AKUBUKANSUPERMAN

November 5, 2009

Aksi badut di hari pertama

Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi dan aku telah usai bersiap, menghirup secawan teh panas sambil melontar pandanganku jauh ke kompleks pejabat yang tidak berapa jauh dari rumahku. Pukul 6.40 pagi nanti aku akan bergerak ke situ, untuk rutin muster* pertamaku di tanah Kelantan.

6.40 pagi, aku telah terpacak di tapak muster East, memerhati setiap wajah yang bakal aku kenali dengan lebih lanjut nanti. Beberapa meter di sebelah kiriku, ada dua lagi kelompok muster; North dan South.

"Kita berasa amat bertuah hari ini kerana kita telah mendapat seorang Senior Assistant baru," ucap salah seorang pegawai yang bertugas, memperkenalkan aku dengan serba ringkas kepada pekerja-pekerja yang ada. Aku melangkah naik ke pentas kecil yang telah disediakan dan mula memberikan ucapan pengenalanku.

Aku berucap agak panjang. Mungkin juga ada yang tidak selesa, tapi aku tak peduli. Aku mahu mereka tahu yang aku datang ke sini untuk bekerja seraya memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadaku.

Sedang asyik aku berucap, Tuan Mat Zan; Pengurus baruku datang dan berbisik, "Kau dah silap tempat ni Hidney. Patutnya kau muster kat North."

Aku mulai gugup. Terkocoh-kocoh aku menamatkan ucapanku, "Untuk pengetahuan anda semua, saya akan ditugaskan di North dan saya gembira mengenali anda semua."

Aku berjalan agak pantas meninggalkan kelompok muster East, tidak aku menoleh lagi...

*Muster = Proses mengambil kehadiran pekerja ladang.

I'MNOSUPERMAN: Yakin itu penting. Tapi biarlah bertempat.

4 ulasan:

azizisamsudin said...

tahniah .. anda berada di bawah jajahan Kelante ... abisla .. tepikat ngan Mek2 kelate deh .. putih gebu ...

good Luck BROOO ..

W. Hidney said...

zizi... hehehe cari gewe kelate weh!

Azura Iznil said...

hahaha..lawak.!

W. Hidney said...

kak zura... tak tau nak letak muka kat mana hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...