AKUBUKANSUPERMAN

October 14, 2009

Apa ada dengan Jabatan Kerajaan?

Petang tadi aku keluar ke bandar untuk menguruskan beberapa urusan penting sebelum perpindahanku ke Kelantan bulan depan. Pejabat kerajaan tu (dirahsiakan) kosong sewaktu aku sampai. Terus saja aku ke mesin nombor giliran walaupun aku sorang jer kat situ. Berhemah tak aku ni? Jawab!

Ada dua butang untuk aku pilih; butang A untuk pembayaran dan butang B permohonan. Serius, itu jer yang tertera kat situ. Tak ada penerangan what so ever. Tanpa berfikir panjang, aku terus saja tekan butang A sebab urusan yang bakal aku lakukan melibatkan wang ringgit. Logik?

Tak sampai beberapa saat, nombor aku dipanggil. Di kaunter kelihatan seorang kakak yang macam kucing mati anak. Buang karan jer pakai tag “service with smile” kat baju tu. Tapi aku cuba nak faham. Mungkin betul la anak kucing dia mati hari ni. Tak per, tak per.


Dengan penuh kesopanan aku explain apa yang aku nak kat dia. Dan dengan penuh kehanjingannya terus dia cakap, “Adik tak baca ker kat mesin nombor tu? Urusan adik ni perlu diuruskan di kaunter permohonan, bukannya kat sini. Adik perlu tekan butang B. Lain kali baca betul-betul!”

Beberapa mata yang duduk belakang kaunter tu tertumpu kat aku. That’s it. Tersirap darah aku. Pasal malu aku buang tepi dulu, aku nak defend aku punya hak sebagai pelanggan yang sama-sama makan gaji macam dia, yang sama-sama ada masalah macam dia. Dan yang penting, yang sama-sama manusia macam dia.

“Tak boleh ker cakap elok-elok? Dekat mesin tu cuma ada butang bertulis pembayaran dan permohonan. Keterangan lain tak ada. Jadi adalah tanggungjawab kakak sebagai pemberi khidmat untuk memberi penjelasan sekiranya perkara macam ni berlaku. Kalau malas nak bagi penjelasan, tampal keterangan dekat mesin tu. Saya datang dengan cara elok, jadi saya mengharapkan layanan yang elok jugak.”

Kakak tu diam, mengetap gigi menahan geram. Sebelum sempat aku menggulung hujah, seorang lelaki yang aku agak pegawai, datang menyoalsiasat. “Ada apa-apa masalah encik?”

Aku cuba senyum tapi senyuman aku kelat. “Saya harap encik tolong bimbing kakak ni untuk lebih sopan. Jangan nanti melenting bila orang cakap selamanya jabatan kerajaan akan duduk di tangga kedua selepas sektor swasta.”

Kakak tu menjeling tajam. Ada aku kisah? Pigiiiiii daaaa!!!

I’MNOSUPERMAN: Sekian terima kasih.

14 ulasan:

deatH_luVer said...

sangat beSh bila dapat soUnd tePek ceMtuh...tp selalunye saye tak sampai ati nak soUnd tePek...

bagUSH2 bRo...
sesekali mmg kene sOund cemtuh..

lifeislikethat said...

ish ish ish....
kalau i pun i'll do the same...i rase kakak yg muka mcm kucing baru lepas mati anak tu, kurang kasih sayang....

u asked-"apa ada dgn pejabat kerajaan?"..the answer is: BAD ATTITUDE!..end of story. :))

-cD- said...

Itulah hasilnya... Kempen kerajaan yang menelan berpuluh, malah beratus ribu ringgit untuk mengutamakan pelanggan kononnya.

Sikap makan gaji buta cam akak tu la yang membusukkan sesetengah sektor "Kerajaan"... tapi percayalah x semua cam tu.. Ucuk bernasib malang la tu.

Anonymous said...

I LIKE ... lain kali ckp je mcm nie ..

CANTIK!!!!! herik kuat2 .. baru meletup .. .. !! LAYAKLA ... hahahaha....


penah dengar tak lawak dalam cite p ramlyy ,,, SAYA korek2 bijik mata ... dalam madu 3 .. hahaha...


azizisamsudin.blogspot.com

W. Hidney said...

death luver... tu la pasal. org memberi kita merasa. orang kurang hajar kita bagi pelempang jer

ana... 'nuf said

ucuk... memang tak semua mcm tu. org swasta pun ada yg mcm tu. malah ada yg lagi teruk. tapi mind set yg ckp susah nak deal dgn pejabat kerajaan tu dah lama ada. walau cuma segelintir yg buat perangai mcm tu, seluruh organisasi akan turut dapat nama buruk. buat abiskan duit jer buat kempen2 mesra pelanggan. org2 mcm tu seharusnya dibuang keje jer. mungkin bukan nasib i kot hari tu kena petugas yang celaka

zizi... memang nak buat perbahasan time tu. nak praktikkan ayat2 yg dah lama x pakai. pegawai tu menyelamatkan perempuan tu

A.R.A.S.H. 910 said...

saya suke sgt tindakan anda!! =)

Ejay said...

kalo aku ada kat situ...
aku rasa mcm nak dtg kat ko
pastu tepuk bahu 5x sambil mengucapkan syabas
pastu tunjuk 'jari tengah', eh silap...
tunjuk ibu jari dan ckp padan muka kat makcik tu.

fuh, drama sungguh. LOL.

moral of the story:
if u wanna shoot, u better have a strong bullet..

W. Hidney said...

arash... sometime you have to do what you have to do

ejay... tunjuk jer jari tengah kat dia. dia tu dah kebal dengan kutukan. tu yg buat perangai mcm tu. ruas belum jumpa bukunya...

Deqrum Laiel said...

hahahaha

suspect sama lu la bro...

hahahaha...

p/s:terguling2 gelakkan kakak yg mati anak kucin die tu...

W. Hidney said...

deqrum... *sama2 gelak guling2

Mak Lampir said...

Kejam.

Kenapa ...

... tak tarik rambut akak tuh ?

W. Hidney said...

mak lampir... tak macho arr nak tarik2 rambut ni

Diloz said...

pekara yang sama berlaku pada aku di jabatan pendaftaran negara waktu aku balik ke malaysia tempoh hari.sangat tidak berpuas hati.tapi aku tak respon apa-apa kerana aku bawa mak aku yang sakit ketika itu.jadi,malas nak kecoh nanti panjang cerita.

bagi aku,respon yang kau buat sangat betul.aku sokong 100%.

*aku dah tukar url blog.=)

W. Hidney said...

diloz... actually malas nak panjang2. tapi kalau dibiarkan nanti menjadi2 plak. takut diorg besar kepala dgn 'kuasa' diorg yg x seberapa tu. im glad u with me in this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...