Bayangkan anda dalam situasi berikut:
Anda keluar awal dari rumah. Semangat bekerja anda berkobar-kobar kerana anda telah berbelanja sakan pada hari sebelumnya, membeli persalinan baru, potong rambut, buat manicure dan pedicure (lelaki macho pun buat M&P ok!) dan… anda juga buat pertama kalinya memakai minyak wangi, tak kisahlah kalau Original Dunhill atau Originally bought in Petaling Street Dunhill.
Then, dalam train anda perasan seorang awek cun giler sedang mengusha-usha anda sambil memintal-mintal rambutnya. Comel! Dia mengelipkan matanya laju-laju apabila anda cuba melihatnya. Sah! Awek tu berminat dengan anda, sanggup mengharungi lautan api dan mendaki gunung duri demi anda. Pergh… I tell you, minyak wangi tu betul-betul mujarab la bai!
Alunan musik romantis tiba-tiba berkumandang…
Anda pun memulakan langkah pertama anda. Bertanya apakah nama glamernya, makanan kegemarannya, kenangan manis dan pahitnya dan karektor Sailormoon manakah yang menjadi kegemarannya.
Alunan musik romantis terus berkumandang…
“Hai… sorang jer?” Anda bertanya sambil memberikan senyuman anda yang maha berkeju.
“$##%^@ &^@*&@ ^%%*…” Alunan musik romantis terhenti serta-merta! Anda tak faham sepatah haram pun apa yang awek tu just said. Dia bercakap dalam Bahasa Iban. Namun dia tetap tersenyum sambil menguis-nguis pipinya. Comel!
Musik romantis bersambung lagi, tapi anda susah hati sebab anda tak tahu berbahasa Iban.
Now now… don’t you worry. I can help you. Bahasa Iban adalah bahasa yang sangat mudah. Berikut adalah contoh penggunaan mudah bahasa Iban asas yang boleh anda kuasai sekiranya anda terjebak dalam situasi seperti di atas. Tarik nafas semua… Lepaskan perlahan-lahan…
Perempuan
Indu’
Lelaki
Laki
Wow!
Apuuuuuuu!!! (Lagi panjang lagi bagus)
Bila
Kemaya
Sana
Din
Sini
Ditu’
Ke sana
Kia’
Ke sini
Kitu’
Nak
Ka’
Tak nak
Ngai
Wow! Cun nya awek tu! Aku suka!
Apuuuuuuu! Lawa amai indu’ nya wai! Berai aku! (Lagi best kalau sebut sambil menjegilkan anak mata)
Awak apa khabar?
Nama rita nuan?
Awak dah mamam ker?
Udah makai nuan ndun? (Aweks)
Udah makai nuan dum? (Balaks)
Awak dari mana?
Ari ni nuan ndun? (Aweks)
Ari ni nuan dum? (Balaks)
Jom. Saya nak belanja awak mamam.
Aram kitai. Aku ka’ belanja nuan makai.
Saya rindu dengan awak sayang.
Lelengau aku ngau nuan sulu.
Saya tinggal dekat-dekat sini jer. Jomlah ikut saya balik berjumpa ibu bapa saya.
Aku diau sema' ditu aja'. Aram meh ngau aku pulai ngagai apai indai aku.
Jom kita kawin?
Aram kitai kawin?
Insyallah kalau kena dengan cara dan sesuai minyak wanginya, anda akan dapat tackle aweks-aweks Iban yang cun-cun.
Musik romantis berkumandang dan terus berkumandang...
I’MNOSUPERMAN: Episod lain, kita belajar Bahasa Melanau pulak. Aweks Melanau pun cun gak…