke norkiah tuh x mengerti apa2. xder ekspresi langsung. pastuh mic, aiyo... jauh dr mulut. kalah jac victor. hahaha.

yg menari bagai nak rak tuh mariani kan? very the social. fasha sandha sgt!

W. Hidney said...

Iyllienaz... Hooo yeah!

Boy... Brazil la tu. Huh

Shaz... Hahaha u spoke my mind. Norkiah x der ekspresi dan kelip mata laju2. Mariani tu aiyooo tarian mcm tak hingat. Tapi tetap jugak kita tengok kan? Hahaha best best best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...