AKUBUKANSUPERMAN

May 22, 2010

Mak ayah

Oh yer, lupa aku nak mention. Aku dah confirm penjawatan minggu lepas. Maknanya aku dah lulus temuduga pengesahan jawatan yang hari tu. *Lompat tetinggi!!!

Since that aku dah tak dalam tempoh percubaan lagi, aku dah boleh la buat aper jer yang aku nak. Membunuh pekerja yang degil bukanlah salah satu darinya walaupun idea tu tetap ada kui kui kui…

Mak ayah aku datang ke KL petang ni. Tak sabar aku nak menengok diorang. Bercakap pasal mak ayah ni, saban hari aku baca kat akhbar pasal mak ayah dera anak dan anak dera mak ayah. Apa nak jadi dengan diorang ni? Tak ada kesedaran sivik kah? Aku rasa diorang ni kurang kasih sayang kot. Bagi aku, salah satu cara nak tingkatkan kasih sayang ni adalah dengan sentiasa peluk cium mak ayah kita.

Dulu-dulu aku pernah bawak member aku balik ke rumah. Member aku tu ralat bila aku peluk cium mak ayah aku. Dia kata, lebih kurang la... “Dah besar panjang pun nak peluk cium lagi kah?”

Aku rasa tak salah kalau nak tunjuk kasih sayang kat mak ayah kalaupun kita dah tua bangka. Tak semestinya nak tunggu pagi raya baru nak cium diorang yer dak? Sementara masih sempat lagi ni… *mode sedey.

Memandangkan dah lama aku tak jumpa diorang, pastinya ayah aku akan setat tanya bila aku nak kawin. Adeh… benci sungguh aku dengan soalan tu.

I’MNOSUPERMAN: Tak sabar nyer!!!

12 ulasan:

Boy said...

ur fren x biasa kot mcm tu dgn family dia..
anyway, bila nak kawen? :P

k.e.r.i. said...

minggu depan gua balik kampung.
hoyeah!

AmeZac said...

I kiss my mom n dad on the cheek even in public. Because that how I was thought on showing our love. Sesetengah orang salam cium tangan. Depends on the family. So its not wierd. :D

-cD- said...

ermm nak bawak mak ayah naik solero tak? hahahhaha.

W. Hidney said...

boy... tolong carikan calon utk i

keri... pesan kopok losong!

zach... it is not weird

ucuk... dah tu kena lempang live di genting. siapa nak jawab? hahaha

iyllienaz said...

yeay..xsabar nak tunggu ayah kamu tanya..haha

jejaka anggun said...

jawapan mudah: tunggu ayah kawin lagi satu. ahaks!!

Azura Iznil said...

Akak dah tua2 ni pon masih peluk cium mak abah dik oi..Nnti Ananna dah besar panjang pon akan tetap nak dia peluk cium mommy and daddy dia..cuma bila Ananna dah besar panjang tak bolehlah lagi nak tidur sambil cium ketiak akak kan..kan..melampau sgt ler tu...tehehe.

Boy said...

rosnah mat aris ok tak?

W. Hidney said...

Iyllienaz... Huh dah tanya pun huhu

Shaz... Hahaha korokmu

Kak zura... Bagus tu kak zura. Jgn tak teruskan amalan tu. Sekali sekala tido bwh ketiak mak kira ok kot hehe

Boy... Too talkative lol

Ted Waldorf said...

Congrates on the job! :)

Afzainizam said...

~~~@@@~~~
” Assalamualaikum salam sejahtera,
Pemanis kata pembuka bicara;
Dari Blog kami bercerita,
Untuk tatapan sahabat semua”
~~~@@@~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...