June 2, 2009

Hujung minggu yang sangat panjang…

… Gawai. Semuanya disebabkan oleh Gawai; perayaan tahunan usai-menuai padi kaum Iban di Sarawak. Tak perlu aku terjemahkan lebih lanjut di sini. Anda boleh Googlekan di internet. Boleh kan?

Dari satu buku ke satu buku aku belek. Tak satu pun yang membangkit minatku. Bermundar-mandir di dalam rumah (separa bogel… siapa tahu kecuali Tuhan) mencari ilham untuk 16 jam berikutnya. Ciss… kalaulah aku punya kereta, sudah jauh perjalananku. Brunei mungkin?

“Dah mamam?” Sms ringkas si dia membawa aku kembali ke alam nyata. Ahh... aku belum sarapan lagi. Atau mungkin terus saja aku masak untuk makan tengahari? Lebih mudah begitu. Tapi mahu masak apa?

“Baru nak makan… Bosan.” Butang 'balas' ku ketik di telefon canggihku.

Ok, nak masak apa?

Ayam kicap? - Sudah terlalu sering…
Ayam goreng bodoh? - Ah, bosan!
Ikan masak sambal? - Bawang dah habis.
Sotong kicap? - Kicap lagi kah?

Meggi ayam? - Canteek!!!

.
.
.

I’MNOSUPERMAN: Merindu keretaku…

13 ulasan:

Azura Iznil said...

Erk...ikan goreng bodoh cicah dengan sos cili..sedap tuh.

Mana kah keretamu itu oh adik?

eQbalzack said...

aik? awal bulan makan maggi? itu mknan tgh bulan tu...hehe

W. Hidney said...

kak zura... kereta kat workshop. accident last february. tengok entry lama huhuhu

abg eq... bukan pasal awal atau tgh bulan abg eq. pasal malas nak masak benda yg susah2 hehehe

ShAkemYbOoBs said...

tahap hypertension... hahaha tension tahap supersauya!! heheh
you are supercallyfergilisticselicious..... hehe

W. Hidney said...

sangat tension tok. bergaruk palak sik dapat keluar estate huhuhu

A.R.A.S.H. 910 said...

dear..ur car x siap2 lagi ka?? walaweeiiiii..lamanya!! so tense kan!

chimera said...

hmmm... meggi, bila jarang sesekali kita makan memang best jugak... teringat zaman sekolah asrama dulu, buat meggi bodoh je tak masak, pakai rendam air panas je.... tapi, tetap best jugak...

entri sebelum ni, poem pasal rindu tu maksudnya rindukan kereta ke??

kin said...

serupa lar kita....
Maggi perisa ayam memang sesuai sekali di kala perasaan tu tak berapa nak rajin...hik hik hik ;)

W. Hidney said...

A.R.A.S.H 910... major repair tu. semalam dah call balik workshop dan everything seems to be ok. tengah bulan ni, insyallah kalau x der apa2, i akan dpt balik kereta tu. rindu giler dgn getzy huhuhu. malam pertama nak tido dlm kereta la!

chime... zaman2 duduk asrama memang best. makan mmg tak memilih. bantai apa yg ader jer hehe. entry tu di tulis sebagai ekspresi kebosanan tahap gaban time cuti. tapi bila difikirkan balik, mcm entry merindu kereta plak hehe

kak kin... meggi tu penyelamat utk org yg nak ikat perut dan org yg malas nak masak (dan tak tau masak) wakakaka

Shasha Ayob said...

separa?sure or not? kuikuikui..
maggi ayam taruh chili padi bebanyak skit...pecah telor..perghhh..makanan org sakit..

W. Hidney said...

sha... kalau reel ckp reel jalan bogel dalam rumah bukannya sha tau pun hehe

meggi + cili byk2 + telur = makanan org sakit? org tu sakit aper sampai demand mcm tu sekali sha? ish ish dahsyat LOL

Azura Iznil said...

Huh..lamanya orang2 korea buat kerja.

Kalau beli Honda dek...kejap jerk dah siap..ekeke. Customer saisfaction no 1 lar katakan.

Wah..promote lagi.

W. Hidney said...

masalahnya reel hantar kereta tu ke nissan kak. x der hyundai dealer kat sini. hari tu reel gi tengok kat workshop... mmg puas ati sgt2. reel happy sebab 'wife' reel tu dijaga elok. biar lambat, asal hasilnya puas hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...