May 15, 2010

Cikgu lawa dan budak gemok

Pernah tak korang keluarkan statement macam ni? “Kalau la cikgu aku dulu lawa macam tu, aku dah jadi PM dah hari ni.”

Pernah tak? Cepat ngaku sekarang!

Ok isi berita…

Masa zaman tak senonoh aku dulu, aku pernah jadi cikgu sandaran kat sebuah sekolah luar bandar. Untuk detail lanjut, sila gugel SRK Parish Balingian. Aku mengajar budak-budak tahun satu, subjek Matematik Tambahan dan Lukisan Kejuruteraan. Gila berangan tak aku? Ekceli aku ajar Pendidikan Moral jer…

Disebabkan aku ni spisis yang jahil pasal fesyen, aku tak banyak koleksi baju kecuali baju putih lengan pendek. Hari-hari la aku pakai baju tu untuk mengajar. Lagipun aku rasa aku akan nampak lebih inesen kalau pakai macam tu. Padahal selenger sangat… Adeh terkutuk diri sendiri plak.

Walau pun lepas aku ni jadi cikgu budak, aku ni sungguh tak pandai kalau bergaul dengan budak-budak, tambah-tambah lagi yang tak reti nak duduk diam. Bukan tak suka, tapi aku jadi bingai sebab aku tak reti nak layan. So jangan la keluarkan aku dari senarai calon suami korang. Muehehehe… Apakah?

So nak dijadikan cerita, kat dalam kelas aku ni ada sorang budak gemok yang suka sangat buli budak-budak lain. Kira samseng kampung la ni. Hari-hari mesti ader yang merepot kat aku cakap budak gemok ni buat hal. Kalau nak ikutkan sangat rasa samseng aku ni, nak jer aku gantungkan budak tu kat kipas dan pasang nombor 5. Itu kalau yer… kalau…

So one day aku suruh budak tu berdiri atas meja. Kira dah budget ganas sangat la tu kan. Budak ni pulak kecik-kecik dah protes. Lebih kurang dia tembak aku macam ni, “Cikgu tak boleh hukum saya sebab cikgu bukan cikgu. Mana ada cikgu pakai baju sekolah.”

Apa korang rasa? Coklat? Oren? Patut ker tak patut aku sumbat budak ni dalam tong sampah?

Aku tak salahkan dia jer sebab memang pun aku pakai baju ‘sekolah’. Heish… malu sial! Tatau mana nak tarok muka aku ni.

Syukur la aku tak pandai bergaya time tu. Kalau tak, dah jadi PM dah budak gemok tu sekarang.

Tamat!

I’MNOSUPERMAN: Selamat hari guru cikgu!

9 ulasan:

eqbalzack said...

cikgu main peranan reel...

kalau abg eq dapat cikgu macam Dayang Nurfaizah...skrg dah jadi penyanyi tersohor kot...haha

kin said...

... dulu kak kain ada cikgu sains hensem gilos tapi rendang orangnya. Kalau dia tinggi dr kak kin.. sure kak kin dah jadik PM dah sekrg... erkkk. ( ada kena mengena dgn ketinggian tak citer ni???)

...LOL

btw selamat hari GURU & ex-Sifu ;)

jejaka anggun said...

Haha. Cute je citer nih. Kalo I yg jadik cikgu dah lama budak tuk kene streka.

W. Hidney said...

abg eq... hehe alaaa tak yah dayang pon. reel dgr suara abg eq pun apa kurangnya. boleh masuk af9 tahun depan

kak kin... hahaha sangat berkait rapat

shaz... LOL ganas siut!

azm said...

hahaha...entry yang cute...

Selamat Hari Guru to all teachers out there...

W. Hidney said...

azm... thanks ;)

Azura Iznil said...

apa jadik dgn budak gemok tuh skrg? drows

W. Hidney said...

kakzura... entah la. tak update pasal dia hehehe

Anonymous said...

Haha kelakarnye ending...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...