AKUBUKANSUPERMAN

August 17, 2009

Tag Chime

Berikut adalah tag yang diberikan oleh En. Chime. Layan…

Anda adalah?
…Seorang planter yang tak boleh makan nenas!

Pendapat anda tentang.
Handphone -My center of universe! Satu-satunya gadget yang aku tak boleh lepas jauh-jauh. It’s my communication gadget, my office, my internet, my walkman, my radio, my camera, my wife! Aku paling suka kalau orang tenung my handphone dan tanya, “Handphone jenama apa ni Hidney? Tak pernah nampak pun!”

Camera Digital -Dulu pernah ada satu, owh actually ada dua; Sony dan BenQ. Lepas dapat bonus, aku beli DSLR Olympus. I like to take pictures you see. Aku akan bingkaikan mana-mana gambar yang menarik. Ada juga yang aku hadiahkan untuk member-member.

Buku/majalah -Aku adalah ulat buku. Antara lain yang ada dalam koleksiku adalah novel (bukan dari kategori meleleh), travel guides, autobiografi dan ensiklopedia. Banyak yang boleh kita pelajari dari membaca. Perkara yang tidak diajar di dalam kelas atau ditonton di kaca tv. Aku suka seseorang yang bijak.

Hobi memancing -Suatu hobi yang memerlukan kesabaran dan aku bukanlah seorang yang penyabar.

Modelling -Oh tidak. AKU TAK LAYAK!

Kenderaan anda?
Currently I am driving a white Hyundai Getz. Warna asalnya hijau, tapi aku tukar jadi warna hitam. Hijau bukan warna kegemaranku. Lagipun Getz hijau nampak agak feminim if you know what I mean. Memandangkan aku akan berpindah ke Kelantan dalam beberapa bulan ni, yang memerlukan aku untuk berjiwa suci dan bersih, aku tukar warna keretaku menjadi putih LOL.

Hobi anda?
Pastinya membaca. Kemudian tangkap-tangkap gambar dan duduk berangan.

Aktiviti sampingan anda?

Diluar waktu kerja, aku biasanya menghabiskan masaku di padang golf. Kalau tak pun, aku akan buat workout di gym dan tengok awek mandi kolam. Hahaha kantoi!!!

Aktiviti utama anda?
Menternak kelapa sawit!

Anda seorang pemarah?
Oh yes. Aku suka soalan ni. Kalau nak tahu betapa garangnya aku, silalah datang melawat pejabatku pada pukul 3.30 petang setiap hari, kecuali hujung minggu. Jangan lupa buat-buat muka kerek. Pasti anda akan mendapat.

Sekiranya anda sorang wanita?
Aku akan belajar tukar tayar kereta, belajar tentang enjin kereta, bermain main bola sepak dan panjat pokok kelapa.

Anda Romantik?
Pada dia yang satu… hehe.

Anda punya gambar yang anda anggap romantik? Masukkan di sini dan jelaskan kenapa?
Hambeek!!! No apparent reason as to why I like this picture. I don’t randomly show my romantic side.

Lapar?
Sekarang? Agak la…

Mengantuk?
Sekarang? Boleh la…

Gembira?
Sekarang? Sudah semestinya…

Sedih?
Sekarang? Sikit-sikit…

Lepas ni nak ke mana?
Tak ke mana pun. Kena duduk berkurung kat rumah sebab demam.

Sebarkan kepada 6 orang mangsa berikutnya...
Tak nak tag siapa-siapa…

4 ulasan:

AmeerZachery said...

phone same.. tp xreti pakai n geram sbb susah nak pakai.. so br beli phone br semalam..

Azura Iznil said...

Romantikkknya!

chimera said...

kenapa pukul 3.30 baru jadi pemarah... masa tu segala hormon dlm badan dan bertukar sifat ke??? hahah

W. Hidney said...

ameer... senang per pakai. i never regret buying it. EVER!

kak zura... sangat hehe

chime... sebab biasanya i akan mamai waktu tu. i balik rumah at noon dan tido. bangun2 jer terus masuk office. bengang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...