AKUBUKANSUPERMAN

August 30, 2009

Kisah glamour baju cantik

Sejuk air pancuran masih terasa. Aku menggigil lantas berlari bogel menutup suis penghawa dingin di sudut bilik.

"Nak pakai baju mana ek?" Aku berkira-kira sendiri. Hari ini adalah hari yang agak istimewa dan pastinya aku mahu tampak istimewa juga. Tanganku segera menarik sepasang baju hijau pisang yang aku tempah tahun lepas. Pasti kena dengan keronsang hitam hadiah dari ibu.

"Makan hati lah korang petang nanti haha," aku tergelak sendiri.

Suasana di Rajang Ball meriah. Ramai tetamu yang telah hadir. Ada yang sibuk menangkap gambar buat kenangan dan ada yang hanya duduk membaca menu di atas meja. Namun masing-masing kelihatan glamour dengan pakaian terbaik mereka. Dan pastinya aku salah seorang darinya. Riak!

Beduk berbunyi, menandakan telah masuk waktu berbuka. Namun belum pun sempat aku menjamah kurma yang disediakan, aku terpandang seseorang lelaki yang kelihatan terkocoh-kocoh turun dari grand stair. Bukan gaya kalutnya yang menarik perhatianku. Tetapi bajunya sama seperti bajuku. SIALAN!

I'MNOSUPERMAN: Aku tak nak tunggu lama. Lepas makan jer, aku terus keluar. Nak main dengan anak buahku; Adip. Geram!!!

5 ulasan:

lifeislikethat said...

OH NO!!!
i bet u feel like shit masa tu kan???.. hehe

tu la riak lagi... :)

lifeislikethat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Azura Iznil said...

Berlarik bogel...?? ish malu lar ding dong..ekeke.

F said...

comeynye anak buah die!

laki ka pompuan?

nak booking boleh?

*larekkkkkkkkkkkkkkkkkk~

W. Hidney said...

ana... tu la pasal. malu giloz ok

kak zura... tak per. x der org nampak. tuhan jer yg nampak hehe

f... laki2. kalau perempuan u boleh booking hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...