May 8, 2010

Temuduga

Apa yang korang rasa kalau sebut pasal temuduga? Rasa oren? Rasa coklat? Ada orang akan rasa teruja dan ada jugak yang lebih sanggup mati dari ditemuduga. Why the because? Rata-rata akan cakap diorang tak bersedia atau tak tau apa nak buat dan cakap masa temuduga tu. Aku bukan pakar dalam hal-hal temuduga ni, tapi ni yang aku tau. Jom kongsi pengetahuan jom…

Mula-mula selidik sikit pasal company yang kita minta kerja tu. At least hafal nama pemiliknya dan faham apa bisnis yang diorang buat. Macam nak tackle awek cun, kenalah tau latar belakang dia yer dak?

Pakai pakaian pejabat yang sesuai untuk temuduga. No jeans!!! Pakai baju warna polos macam biru, kelabu dan putih. Jangan buat hal nak pakai 3 warna tu serentak!

Jabat tangan penemuduga sebelum duduk. Orang kata jangan duduk kalau penemuduga belum jemput duduk. Persetankan semua tu. Yang penting jabat tangan diorang dan senyum seikhlasnya.

Bawa resume secukupnya. Jangan biarkan penemuduga berkongsi resume korang. So buat salinan banyak-banyak. Tak mahal mana pun…

Soalan pertama yang biasa penemuduga tanya ialah, “Tell us about yourself.” So apa korang nak jawab? Jangan pulak story pasal makanan kegemaran korang atau kenangan manis masa belajar dulu. Cerita pasal latar belakang akademik dan pengalaman kerja korang. Tu jer… tak payah melebih-lebih.

Penemuduga akan tanya pasal your previous boss. Jangan korang anggap tu sebagai “Q” untuk korang kutuk boss lama korang habis-habisan. Cakap benda-benda elok jer walaupun dasarnya boss korang tu hanjing.

At the end of the session, penemuduga akan cakap, “Do you have any question for us?” Jangan jadi bodoh dengan menjawab, “No sir.” Ask some question!!! Soalan paling bagus yang korang boleh tanya time temuduga ialah, “What are the benefits that I will get should I be considered for this post.” Menarik? Tepuk dada tanya selera…

Jangan lupa jabat tangan penemuduga lepas abis sesi temuduga tu. Ucapkan terima kasih dan melompatlah dengan girang… diluar bilik penemuduga.

Finally, hantar surat terima kasih kepada penemuduga. Ini menunjukkan yang korang ni ada courtesy. Nampak macam remeh tapi surat tu boleh jadi faktor penting untuk menentukan korang berjaya atau tidak. Sediakan terlebih dahulu surat tu sebelum pergi temuduga. Lepas abis temuduga, just serahkan surat tu kat setiausaha atau kerani pejabat. Be smart!

I’MNOSUPERMAN: Isnin ni aku temuduga pengesahan jawatan. Mampooosss…

6 ulasan:

kak kin said...

clap...clap... "when can you start??" ;)

W. Hidney said...

kak kin... wow lamanya tak komen kat sini hehehe. reel start keje sekarang jugak boleh?

Afzainizam said...

~~Selamat hari ibu~~

..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥
♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Salam persahabatan dan salam perkenalan dari blog kami ... moga ade respon yang baik dari blog anda....
Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

temuduga aduuuhhhhh tak suka lah... berdebar-debar lah

-cD- said...

Good Luck ucuk...
abes nanti calling2 laa ehh.. hehhehe

Helmi Razali said...

fantastic tips.

W. Hidney said...

afzainizam... siapa jer tak nervous? hehe

ucuk... nanti calling2 ek

helmi... keep it in mind ha hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...