May 27, 2010

Konvo tipu

Senin lepas, aku pergi konvo sis kecilku kat UiTM Shah Alam (rujuk peristiwa ngeri aku sesat sampai ke Jinjang). Rasa bangga wei tengok adik aku berjalan atas pentas tu amik transkrip ijazah dia. Slow-slow mak kuis bahu aku. “That could be you kalau kau sambung belajo dulu.”

Aku pun terus tarik muka sepuluh.

Dulu aku terus keje lepas abis diploma. Bukannya aku tak cukup cerdik nak sambung ijazah ek, tapi tangan aku dah gatal nak pegang duit sendiri. Tak lepas pun lagi final exam aku, orang dah call aku untuk turun interview. Haaa begitu la bijak nya aku kui kui kui…

Konvo aku sendiri pun aku tak pergi sebab boss tak kasi aku cuti. So tak merasa la aku pakai jubah dengan topi segi sambil meleret sengih bila orang amik gambar macam adik aku.

Nak dijadikan cerita, orang ingat aku tak abis belajo sebab aku tak ada picture konvo. Keje plak kat ladang jer. Orang kata aku menghabiskan duit mak bapak jer anto aku belajar tinggi-tinggi. Hampeh tak pemikiran macam tu. Mula aku tak nak amik pusing, tapi lama-lama aku jadi bingai.

So bila kawan satu kelas aku pergi konvo ijazah dia, aku terus pinjam jubahnya dengan harapan aku boleh amik gambar kat studio dan letak dalam frame yang lagi besar dari frame agong. Then aku nak print saiz kecik-kecik dan pinkan kat dahi orang-orang yang mengata aku tu.

Rasakan!

Iklan jap… Jubah ijazah dengan jubah diploma tak sama ek. Yang ijazah punya ada hood dan jalur emas kat lengan. Yang diploma tak ada hood dan jalur emas. Diulangi tak ada…

Ok tamat iklan.

Lepas jer konvo kawan aku tu, aku dengan konfidennya pergi studio dan posing comel depan kamera. Lantak aku la kan? Duit aku.

Servis kedai tu bagus, so aku boleh terus amik lepas a few hours. Masa buat pembayaran. kakak kat kaunter tanya aku, “Adik ni diploma ker ijazah?”

Aku pun cakap la aku ni diploma la kan? Dosa tau tipu-tipu. Tuhan marah. Ingat tu…

“Tapi dik, ni baju ijazah. Mana hoodnya?” Adeh aku terbagi pulak bola tanggung kat kakak tu. Kakak tu tak lepaskan peluang, terus dia smash aku.

“Saya diploma lanjutan kak…” jawab aku. Ngehehehe…

AKUBUKANSUPERMAN: Nampak tak beza jubah aku dengan adik aku? Hahaha nak tipu pun kena la tipu betul-betul.

11 ulasan:

Boy said...

wahahaha... nicely done!

iyllienaz said...

hee..ada jalur kat lengan tapi xada hood..nape xpinjam hood sekali??

Azura Iznil said...

alalala..comelnya...............adik pompuan Reel.

jejaka anggun said...

x kisahla pakai jubah ker x.. janji duit berkepuk

W. Hidney said...

Boy... Terimas!

Iyllienaz... Sebab ingat jubah diploma pun ada jalur emas tu. So mmg sengaja x bawak hood huhu

Kak zura... Reel x comel ker? Tak nak bagi hadiah bday kak zura nanti *mode merajuk 4 tahun

Shaz... Hahaha pandai. Markah penuh untuk anda

f said...

wahh!tak sangka

TAHNIAH!!!!*wink

W. Hidney said...

f... wink wink!!!

Pepper said...

LOL...I like this post alot...I can't wait to wear pink robe for my graduation...hehe...maybe another 3 years?

W. Hidney said...

Pepper... Then I'm glad u like it. 3 yrs? Why so long one?

Azura Iznil said...

Eleh..Reel. Kapal korek akak bertahun2 tak sampai...Merajuk juge.

W. Hidney said...

kak zura... hari tu reel dah park depan rumah akak. tak der ker? aiyooo mesti lori tunda dah angkut tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...