December 7, 2009

Kelantan oh Kelantan

Aku gembira di bumi damaimu,
Walau aku sukar menikmati makananmu,
Tersenyum aku dengan loghat pekatmu,
Menambah ceria dalam hari-hariku.

Rakyatmu baik ramah sekali,
Gewe-gewe gebumu aku sukai,
Tak jemu mereka bersoal tanya,
Dari mana asalku kenapa mengapa.

Monsunmu sukar hebat digeruni,
Jalan di ladangku rosak teruk sekali,
Berkali-kali aku terjatuh baring ke bumi,
Aku ok jer happy tak peduli.

Terkejut aku melihat babi hutanmu,
Sempoi seronok lepak di tanggaku,
Kalau di sarawak jangan lah mimpi,
Sudah pasti masuk kuali,

Kelantan oh kelantan dengarlah hatiku,
Aku datang mencari rezeki,
Semoga kita sehati sebulu,
Siapa tahu akan ku kekal di sini...

I'MNOSUPERMAN: *Dengar lagu Sejak Ku Bertemu Padamu sambil kuis-kuis manja bahu bos

3 ulasan:

k.e.r.i. said...

buat part time jadi cikgu English lah.
hahaha

f said...

damn!

this is goooooooooood!

W. Hidney said...

keri... aiyooo nak ajar english kah? english i pun mcm berterabur

f... hahaha thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...