AKUBUKANSUPERMAN

December 29, 2009

Dari 2009 ke 2010

Pejam celik, pejam celik dan celik lagi, tau-tau dah nak masuk 2010 dah. Rasa macam baru semalam jer aku tulis resolusi untuk 2009. Cepat sungguh masa berlalu ek?

Sehingga tarikh entry ni ditulis, aku rasa aku dah success dalam mencapai sebahagian besar impian 2009 aku. Ada lagi yang tak tercapai tu, tapi Insyallah akan aku bring forwardkan ke tahun depan.

KerjaWISE Mungkin ini adalah pencapaian tertinggi aku setakat ni. Aku berjaya mencapai satu tahap yang dulunya semacam mustahil untuk aku capai. Aku cuma terliur melihat senior-senior aku yang tampak hebat setiap kali diorang masuk pejabat. Kagum aku dengan hormat yang diorang terima. Well, I’m one of them now.

6 tahun aku di Sime Darby, aku dah belajar banyak. Tentang naik turun seseorang dalam syarikat, tentang selok belok untuk naik dan turun dengan cepat, tentang EVERYTHING. Bulan November lepas, aku tinggalkan Sime Darby dan join Tradewinds instead. So far, aku gembira di sini. Syukur lah. Aku boleh bermula dari kosong…

DuitWISE Aku dah tak sekaya dulu. Ahh those were the days. I’ve been living above my mean, berbelanja dengan benda yang kadang-kadang tak perlu. 2010 ni aku nak lebih berhemah dalam berbelanja. Aku nak simpan sikit duit. Aku ada plan untuk 2010. Insyallah…

BlogWISE Tak mahu berhenti di sini. Selagi ada yang membaca, samada nampak atau tidak, suka atau benci, aku mahu kekal di ruang ini. I need not to please everyone, betul tak?

CintaWISE Sidia pernah cakap, “Set your priority first.” Dan bila aku nak letakkan dia as one of my top-priority, dia kata, “Jangan! Utamakan diri you dulu.” Now that I know what is important for me, I hope I can look up and just be happy with it.

I pernah tanya, "Berapa kali I dah buatkan you mengangis?" You jawab, "Sekali jer b." I think I've accomplished something. It's not monumental but it's something. I dah jalankan tanggungjawab I untuk menyayangi you sebaik mungkin. But if you ask me the same question, I might say, "Banyak kali b." Should you be proud of that?

I might not be the best partner out there, but I will do anything to be your best. Apa-apa pun kalau kita gaduh, jangan lama-lama ok bb. And just for the record, without being too dramatical, I love you monyet…

HidupWISE Aku tak pernah minta banyak dan sememangnya aku bukanlah orang yang suka meminta-minta. Kalau ada aku terima jer. Kalau tak ada, aku biarkan ajer. Hopefully 2010 ni, aku akan lebih firm dengan apa yang aku nak without being too bitchy about it. Well… I try not to.

Kesimpulannya… Aku nak jadi lebih baik di tahun 2010 ni. Aku nak lebih banyak duit, aku nak lebih hangat cinta, aku nak lebih senang, aku nak lebih berjaya dalam kerjaya, aku nak lebih dihormati dan aku nak kurangkan tido waktu tengahari!

I’MNOSUPERMAN: Good bye 2009…

11 ulasan:

Ejay said...

membaca entry ni, aku rasa makin dekat ngan ko bro...
entry ko selalu buat aku tersenyum (^^,)
ko jgn berhenti blogging selagi aku ada.. promise?
btw, office aku skrg ni kat building Tradewind
tp company aku sewa je building ni…
at least we have something in common.. hehehe

ok la bro, wish u Happy New Year 2010
stay positive… semoga matlamat ko tercapai k!

W. Hidney said...

ejay... thanks ya. tak akan stop blogging selagi ada yg yg semacam u ni. happy new year to you too ejay

-cD- said...

Ermm dari kl sentral ke genting,
dari bowling ke skyway,
dari kg baru ke eye on Malaysia,
dari redbox ke ukay perdana, (dinner umah abg eQ)
dari curve ke putrajaya,
dari intai-intai ke taman melati, (beli burger)

Akhirnya dari Bintulu ke Gua Musang..

Mungking ada yang tercicir, (semestinya) separuh darinya x mampu untuk kita kongsikan, tapi apa yang tertinggal dibelakang terpahat sebagai memori indah buat selamanya..

W. Hidney said...

ucuk... dari sentral ke genting, sembunyi belakang kete.
dari bowling ke skyway, kena tipu kata nak ke downtown dan gayat dalam kete kabel,
dari kpg baru ke eye on malaysia, makan mee bandong dan carut roda besar tu,
dari redbox ke ukay perdana, posing2 gila kat lobi dan kacau2 abg eq,
dari curve ke putrajaya, makan kat kopitiam dan posing2 kat dataran,
dari intai2 ke taman melati, makan dengan katak2 dan kata kat abg burger saya dtg dari swk nak beli burger dia...

rasanya semua tu complete, mengikut ingatan i hehehe

Azura Iznil said...

bagus!.well done.!

jejaka anggun said...

hi hid....

happy 2010. hopefully new year bg u new hope n happenings. cheers!

F*A*R*A*H said...

aki.... hepi nu ye.... hehe BTW! kmk suka gambar ya!!! hahahah

W. Hidney said...

kak zura... terimas kakak

JA... likewise deary

farah... hahaha fav kamek juak

Ted Baker said...

this is a good one. honest to say the least haha.

W. Hidney said...

teddy... thanks dear

k.e.r.i. said...

yang last tu aku paling suka.
tido tengah hari tak boleh tinggal.
hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...