September 13, 2009

Ganyang Malaysia? Perlukah?

"Namanya juga “Malaysia Truly Asia” maksudnya semua yang ada di Asia diklaim punya dia..."

Pasti ramai di antara kita yang tahu akan satu gerakan 'menyapu' rakyat Malaysia di Jakarta kini oleh Gagasan Ganyang Malaysia, yang mana bertujuan untuk menunjukkan ketidakpuasan rakyatnya terhadap kecuaian Kerajaan Malaysia yang menggunakan Tarian Pendet yang sah-sah milik Bali dalam promo melawat Malaysia yang disiarkan secara ‘global’ di rangkaian Discovery yang sah-sah berpengkalan di Singapura. Aneh katamu? Pelik bagiku…

Kalau pun Kerajaan Indonesia lambat bertindak untuk membantah ‘penipuan’ itu, haruskah rakyatnya yang sudah besar panjang berarak di jalan-jalan dan bertindak nekad menahan pejalan kaki yang memegang pasport Malaysia hanya kerana kekeliruan editor yang sah-sah bukan berbangsa Malaysia? Aneh katamu? Pelik bagiku…

Tidak perlu aku ungkitkan lain-lain sengketa yang telah lama berkudis di antara Malaysia dan Indonesia sejak perebutan kepulauan Borneo pada tahun 1962-1966 dahulu. Perkara lama usah disebut-sebut. Perkara baru yang sangat remeh tidak perlu diperbesar-besarkan. Kita telah diajar untuk sensitif dengan jati diri kita, tapi merusuh sambil membakar bendera bukanlah salah satu dari caranya.

I’MNOSUPERMAN: Fikir-fikirkan lah…

13 ulasan:

eQbalzack said...

terlalu cetek pemikiran manusia skrg ni...tau nak bergaduh je...

apa2 pun abg eq tetap nak raya sakan tahun ni...hehe

Azura Iznil said...

Indon = bosan.

W. Hidney said...

abg eq... jom kita raya. tak payah gaduh2

kak zura... bukan semua indon. yg cetek akal jer

Ejay said...

initially, i have a lot to say about this topic. mcm menderu2 idea nak comment... but i was thinking.. "hish! nape plak aku nak emo2 nih"
so, I guess that's about all...
jgn la kita layankan sgt diorg ni, nnti hati kita yg sakit. silent treatment is always work. trust me!

W. Hidney said...

ejay... memang initially i tak nak buat ulasan pun pasal benda ni sebab to me, benda ni mcm remeh sgt. tak nak kecoh2. kalau kecoh2, maknanya kita tak ubah la mcm diorg. emo x tentu pasal, ungkitkan hal yg sepatutnya diorg gelak jer. kan lebih elok fikirkan hal2 yg penting seperti bagaimana diorg nak majukan negara diorg. bagaimana nak hidup. they can say they want to tarik semua pekerja diorg keluar dr malaysia dan haramkan tanah indo utk rakyat malaysia. but apa yg diorg akan dapat? cuba fikirkan balik... kenapa perlu ada TKI? SEBAB KERAJAAN DIORG X MAMPU NAK SEDIAKAN PELUANG KERJA YG MENCUKUPI DAN MENGUNTUNGKAN TANPA KORUPSI DAN NEPOTISMA. thats why! malaysia di jolok sebagai BANGSA BERBAHASA ANEH... i mean what the hell. those germans spoke even weirder language! urgh... aku x tau samada nak gelak atau nak melatah. kita gelakkan ajer la. sebab kita tau mana yang lebih bijak...

arep said...

jgn la g indon buat masa terdekat ni.. horrer

W. Hidney said...

arep... kita cuti2 dalam malaysia jer. jimat....

chimera said...

Yang rakyat dia berbondong2 msuk neagara kita tak kiralah cara sah atau tak, tak ada pulak diorg nak pandang....

W. Hidney said...

chime... betul tu. kalau nak korek2 balik, banyak yg boleh kita persoalkan

azizisamsudin said...

cuti2 bintulu .. boleh ??

W. Hidney said...

zizi... cuti2 bintulu? boleh jer dalam tempoh satu setengah bulan ni. start november, cuti2 bintulu dah tak valid sbb org bintulu akan jadi org gua musang huhu

farah said...

ermmm Macam serius gilak jak entry tok... sik tauk mok komen apa... BTW mok nanyak soalan... tapi sik apa lah knk tanyak juak... hehe... Actually dari tarian ya ajak pekara tok melalut dan dikaitkan dengan hal - hal lain...so jadi lah mcm tok.. pernah sik kitak dengar sidak indon madah Sebenarnya Tune Lagu NEGARAKU ya sebenarnya tune lagu negara sidak nya... Dah ya pasal orang malaysia mendera amah indon sidak nya... ermmm .... selalu jak di hospital admit amah indon yang kenak dera majikan sidak nya... Tapi mun pike dari sudut kemanusiaan nak sidak indon ya pun ada sebab mok molah kedak tapi mun ikut isu yang dibincangkan kitak tok... ermmm Entah lah... Oh sigek gik! pernah sik dengar cerita -cerita dolok lah... Rendang ya bukan masakan tradisional org malaysia... tapi Sidak Indon pun masakan... Ermmm sik apa lah... Berik jak semua ngan sidak nya.... Molah pahala bulam posa tok. hehehe

W. Hidney said...

farah... actually banyak masalah lain yg sidak sik puas ati. kemuncaknya pasal iklan tok la. mun dolok sidak claim batik ya sidak empun, cendol dan baru2 tok lagu negaraku. entah la... kmk sik maok komen panjang2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...