AKUBUKANSUPERMAN

May 14, 2009

Dude, where's my gigi?

Semalam aku ke klinik gigi lagi, buat consultation pasal gigi bongsu aku yang makin mencibai pedihnya. Mood swing aku pulak dah macam parah semenjak dua menjak ni. Tak pasal-pasal pinggan mangkuk pecah merata. Kesian kat maid aku tu, terpaksa menyapu ‘petaka’ yang aku buat setiap kali dia datang.

Tempohari aku berkunjung ke Klinik Gigi Moh dengan harapan dapat dicabut gigi bongsu aku tu. Tapi Dr. Moh tak ada facility bedah so terpaksa la aku cari klinik lain. Dalam usaha aku mendapatkan sebutharga pembedahan di Columbia Asia Miri, Luking menyarankan untuk aku ke Klinik Dr. Ting; pakar gigi di Medanjaya. Kenapa pulak aku tak pernah tahu yang Bintulu ni ada pakar gigi? Hampehs!

Sewaktu perbincangan dengan Dr. Ting, aku difahamkan yang gigi geraham atas, kiri dan kanan aku pun perlu dicabut. Akar gigi terlalu dekat dengan saraf katanya. Bimbang nanti muka aku ni tak ada ekspresi. Doktor tu macam perli aku jer…

Minggu lepas satu gigi dah dicabut. Minggu depan, lagi 3 gigi nak kena buang. Macam ni lama-lama tak bergigilah aku...

I’MNOSUPERMANLAH: Consultation + x-ray + pil tahan sakit 6 bijik = RM230. Kaya kau Doktor Ting!!!

10 ulasan:

eQbalzack said...

Dr.Moh KE Dr.Ting.....akhirnya terbang $$$$$...hehe

kan ke senang gi jumpa Dr.EQ...semua ada...ada kapak, pisau, parang lagi...free ajer!

W. Hidney said...

yer ker? jumpa dr. eq la kalau cam tu hehehe

Wawa said...

Fuh..gigi bongsu kah...Wah..sakit tuh...

W. Hidney said...

sgt sakit kak... tak tahan

A.R.A.S.H. 910 said...

standard price...huhu

W. Hidney said...

cabut gigi boleh dibuat kerjaya. kalau piat telinga ada org nak bayar ker? kalau ada, i nak buat klinik pakar piat telinga

Alan said...

wahhh 6 bijik RM230 untuk pil tahan sakit?? fuhhh memang kaya dokter tue

W. Hidney said...

alan... sangat kaya!

Dom said...

u shld consider a dental implant deng..susah mun x bergigi!..haha

Anasyg said...

cam pengalaman yg sama je- baru2 ni pun cabut gigi gak ^^, rujuk entri ni > http://followanasyg.blogspot.com/2012/08/oral.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...